Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Fizo Omar Beri ‘Hint’ Mahu Timang Anak Lagi, Netizen Titip Nasihat?-“Kesian Bini Dia…”

by Naddy Joe
May 8, 2023
Share on Facebook

Umum mengetahui isteri kepada pelakon, Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri hamil anak kedua selepas anak pertama mereka, Wan Khaleeda selamat dilahirkan pada 25 Jun lalu di sebuah pusat perubatan di Serdang, Selangor.

Usia Kehamilan Isteri Sudah 37 Minggu

Usia kehamilan kedua isterinya sudah memasuki minggu ke-37, Fizo Omar menerusi hantaran di Instagram dilihat ‘throwback’ foto dirinya bersama isteri yang sarat hamil sejak tahun lepas pada kehamilan pertama dan kedua serta berkongsi keterujaan anak perempuannya dari perkahwinan terdahulu, Wan Maryam yang mendapat dua orang adik dalam satu tahun.

“Tema raya ‘SARAT MENGANDUNG’. Raya tahun lepas (2022) dan tahun ni (2023) pun tengah sarat dah masuk 37 minggu dah. So kiranya anytime from now lah.

Alhamdulillah rezeki tak diduga dari Allah buat abe Joe dan Faz, dan ofcoz Cik Yam yang paling happy 1 tahun 2 adik.”-tulis Fizo

“Tahun Depan Raya Bulan Berapa Ek…”

Memohon doa orang ramai agar urusan isterinya untuk melahirkan dipermudahkan, Fizo sempat berseloroh bertanyakan kepada netizen bilakah Aidilfitri pada tahun hadapan untuk ‘menimang anak’ lagi.

“Saya tahu bukan mudah, but u did it. Well done sayang. Doakan Faz dipermudahkan bersalin nanti ya.

Nota kaki: tahun depan raya bulan berapa ek, nak timing siap-siap ??.”-seloroh Fizo

Netizen Titip Nasihat?

Di ruangan komen, segelintir netizen dilihat menitipkan nasihat buat Fizo agar memberikan masa buat isterinya ‘berehat’ selepas kelahiran kedua untuk menjaga dalaman tubuh badan dengan baik.

“Semoga selamat melahirkan. Lepas ni rehat lama sikit ye faz.”

“Kesian bini dia. Bagilah rehat. Demi menjaga hati suami.”

“Tahniah, papepun kena rehat dulu lepas ni faz..Jarakkan.”

“Eehehe dia ingat orang perempuan ni kilang production agaknya. Dalaman tu kena jaga. Tak jaga bagi rehat. Dah tak sedap sibuk usya lain.”

Apa komen anda?

Fizo Omar Kongsi Momen Beli Hadiah Hari Lahir Maryam, Netizen Terhibur!- "Daddy Dulu Botol Mineral Je.."
fazeera nazrifizo omar
https://lomp.at/ty40n
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Nurin Afiqah Selamat Timang Cahaya Mata Kedua

by Naddy Joe
March 9, 2026

Pelakon baharu dan personaliti media sosial, Nurin Afiqah berkongsi khabar gembira apabila dia selamat menimang cahaya mata kedua. Nurin menerusi...

Read moreDetails
Lokal

Alha Alfa Terkejut Ramai Netizen Meminta-Minta Wang Di Media Sosial-“Saya Dulu Dari Keluarga Susah Jugak..”

by Naddy Joe
March 3, 2026

Usahawan kosmetik dan jurusolek terkenal , Datuk Alha Alfa akui merasa terkejut apabila ramai netizen yang meminta-minta wang daripadanya di...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Eira Syazira & Anak-Anak Beri Kejutan Hari Lahir Buat Azad Jasmin, Curi Perhatian Peminat

by Naddy Joe
February 11, 2026

Pelakon, Eira Syazira mencuri perhatian peminat selepas dilihat memberikan kejutan istimewa sempena hari lahir suaminya yang juga pelakon, Azad Jasmin...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Fad Bocey Luah Rasa Rindu Pemergian Arwah Abam

by Naddy Joe
February 11, 2026

Pelawak, Fad Bocey mengenang kembali pemergian sahabatnya, Allahyarham Abam Bocey yang pergi mengadap Illahi pada 10 Februari 2020. Menerusi hantaran...

Read moreDetails
Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara