• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Korea

Full House! Jom Lihat Foto-foto Sekitar Acara Pertemuan Park Eun-bin Bersama Peminat di KL

by Phic ARMAN
December 26, 2022
Share on Facebook

Jelajah pertemuan peminat Asia pertama Park Eun-bin “EUN-BIN NOTE: BINKAN” telah berjaya mendapat sambutan luar biasa dari peminatnya di Kuala Lumpur. Untuk info, ini merupakan acara pertemuan peminat yang diadakan di 6 bandar dalam tempoh 3 bulan, bermula dengan Seoul, Bangkok, Singapura, Tokyo dan Kuala Lumpur.

Pada 24 Disember yang lalu merupakan persembahan terakhir yang diadakan di Kuala Lumpur. Park Eun-bin menarik perhatian dengan kostum berwarna merah, hijau dan putih seolah-olah mengikut tema perayaan hari natal dan nyanyian lagu bersama peminat menjadikan malam Ambang Krismas lebih istimewa.

Jom lihat beberapa foto sekitar pertemuan peminat Asia pertama Park Eun-bin di StarXpo Centre, KWC KL.

Pada akhir persembahan, Park Eun-bin berkata,

“Ia adalah pertemuan peminat pertama saya tahun ini, dan segala-galanya berlaku tanpa diduga sejak awal. Saya tidak sangka saya akan berada di luar negara, dan saya sangat risau kerana saya tidak pernah bertemu peminat luar negara. Namun, saya sangat bersyukur kerana merasakan ramai yang menyukai saya kali ini,” katanya selepas menamatkan jelajah jumpa peminat.

Nama Park Eun Bin mula dikenali ramai setelah membintangi drama “The King’s Affection” dan “Extraordinary Attorney Woo”, bahkan kedua dramanya ini mendapat perhatian peminatnya di Malaysia.. Jadi, tidak hairanlah kenapa peminat di Malaysia begitu teruja untuk berjuma dengannya.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada penganjur, Trumpet International kerana memberikan peluang ini kepada Team Murai untuk menyertai acara ini.

koreaPark Eun-binTrumpet International
https://lomp.at/eqvh7
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Dalam masyarakat kita, isu gelaran atau panggilan kepada individu berdasarkan rupa bentuk badan atau penampilan sering menjadi topik sensitif. Apa...

Read moreDetails
Gambar AI Generated
LifeXplore

[VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

by Farah Fatihah
January 31, 2026

Kalau selama ini kita hanya melihat salji di televisyen atau media sosial, kini pengalaman itu boleh dirasai sendiri tanpa perlu...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore