Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Galaxy S26 & iPhone Kini Jadi “BFF”, Ini Cara Aktifkan ‘Airdrop’ Untuk SAMSUNG

by Phic ARMAN
March 24, 2026
Share on Facebook

Akhirnya, pengguna Samsung Galaxy S26 boleh hantar fail terus ke peranti Apple yang sokong AirDrop menggunakan ciri Quick Share. Tak perlu kabel, tak perlu app tambahan, semua native antara Galaxy dan iPhone, iPad, atau Mac.

Berita baik ni bermula dengan firmware terbaru Galaxy S26 pada 23 Mac 2026. Dengan firmware AZCF, Quick Share kini boleh berinteroperasi dengan protokol AirDrop Apple. Jangan risau, ini bukan app baru, tapi sebahagian daripada Quick Share yang sedia ada.

Cara nak aktifkan “Share with Apple devices”:

  • Buka Settings
  • Pilih Connected devices
  • Pergi ke Quick Share
  • Cari toggle baru: Share with Apple devices
  • Hidupkan toggle tu

Sekali aktif, Galaxy andaboleh detect Apple device yang sedia terima fail. Mudah kan?

Apa perlu set pada peranti Apple:

Pastikan AirDrop visibility pada iPhone, iPad, atau Mac ditetapkan kepada Everyone.
Kalau set kepada “Contacts Only” atau off, Galaxy anda tak akan nampak peranti Apple tu.

Syarat wajib untuk berfungsi:

Google Play Services: versi 26.11.33 ke atas
Quick Share app: versi 13.8.51.30 ke atas
Kalau versi lama, toggle AirDrop mungkin tak muncul langsung. Firmware terbaru Galaxy S26 dah automatik update kedua-dua servis ni.

Peranti yang boleh guna buat masa ini:

  • Galaxy S26
  • Galaxy S26+
  • Galaxy S26 Ultra

Di pihak Apple, ia berfungsi dengan:

  • iPhone
  • iPad
  • Mac

Tiada app tambahan diperlukan di iOS atau macOS.

Samsung kata ciri ni takkan kekal eksklusif untuk S26 lama-lama. Galaxy S25 & S24 series dijangka dapat ciri ni bila One UI 8.5 stabil untuk peranti tersebut.

Kalau anda pengguna Galaxy S26 dan Apple, ini memang berita best sebab tak payah pening fikir nak share fail antara ekosistem berlainan. Tinggal klik, hantar, siap!

[REVIEW] Samsung Galaxy A56 5G: Telefon Mampu Milik Dengan Ciri Power!
galaxyGalaxy s26iphones26samsung
https://lomp.at/lr6vd
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Iftar Atas Air: Rasai Pengalaman Berbuka Puasa Unik Dalam Crystal Dome, Tasik Titiwangsa!

by Farah Fatihah
February 18, 2026

Menjelang waktu berbuka, suasana di sekitar Tasik Titiwangsa biasanya terasa lebih tenang dan tidak terlalu sibuk. Pemandangan tasik yang terbuka,...

Read moreDetails
LifeXplore

Baru Dibuka! Oakwood Cameron Highlands Tawar Keselesaan Moden & Permandangan Indah

by Phic ARMAN
March 14, 2026

Baru-baru ini MURAI ada peluang untuk mengunjungi Oakwood Cameron Highlands, hartanah terbaru jenama Oakwood di Malaysia yang diuruskan oleh The...

Read moreDetails
Gambar: Facebook @The Tiny Lake
LifeXplore

Kafe Panda Di Tengah Tasik? Ini Sebab The Tiny Lake (SENAI) Jadi Port “Healing” Ramai Orang

by Farah Fatihah
February 18, 2026

Kalau kalian sukakan tempat yang tenang, comel dan sesuai untuk lepas penat dari rutin harian, sebuah kafe bertema panda di...

Read moreDetails
LifeXplore

Daripada Runway Ke Komuniti, Transformasi Besar AEON Festive Preview 2026

by Phic ARMAN
February 25, 2026

Kalau sebelum ini kita mengenali ia sebagai pentas fesyen yang eksklusif dan bergaya, tahun ini AEON Malaysia tampil dengan nafas...

Read moreDetails
Fesyen

Koleksi Raya Malabar Gold & Diamonds: Inspirasi 14 Negara Yang Buatkan Anda Jatuh Hati

by Phic ARMAN
January 26, 2026

Raya tahun ni, MURAI telahpun tengok sendiri koleksi Hari Raya 2026 Malabar Gold & Diamonds, memang tak boleh pandang sebelah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara