Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

‘Thor: Love And Takde?’- GSC Umum Filem Terbaru Thor Tidak Akan Ditayangkan Di Malaysia

by Rory Kim
July 28, 2022
Share on Facebook

Filem yang bertemakan watak superhero merupakan antara filem yang sangat popular ditonton. Ini terbukti apabila filem-filem arahan syarikat Marvel sentiasa meraih jutaan wang semasa tayangan. Baru-baru ini, Marvel telah menghasilkan sebuah lagi filem yang berjudul “Thor: Love and Thunder” yang dibintangi Chris Hemsworth dan Natalie Portman.

Tidak akan ditayangkan?

Via Twitter
@GSCinemas

Walaupun ramai yang menunggu untuk menonton filem ini di pawagam, ia tidak akan ditayangkan di Malaysia menurut GSC Cinemas tanpa alasan mengapa. Mereka menyatakan bahawa pihak Disney tidak akan menayangkan filem ini sama sekali dan meminta maaf di atas segala kesulitan. Mereka juga menyatakan bahawa para peminat Marvel sebaliknya boleh membeli barangan ‘merchandise’ mereka untuk menunjukkan sokongan.

Reaksi netizen

Via Twitter
@GSCinemas

“Kite tengok dekat Singapore jer lah. Tapi 10 dollar lah”- komen seorang netizen

“Tapi apa sebabnya? Takkan kena cancel tanpa sebab”- luah seorang netizen yang lain

Rata-rata netizen memberikan reaksi yang berbeza terhadap isu ini. Ada yang sokong bahawa filem ini tidak ditayangkan kerana dikatakan mengandungi babak LGBT. Ada pula yang tidak sokong kerana menurut sesetengah pihak yang telah menonton filem tersebut di luar negara menyatakan bahawa babak tersebut sangat minima hinggakan mungkin tidak langsung yang ia berkaitan dengan LGBT.

Ada juga yang berpendapat ianya mungkin berkaitan dengan watak Christian Bale sebagai Gorr yang dikatakan pembunuh tuhan. Aspek sebegitu mungkin punca filem ini tidak ditayangkan di negara ini.

Filem ‘Thor: Love and Thunder” sepatutnya ditayangkan pada bulan ini akan tetapi ianya tidak mungkin berlaku lagi. Sesiapa yang ingin menonton filem ini perlu mencari inisiatif yang lain seperti tonton di platform penstriman seperti Disney HotStar ataupun laman sesawang filem di Internet.

Hayati Pelbagai Juadah Dan Semangat Raya Dengan Pengalaman Hiburan Yang Tidak Dapat Dilupakan Di GSC
GSCThor: Love And ThunderTwitter
https://lomp.at/0w2iz
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Filem

Di Sebalik Tabir Pak Su Ammara, Ummi Nazeera Kongsi Rahsia Que Haidar

by Phic ARMAN
January 5, 2026

Spotlight hari ini MURAI nak mulakan dengan kisah di sebalik tabir drama terbaru Pak Su Ammara. Ummi Nazeera berkongsi pengalaman...

Read moreDetails
Filem

‘Akad Yang Hilang’ Bongkar Realiti Nikah Fasid & Anak Haram

by Farah Fatihah
January 15, 2026

Siapa sangka isu perkahwinan tidak sah sebenarnya bukan sekadar masalah undang-undang, tetapi boleh memberi impak besar kepada masa depan keluarga?...

Read moreDetails
Foto - @pureluxury.mag (IG)
Budaya

5 Filem Romantik Untuk ‘Netflix & Chill’ Dengan Si Dia Semasa Hari Kekasih 2026!

by Nurul A.
February 9, 2026

Tinggal lima hari sahaja lagi sebelum Hari Kekasih tiba! Untuk pasangan yang mahu mencipta momen yang paling romantis dalam suasana...

Read moreDetails
Filem

5 Info Menarik Tentang “Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?” Yang Buat Hati Penonton Tak Tenang

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Filem Indonesia memang terkenal dengan naskhah yang pandai main emosi. Yang terbaru, Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? kini bersedia pula mengetuk...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore