• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight

Fendy Bakry Kini Sedang Tenat? Ini Jawapan Fadzil Zahari

by Khai Azfar
May 23, 2018
Share on Facebook

Sebelum ini, murai.my pernah menyiarkan kisah mengenai pelakon baharu, Fendy Bakry kini sedang beransur pulih selepas jatuh sakit hampir sebulan yang lalu. Namun begitu, baru-baru ini terdapat pula dakwaan bahawa pelakon drama Mr Grey itu dilaporkan sedang tenat di hospital.

Fadzil Zahari Jawab Dakwaan Fendy Sedang Tenat

Menjawab dakwaan berkenaan, pengurus kepada Fendy yang juga suami Yana Samsuddin, Fadzil Zahari menafikan bahawa pelakon itu sedang tenat di hospital. Fendy kini dilaporkan berada di wad Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dan tidak mengalami masalah koma atau tenat seperti didakwa umum.

“Sebaliknya doktor merehatkan Fendy dari sebarang tindakan refleks seperti batuk atau bersin dengan bius untuk mengelak jangkitan penyakit lain seperti lelah sekiranya dia batuk secara semulajadi”

Ditempatkan Di ICU

Mendengar khabar angin tersebut, pihak keluarga Fendy begitu terkesan dan sedih walhal kini pelakon itu hanya menjalani rawatan susulan biasa di hospital berkenaan.

“Pihak keluarga amat berduka cita dengan perkembangan khabar angin dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab apatah lagi pihak yang tiada kepentingan pun terhadap perkembangan kerjayanya selama ini,”

Bagaimana pun, terdapat simptom batuk ketika rawatan susulan dijalankan dan hasil pemeriksaan doktor mendapati terdapat simptom ‘pneumonia’ (paru-paru berair) lalu dia diletakkan di bawah pemerhatian doktor.

“Oleh kerana simptom itu tidak dapat dirawat segera disebabkan batuk dan serangan sakit dada yang mengganggu proses rawatan pemulihan pneumonia, doktor memutuskan untuk merehatkannya dengan bius serta memasukkan oksigen sebagai alternatif pernafasan normal untuk mengelak sesak nafas berpanjangan atau mendapat serangan asma. Disebabkan itu juga, dia kini diletakkan pada tahap unit rawatan intensif (ICU) di hospital sama,”

Tambah Fadzil, pengurusan hospital turut menetapkan garis panduan disebabkan ‘kehadiran luar biasa’ pelawat ke HSB ekoran tersebar laporan Fendy dirawat di hospital terbabit dan kawalan lawatan diperketatkan hanya untuk ahli keluarga terdekat. Sama-sama kita doakan yang terbaik buat Mr Grey!

Fendy Bakry Debut Sebagai Penerbit Teater, Naskhah Usman Awang Jadi Pilihan Sulung

Sumber : HarianMetro 

fendy bakryfendy bakry mr greyfendy bakry sakitmr grey
https://lomp.at/1s3wa
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Berita

Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Sweet Qismina tampil menegaskan bahawa dia enggan untuk masuk campur mengenai isu yang melibatkan pelakon, Puteri Balqis dan juga...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Datin Shahida Dedah Qadejah Senyap-Senyap Rakam Lagu Raya, Netizen Terhibur!

by Naddy Joe
January 30, 2026

Isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat...

Read moreDetails
Lokal

‘Segala Bulan Islam Diratibnya’- Peminat Luah Pedih, Siti Nurhaliza Balas Dengan Lembut

by Phic ARMAN
January 26, 2026

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi menjadi bualan hangat,  tetapi bukan kerana salah apa pun. Seperti biasa, Siti...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore