Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Fizz Fairuz Umum Tinggalkan Suria FM, Luahan Isteri Cetus Tanda Tanya – “Dijauhi Dengan Orang Yang Hati Busuk”

by Aphit J.
July 19, 2025
via Instagram Almy Nadia

via Instagram Almy Nadia

Share on Facebook

Semua sedia maklum bahawa sebelum ini selepas setahun enam bulan menceriakan pagi pendengar Suria FM, Datuk Fizz Fairuz akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada segmen Morning Morning Suria.

Umum Meninggalkan Suria FM

Pengumuman itu dibuat sendiri oleh Fizz Fairuz ketika bersiaran bersama dua rakan penyampainya, Ajak Shiro dan Kai Hassan pada pagi Jumaat yang penuh emosi.

Hari ini adalah hari terakhir saya di Suria FM.

Terima kasih banyak-banyak atas peluang ini.

Impian saya nak jadi DJ akhirnya tercapai.

Fizz Fairuz juga turut mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada rakan-rakan penyampai yang banyak membantunya semasa dia bersama Suria FM.

Keputusan meninggalkan Suria FM dibuat demi keluarga.

Malah Fizz Fairuz turut mengakui ingin lebih menumpukan perhatian kepada anak-anak serta membantu isterinya, Datin Almy Nadia yang selama ini banyak menguruskan lima cahaya mata mereka sendirian.

Status Isteri Cetus Tanda Tanya

via Instagram Almy Nadia

Dalam masa yang sama, Almy Nadia yang merupakan isteri kepada Fizz Fairuz turut meluahkan rasa syukur dan bangga atas keputusan suaminya itu menerusi Instagram.

Namun, perkongsiannya mencetuskan sedikit tanda tanya apabila diselitkan dengan bayangan seolah-olah keputusan Fizz dibuat atas keterpaksaan.

Permulaan yang baik, di hari Jumaat yang baik.

Ditemukan dengan orang-orang baik dan dikelilingi dengan orang-orang yang baik.

Dijauhi dengan orang yang hati busuk dan suka aniaya orang, Alhamdulillah syukur padamu Ya Allah.

Saya sayang awak (Fizz Fairuz) dan mama sentiasa ada dengan sayang

Ayat Berbunyi Sindiran

via Instagram Almy Nadia

Almy turut memberikan semangat buat suaminya agar percaya akan rezeki tuhan dan sempat menulis beberapa potongan ayat berbunyi sindiran bahawa karma itu sentiasa ada buat mereka yang suka menindas orang lain.

Alhamdulillah tamat sudah perjalanan beliau di Suria FM.

Bersyukur dan percaya rezeki ada di mana-mana.

Pada yang tet, terima kasih juga, ingat Allah sentiasa ada.

Sekadar rekod, Fizz Fairuz mula menyertai Suria FM pada 21 Januari 2024, dan sejak itu menjadi antara suara yang cukup dinantikan pada waktu pagi.

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- "Ini Kelakar..."

Apa pun puncanya, yang pasti Fizz Fairuz memilih keluarga dan ketenangan hati dan seperti kata Almy, rezeki Allah luas, dan perjalanan Fizz Fairuz pasti belum berhenti di sini.

Almy NadiaFizz Fairuzsuria fm
https://lomp.at/h0b9p
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @dyavol.x (IG)
Bollywood

Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

by Nurul A.
January 30, 2026

MURAI yakin peminat Bollywood di luar sana panik selepas dengar khabar angin ini! King of Bollywood, Shah Rukh Khan dilaporkan...

Read moreDetails
Foto - @morosechild (IG)
Lokal

Berang Bapa Tiri Dituduh Penagih, Puteri Balqis Cabar Cari Bukti

by Nurul A.
January 28, 2026

Pelakon Puteri Balqis Ashikin kembali menjadi tumpuan ramai selepas tampil mempertahankan bapa tirinya, Farris, yang dikaitkan dengan dakwaan bahawa lelaki...

Read moreDetails
Foto - @syed.jeev (FB)
Lokal

Kejutan Untuk Isteri, Prince Syed Tarik Balik Laporan Polis Terhadap Mentua

by Nurul A.
March 17, 2026

Usahawan dan pempengaruh sensasi, Prince Syed telah mengejutkan orang ramai apabila dia mendedahkan telah menarik semula laporan polis yang pernah...

Read moreDetails
Lokal

Puteri Balqis Tuntut Bayaran Tertunggak Daripada Jenama Kosmetik Terkenal?

by Naddy Joe
January 21, 2026

Pelakon, Puteri Balqis tampil bersuara menuntut bayaran tertunggak daripada salah sebuah jenama kosmetik yang didakwa masih gagal melunaskan tanggungjawab yang...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Gelagat Matin Bersihkan Kubur Arwah Siti Sarah, Netizen Sebak!

by Naddy Joe
February 13, 2026

Perkongsian ibu tiri kepada Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin  iaitu Siti Fatimah Suberi mencetuskan rasa sebak netizen selepas berkongsi momen anak...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara