Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

[GAMBAR] Lawatan Putera Mateen Ke Singapura Buatkan Ramai ‘Starstruck’, Sempat Cuba Indoor Skydiving

by Phic ARMAN
September 15, 2023
Share on Facebook

Putera Mateen sekali mencuri perhatian peminatnya di laman Instagram. Mateen, 32, mengadakan lawatannya ke Singapura sebagai Lee Kuan Yew Exchange Fellowship (LKYEF)  dari Isnin hingga Khamis.

Anak ke-10 dari Sultan Brunei Hassanal Bolkiah itu juga telah bertemu beberapa menteri dalam taklimat dan lawatan tapak berkaitan bidang seperti transformasi ekonomi, perancangan bandar, pendidikan, pertahanan, pembangunan mampan dan keusahawanan.

Ia adalah satu penghormatan untuk melawat Singapura- Mateen

Dalam muatnaik terbaharu di Instagram peribadinya, Mateen menyuarakan rasa gembiranya dapat membuat lawatan ke Singapura.

“Ia adalah satu penghormatan untuk melawat Singapura sebagai Lee Kuan Yew Exchange Fellowship (LKYEF) dan menjadi sebahagian daripada program yang begitu penting.

Brunei dan Singapura berkongsi hubungan yang istimewa dan unik dan matlamat saya untuk terus mengekalkan hubungan itu untuk generasi akan datang.

Ia merupakan minggu yang hebat untuk melawat banyak institusi Singapura yang berjaya, serta bertemu rakan lama.”- tulisnya di Instagram.

Di ruangan komen, ramai yang memuji Mateen yang sentiasa kelihatan segak dan tampan sepanjang mengadakan lawatan. Malah ada yang menggelarnya “prince charming” dan “putera paling kacak di dunia”.

Dalam lawatannya, Mateen sempat mencuba beberapa aktiviti lasak antaranya indoor skydiving di iFLY. Difahamkan di sini mereka memiliki salah satu terowong angin terbesar di dunia

Untuk info, Putera itu kali terakhir melawat Singapura tahun lepas semasa perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix Singapura 2022.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
abdul mateenbruneimateen
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara