Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Fizo Omar Titip Ucapan Istimewa Sempena Anniversary Ke-4-“Semoga Allah Pelihara Rumah Tangga Kami…”

by Naddy Joe
October 22, 2025
Share on Facebook

Aktor dan usahawan, Fizo Omar membuat perkongsian istimewa sempena ulang tahun perkahwinannya bersama isteri, Fazeera Nazri yang ke-4 sejak mendirikan rumah tangga pada Oktober 2021.

Fizo Omar atau nama sebenarnya Wan Hafizol Bin Wan Omar menerusi hantaran di Instagram dilihat turut memuatnaik beberapa foto dia sekeluarga bersama anak-anak iaitu Wan Maryam, Wan Khaleeda, Wan Umaira, dan Maliki berserta ucapan istimewa buat isterinya itu.

“4th Anniversary with 4 kids ( 1 + 3 ). Tiada perkataan untuk menggambarkan betapa saya sayang dan menghargai awak sebagai pasangan hidup saya. Ia merupakan 4 tahun yang menakjubkan bersama dan sehingga ke Jannah.

Syukur di atas segala rezeki dari Allah buat keluarga kami. Semoga Allah pelihata rumah tangga kami dan lindungilah ibu kepada zuriat hamba mu ini Ya Allah.

Love you more Fazeera Nazri, my partner in crime, partner gaduh, partner romantic, partner cari rezeki, partner mengasuh anak, dan kaunselor saya juga 🤣.”-titip Fizo Omar di Instagram

View this post on Instagram

A post shared by Fizo Omar (@fizoomar)

“Semoga Kekal Bahagia Hingga Akhir Hayat…”

Di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan doa agar keluarga kecil ini dilindungi dan bahagian hingga ke Jannah.

“Til Jannah adikku sayang.”-Dato A. Aida

“So happy for you guys! Semoga yang baik-baik sahaja untuk kamu dan keluarga Abejoeee.”-Uyaina Arshad

“Memang amazing, Yam bertuah, abah pun bertuah.”

“Suka tengok Faz ni, beauty with brain. Happy anniversary guys.”

“Untung tau dapat kak Faz ni. Dia macam perfect 1 pakej. Kita perempuan pun suka nengoknya.”

“Semoga kekal bahagia hingga akhir hayat.”

Sekadar info, Fizo Omar pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Mawar Karim pada November 2013 sebelum membuat keputusan untuk berpisah pada Julai 2019. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Wan Maryam.

Fizo kemudiannya mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama wanita pilihan hatinya, Fazeera Nazri Aziz pada 21 Oktober 2021. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Wan Maryam, Wan Khaleeda, dan Maliki.

Fizo Omar Bersyukur Isteri Selamat Timang Bayi Lelaki-"Isteri Tersayang Yang Banyak Berkorban.."
fizo omar
https://lomp.at/r4hwx
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - weechuanchin (FB)
Lokal

[VIDEO] “Harap Semua Faham, Kita Hormat Agama Islam”- Abe Wee

by Nurul A.
February 24, 2026

Tak dinafikan apabila tiba sahaja bulan Ramadan, kita berpeluang melihat penganut agama lain mencuba untuk berpuasa, termasuklah pempengaruh media sosial,...

Read moreDetails
Foto - @iamellymazlein (IG)
Lokal

“Saya Terharu & Rasa Dihargai”- Gaya Tudung Dipuji, Elly Mazlein Tekad Jadi Muslimah Terbaik

by Nurul A.
January 23, 2026

Pelakon, pengacara dan penyanyi Elly Mazlein meluahkan rasa tersentuh dan terharu apabila mendedahkan dia telah menerima pujian daripada pendakwah Ustazah...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] “Tenanglah Di Sana Abangku…”-Anak Kedua Amyza Aznan

by Naddy Joe
February 27, 2026

Anak kedua pelakon, Amyza Aznan iaitu Adrian Adam mencetuskan rasa sebak netizen selepas memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru...

Read moreDetails
Berita

Nad Zainal Kongsi Sikap Ungku Ismail Ketika Awal Kehamilan, Netizen Terhibur!-“Lelaki Memang Gitu..”

by Naddy Joe
February 12, 2026

Umum mengetahui pelakon, Nad Zainal baru sahaja berkongsi khabar gembira mengenai dia yang kini sedang hamil cahaya mata keempat. Nad...

Read moreDetails
Foto - @badgalriri (IG)
Hollywood

[VIDEO] Penampilan Terkini Rihanna Buat Peminat Tergamam- “Mengandung Lagi?!”

by Nurul A.
January 28, 2026

Kecoh di media sosial, apabila peminat mendakwa penyanyi dan usahawan Rihanna sedang hamil anak keempat! Khabar angin itu tercetus selepas...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara