Untuk pertama kalinya, Sofyank tukar spotlight dia dengan kerusi pengarah, cuba cabaran baru mengarah pelakon sambil bentuk cerita yang lebih tentang emosi, bukan hiburan semata-mata. Langkah ini memang besar untuk perjalanan kreatif dia, tunjuk sisi lain bakatnya dalam bercerita.
Sudah terkenal dengan visual storytelling dan VFX yang mantap, Sofyank atau nama penuh nya Muhammad Sofian Abdullah sebenarnya sudah ada pengikut setia di media sosial. Tapi bila dia mula beralih daripada kreator digital jadi pembuat filem, ia macam satu turning point dalam kerjaya dia.
Baru-baru ini, dia naik pangkat dari Canon EOS Master ke EOS Filmmaker, bagi dia lebih ruang nak explore storytelling yang lebih dalam dan emosi yang lebih kompleks.
Sofyank kongsi,
“Mengarah ‘Kasih Yang Tidak Bergema’ memang satu pengalaman besar untuk saya. Saya dapat explore cerita yang lebih mendalam dan berkembang sebagai pembuat filem. Saya bersyukur Canon support perjalanan ni dan bagi saya tools untuk terus explore kreativiti.”
Filem ini fokus pada cinta seorang ibu, bukan selalu boleh nampak dengan kata-kata atau aksi besar, tapi melalui pengorbanan, doa, dan diam-diam dia buat semuanya. Cerita ini tentang seorang ibu yang pengorbanannya sering tak disedari anaknya, sampai akhirnya anak tu faham betapa besarnya cinta ibu dia. Dari benda-benda kecil yang nampak simple, Sofyank tunjukkan yang ungkapan cinta yang paling tulus kadang-kadang datang dalam diam.
Projek ini jugak tunjuk yang Canon memang serius nak support bakat tempatan, bagi kreator macam Sofyank peluang untuk hasilkan karya yang bukan sahaja cantik visual, tapi juga sentuh hati penonton. Sekadar info, Sofyank merupakan pencipta kandungan digital di Malaysia kelahiran Kota Bharu, Kelantan. Beliau dikenali dengan penghasilan video suntingan yang mempunyai kesan-kesan khas. Sofyank pernah tersenarai sebagai antara 5 pempengaruh dalam Anugerah MeleTOP Era 2020 bagi kategori Influencer Meletop Syok








