Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Floor 88 Tampil Dengan Filem Hutang 2D! Eric Fuzi Jadi Pengarah Bersama

Filem aksi komedi ini turut menampilkan barisan selebriti popular tanah air.

by Khai Azfar
August 4, 2021
Share on Facebook

Kumpulan Floor 88 tampil dengan kejutan buat peminatnya dengan filem mereka sendiri berjudul Hutang 2D yang akan ditayangkan di Astro First, saluran 480 bermula 5 Ogos 2021.

Tampilkan Selebriti Popular 

Menariknya mengenai Hutang 2D, bukan sahaja menampilkan kesemua ahli kumpulan Floor 88, Ayie Elham, Akram K, Falique Ghazali, Zai Hamzah, Amirul Afeeq dan Eric Fuzi sebagai teraju utama, malah filem aksi komedi ini turut menampilkan barisan selebriti popular tanah air. Antaranya seperti Baby Shima, Black Hanafiah, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Ropie, Altimet, Wafiy Ilhan dan Coki.

Eric Pengarah Bersama

Malah salah seorang anggota Floor 88, Eric turut menggalas tugas sebagai pengarah bersama disamping pengarah utama Irwan Rauf dan Arie Zaharie selaku penerbit eksekutif. Ketika ditanya mengenai aspek pemilihan lakonan berdasarkan populariti semata-mata, Eric menafikan tanggapan tersebut kerana setiap daripada mereka yang terbabit dalam Hutang 2D mempunyai kisah tersendiri dengan Floor 88.

“Bukanlah kerana populariti tetapi kesemua mereka ada kisah dengan kami sebab Hutang 2D ini seperti filem yang membabitkan kawan-kawan. Sebagai contoh, Baby Shima pernah berduet dengan kami, Ropie pula terbabit dalam muzik video sebelum ini. Jadi ini seperti satu penghargaan kami juga buat mereka” kongsi Eric kepada Murai.my

Bersedia Terima Kecaman

Mengenai jangkaan filem yang bakal ditayangkan, Eric dan ahli Floor 88 yang lain sudah bersedia sekiranya filem ini bakal dikecam mahupun dibandingkan dengan filem lain. Namun begitu, harapannya agar Hutang 2D dapat ditonton oleh orang ramai dan diterima baik oleh peminat.

“Soal kecaman itu sebenarnya masa trailer dikongsi pun sudah ada yang mengecam dan mempertikaikannya. Tetapi bagi kami, kecaman itu seperti lumrah apabila sudah bergelar selebriti. Lagipun, setiap orang ada pandangan dan minatnya tersendiri jadi kami hanya ambil yang positif sahaja apatah lagi ini merupakan filem pertama kami” katanya lagi

Filem yang menelan belanja sebanyak RM300,000 ini mengisahkan tentang Ayie (Ayie Elham), seorang pelukis webtoon yang kuat berangan dan bersifat pengecut. Hubungan Ayie dan ayahnya, Pak Jie (Ropie) tidak mesra, bahkan bakat melukisnya juga sering dipandang rendah oleh Pak Jie. Itu membuatkan Ayie rasa sedih dan kurang keyakinan, termasuklah memendam rasa terhadap jirannya, Shima (Baby Shima).

Terpaksa 'Ikat Perut', Eric Fuzi Belum Terima Bayaran Hutang Sebanyak RM51K- "Minggu Ni Auto Diet"
YouTube video

Sementara itu, Pak Jie banyak berhutang dan sering diganggu oleh dua orang gangster, Han (Black) dan Kit (Wafiy Ilhan). Apabila Pak Jie diserang di rumahnya, Ayie terus menyembunyikan diri. Segalanya berubah apabila Ayie bertemu dengan Gua Mambang (Altimet) dan telah menghadiahkan sebuah ‘tablet’ ajaib. Ayie mendapati setiap lukisannya di tablet itu akan menjadi kenyataan. Kemudian, Ayie mencipta rakan-rakan baru dengan mempunyai kuasa ‘superhero’ yang luar biasa agar dapat membantunya menyelesaikan masalah hidupnya.

Floor 88Hutang 2d
https://lomp.at/0owei
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Filem

5 Info Menarik Tentang “Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?” Yang Buat Hati Penonton Tak Tenang

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Filem Indonesia memang terkenal dengan naskhah yang pandai main emosi. Yang terbaru, Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? kini bersedia pula mengetuk...

Read moreDetails
Foto - @pureluxury.mag (IG)
Budaya

5 Filem Romantik Untuk ‘Netflix & Chill’ Dengan Si Dia Semasa Hari Kekasih 2026!

by Nurul A.
February 9, 2026

Tinggal lima hari sahaja lagi sebelum Hari Kekasih tiba! Untuk pasangan yang mahu mencipta momen yang paling romantis dalam suasana...

Read moreDetails
Filem

‘Akad Yang Hilang’ Bongkar Realiti Nikah Fasid & Anak Haram

by Farah Fatihah
January 15, 2026

Siapa sangka isu perkahwinan tidak sah sebenarnya bukan sekadar masalah undang-undang, tetapi boleh memberi impak besar kepada masa depan keluarga?...

Read moreDetails
Filem

Di Sebalik Tabir Pak Su Ammara, Ummi Nazeera Kongsi Rahsia Que Haidar

by Phic ARMAN
January 5, 2026

Spotlight hari ini MURAI nak mulakan dengan kisah di sebalik tabir drama terbaru Pak Su Ammara. Ummi Nazeera berkongsi pengalaman...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore