• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Asia

Gara-gara iPhone 12 Pro Max, Aktor China Wu Jing Dianggap Pengkhianat & Memalukan

by Phic ARMAN
April 2, 2021
Share on Facebook

Pelakon dari China, Wu Jing menjadi sasaran netizen di paltform media sosial setelah ditangkap menggunakan Iphone. Ini dapat dilihat dari muat naiknya di Weibo beberapa waktu yang lalu.

Foto: Daydaynews.cc

Pelakon berusia 46 tahun itu dibanjiri kecaman kerana netizen menganggapnya tidak mempunyai semangat patriotik. Terutama pada masa ini, berlaku pertelingkahan antara negara mereka dan Amerika Syarikat.

Menurut Today Online, Setiap catatan yang dia hantar di Weibo sejak pertengahan Mac mempunyai tag Iphone 12 Max. Ini bermaksud pelakon itu menggunakan telefon bimbit Iphone semasa memuat naik foto.

Foto: Today Online

Dia juga dilabel sebagai pengkhianat oleh netizen.

“Adakah anda tidak tahu malu? Berapa banyak peluru yang disumbangkan telefon bimbit ini kepada musuh (Amerika Syarikat)? Kami warga China tidak akan jatuh kerana ini, harap ia ganti segera dengan Huawei. Jika tidak, maka anda adalah seorang patriot palsu,” tulis seorang netizen.

“Mengapa kamu tidak menggunakan Huawei? Tidakkah kamu ingin menjadikan negara kita kuat?” tulis yang lain.

Tetapi ada juga netizen yang mempertahankan Wu Jing. Dia dianggap tidak perlu sibuk jaga hal orang lain jenama telefon bimbit apa yang akan digunakan.

Wu Jing terkenal dengan penampilannya dalam filem aksi 2015 Wolf Warrior. Dalam filem itu, dia berperanan sebagai askar pasukan khas yang bertempur melawan tentera asing.

Foto: Today Online

Sekuel filem ini dibuat pada tahun 2017 dan berjaya menghasilkan keuntungan besar dan laris di pasaran. Jalan cerita yang menunjukkan semangat patriotisme telah mendapat banyak pujian sehingga ia menjadi filem China terlaris dalam sejarah.

YouTube video

Kerana filem itu, Wu Jing digelar sebagai Head Wolf Warrior. Dia sering dipuji seperti pahlawan negara. Selepas kejadian itu, pihak Wu Jing tidak memberikan sebarang komen. Dia juga masih memuat naik gambar dan video di Weibo dengan telefon bimbit iPhone-nya.

https://lomp.at/zgc4r
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Datin Shahida Dedah Qadejah Senyap-Senyap Rakam Lagu Raya, Netizen Terhibur!

by Naddy Joe
January 30, 2026

Isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat...

Read moreDetails
Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
Foto - @therealmiasara (IG)
Lokal

Niat Baik Disalah Tafsir, Mia Sara Hadapi Anxiety Sehingga Cederakan Diri

by Nurul A.
January 30, 2026

Nampaknya konflik antara pelakon Mia Sara Nasuha dan Puteri Balqis Ashikin tak berpenghujung. Dan kali ini, MIa menjadi tumpuan ramai...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore