Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Fesyen Dan Penjagaan Kulit Muka Mana Yang Lebih Utama Di Korea Selatan?

by Jash Lee
June 30, 2023
Share on Facebook

“Kedua-duanya penting, namun mana yang lebih utama di Korea Selatan?”

Seperti yang kita ketahui, Selain terkenal dengan dunia makanan, Korea selatan juga lebih terkenal dalam penjagaan kulit muka serta fesyen. Kedua-duanya kini menjadi perkara yang wajib didahulukan bagi rakyat di Korea Selatan.

Pada Hari ini, Skin Care dari Korea telah menjadi pilihan oleh individu di seluruh negara. Jika dilihat pada sekeliling kita, kebanyakkan kedai yang menjual produk kecantikkan pada hari ini adalah dari Korea Selatan.

VIA google

Penjagaan kulit wajah adalah yang utama di Korea Selatan, ini dapat dibuktikan bahawa terdahulu nenek moyang mereka menggunakan bahan asas semulajadi sebagai bahan utama dalam penjagaan kulit wajah. Tidak kira berapa pun usia bagi mereka semakin awal usia menjaga kulit adalah semakin bagus. Perkara tersebut telah dikekalkan tradisinya sehingga ke hari ini, produk kecantikkan yang menggunakan bahan asas semulajadi tersebut kini ditambah baik dengan penggunaan teknologi yang semakin canggih.

Produk skin care dari Korea kini lebih di minati ramai apabila mereka berjaya membuktikan beberapa kaedah untuk kekal awet muda dan hindari dari masalah jerawat. Serta penyebab lain adalah, kerana mereka ingin menggunakan produk yang digunakan oleh kpop idol yang mereka minati yang menjadi duta skin care tersebut.

Fesyen Melambangkan Kekayaan Dan Pangkat?

Bagi fesyen di Korea Selatan pula, terdahulu fesyen-fesyen di Korea Selatan adalah fesyen yang memberi kelebihan kepada pemakai. Contohnya adalah ketika musim sejuk, panas, bunga, luruh, pakaian untuk petani, penternak, pekerjaan di dalam bangunan, selebriti dan lain-lain. Setiap individu akan mengenakan fesyen yang berlainan yang bersesuaian dengan perkerjaan mereka.

VIA instagram

Namun apabila dunia semakin maju, fesyen juga semakin maju kerana mengikut peredaran zaman. Para pereka fesyen akan mencari idea untuk diperbaharui agar hasil karya mereka dapat dipasarkan dan diluaskan penjualan. Kadang kala fesyen terkini terlihat tidak bersesuaian dengan pekerjaan sesetengah individu  namun kerana meminati gaya tersebut mereka memakainya.

Sejarah merungkaikan fesyen pada zaman dahulu adalah untuk menentukan darjat serta kekayaan individu tersebut. Makin kaya dan tinggi darjat makin cantik dan mahal pakaian yang dikenakan.

Fesyen pada hari ini adalah lebih kepada keberanian individu untuk mengayakan serta mengikut Trend yang diminat ramai.

Namun manakah yang lebih utama? jawapannya adalah penjagaan kulit wajah. Rata-rata rakyat di Korea Selatan menghabiskan duit mereka lebih kepada skin care agar diri mereka kelihatan cantik. Bagi mereka kecantikkan diukur berdasarkan kulit wajah yang bersih, kekayaan pula diukur oleh fesyen-fesyen yang terkini, berjenama dan mahal.

Apa kata anda?

fesyen koreakbeautykfashionskincare korea
https://lomp.at/2dqgr
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @missfazura (IG)
Kecantikan

Tak Perlu ‘Over’ Kontur, Ini Cara Paling Senang & Cepat Capai Hidung Mancung Sebelum Raya!

by Nurul A.
March 12, 2026

Apabila menyentuh mengenai ciri wajah, bahagian yang sering menjadi kebimbangan para wanita adalah hidung. Bukan apa, MURAI dapati ramai juga...

Read moreDetails
Foto - UNIQLO
Fesyen

Raya Bersama UNIQLO dengan Rekaan Sulaman Eksklusif Azreen Chan

by Nurul A.
March 8, 2026

Peruncit pakaian global UNIQLO memperkenalkan koleksi sulaman Raya edisi terhad dengan kerjasama ilustrator tempatan yang sedang meningkat naik, Azreen Chan....

Read moreDetails
Fesyen

Bila Marriott Bonvoy Bertemu KHATAM, 5 Perkara Ini Buat Raya Lebih Bermakna

by Phic ARMAN
February 15, 2026

Musim Ramadan dan Raya kali ini nampaknya lebih istimewa apabila Marriott Bonvoy bergabung tenaga dengan label fesyen tempatan KHATAM menerusi...

Read moreDetails
Foto - PUMA x Pokémon
Fesyen

Teroka Ke Dunia Lain Dengan Kolaborasi PUMA X Pokémon

by Nurul A.
April 7, 2026

PUMA bekerjasama dengan Pokémon, untuk meraikan 30 tahun francais hiburan global. Meneroka "Into Another World," visual kempen ini menghubungkan dunia...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  3. 3

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara