Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Gambar Bercium Mulut Fatin Afeefa Jadi Bahan Fitnah

by Khai Azfar
December 11, 2017
Share on Facebook

Kasihan kami melihat Fatin Afeefa yang pada tahun ini sering kali menjadi mangsa buatan orang. Jika dahulu beliau mendakwa pernah disihir, terbaru beliau sekali lagi terpalit kontroversi individu yang tidak bertanggungjawab.

Itu Bukan Gambar Saya

Memetik sumber dari MStar Online, Fatin Afeefa akui terkejut dengan kewujudan sekeping foto menunjukkan seorang wanita sedang bercium yang dikatakan mirip wajahnya tersebar di laman sosial.

“Saya tak tahu tentang foto tersebut dan itu bukan saya. Gila ke saya nak buat benda begitu kemudian post di Instagram. Sejujurnya, dua minggu lalu saya ada dengar fasal isu ini tapi saya tak tengok lagi gambar itu dan tak tahu siapa wanita mirip wajah saya.”

“Seingat saya, hujung bulan lalu, Instagram saya tidak boleh diakses dan hanya boleh digunakan semula pada pagi hari keesokannya. Tetapi, tak ada pula foto cium tersebut, pelik!,”

Ada Individu Cuba Fitnah 

Semalam, satu artikel pada ruangan gosip sebuah akhbar tempatan semalam telah memaparkan penyebaran foto seorang wanita yang dipercayai pelakon berstatus janda bercium dengan kekasih.

Menurut artikel tersebut, foto tersebut dipadam beberapa saat selepas dimuat naik.Bagi Fatin, beliau tidak menolak ada individu yang cuba menfitnah dirinya berdasarkan kenyataan yang diberi dalam artikel tersebut.

“Saya rasa ada yang cuba nak jatuhkan saya dengan buat fitnah begini. Saya dah baca gosip tersebut dan kenyataan yang diberi seperti cuba merujuk kepada saya. Daripada cerita sumber tersebut, dia seolah-olah tahu di mana rumah saya, apa yang saya lakukan terhadap anak dan sebagainya”

“Saya tahu ini kerja siapa. Tapi tak apa, saya bersabar dahulu. Kalau dia melampau batas, saya tak teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah,”

Terdahulu Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013 dan bercerai dengan talak satu pada 30 Mei lalu. Kami di murai.my berharap Fatin akan terus tabah dan bersabar dengan pelbagai kontroversi yang melibatkan dirinya pada tahun ini.

Suami Fatin Afeefa Pesan-"Perkahwinan Kami Bukan Untuk Internet.."
fatin afeefa
https://lomp.at/3ed4n
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Aeril Zafrel Tampil Beri Teguran Kepada Tareq Fit!-“Haritu Kau Cakap Aku Dayus..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel tampil memberikan teguran terhadap jurulatih kecergasan sensasi, Tareq Fit yang meluahkan rasa kesal terhadap penyampai...

Read moreDetails
Gossip

Isu Dayana Roza Persoal Kenapa Ramai Lelaki Melayu Curang, Reen Rahim Tampil Beri Respon!

by Naddy Joe
April 15, 2026

Pelakon, Dayana Roza membuat perkongsian bersama peminat selepas tular isu curang dalam perkahwinan orang ramai di media sosial, baru -baru...

Read moreDetails
Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  3. 3

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  4. 4

    Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

  5. 5

    Pulai Trail KL: Hutan Tersembunyi Di Tengah Bandar Yang Ramai Tak Sedar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara