Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

[GAMBAR] Sultan Pahang & Tunku Azizah Hadiri Graduasi Tengku Jihan Di UK!

by Jash Lee
July 15, 2025
Share on Facebook

Pada 11 Julai 2025 yang lalu, Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke University for the Creative Arts (UCA) di United Kingdom untuk meraikan hari graduasi paduka anakanda, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Athiyatullah. YAM Tengku Puteri Jihan mencatat kejayaan cemerlang dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Seni (Kepujian Kelas Pertama) dalam bidang Tekstil, menyerlahkan kecemerlangan akademik dan bakatnya.

Turut berangkat mengiringi baginda berdua ialah Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Yang Amat Mulia Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah, dan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah. Kehadiran keluarga diraja ini menambah kemeriahan majlis dan menzahirkan sokongan padu terhadap kejayaan YAM Tengku Puteri Jihan.

Pada majlis yang sama, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah turut berangkat meraikan kejayaan anakanda mereka, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah Zahrah, yang turut memperoleh ijazah sarjana dalam bidang tekstil.

Turut hadir ialah Duli Yang Teramat Mulia Yang di-Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail, Yang Amat Mulia Tengku Sri Setia Mahkota Raja Tengku Muhammad Mua’az, serta Yang Amat Mulia Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Fatimatuz Zahra’.

Topik Berkaitan Sweet Momen Sultan Pahang Bersama Tunku Azizah, Rakyat Teruja

Majlis graduasi ini bukan sahaja menjadi lambang kejayaan akademik, tetapi juga mempamerkan ikatan kekeluargaan dan sokongan di kalangan keluarga diraja, menjadikan ia satu peristiwa yang penuh makna dan kebanggaan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
sultan pahangSultan Terengganutengku fatimatuz zahraTengku HassanalTengku Nadhirah Zahrahtengku puteri jihantunku azizah
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenapa Ramai Bengang Dengan Bangunan Di Jambatan Angkat Kuala Terengganu?

  2. 2

    Mohamed Al-Fayed, Taikun Arab Didakwa Intai Wanita Di Bilik Persalinan

  3. 3

    Ramai Tak Tahu, Pelumba Muda Ini Anak Tunggal Alex Yoong & Arianna Teoh

  4. 4

    Undang Kontroversi, Kelibat Ratu Belanda Di Festival LGBTQ Curi Perhatian

  5. 5

    “Saya Suami & Ayah Paling Bertuah”- Ucapan Suami Nelydia Senrose Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara