Sunday, August 3, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

Gara-Gara Tom Cruise, Ini Sebab Kenapa Nicole Kidman Benci & Dendam Pada Puteri Diana

by Soph Azz
May 21, 2025
Foto - She Knows / CNN

Foto - She Knows / CNN

18
KONGSIAN
Share on Facebook

Kalau kamu nak tahu, Puteri Diana dikatakan pernah memintai aktor kacak Tom Cruise. Fakta ini didedahkan dalam buku ‘Diana: The Intimate Potrait’ yang ditulis oleh Judy Wade.

Dalam buku yang dikeluarkan pada tahun 2007 itu, dinyatakan bahawa Puteri Diana pertama kali bertemu dengan Tom pada tayangan perdana filem ‘Far and Away’ (1992) dan ketika itu dia baru sahaja berpisah dengan Putera Charles.

Foto – People

Tetapi Puteri Diana tidak berkesempatan kerana isteri Tom ketika itu, Nicole Kidman, sangat melindungi suaminya.

“Dia (Nicole) terus memandang saya dengan pandangan yang tidak mesra. Pandangannya seolah-olah berkata, “Jauhi lelaki saya””, kata Puteri Diana kepada Judy.

Foto – Hello Magazine

Disebabkan oleh itu, Nicole dikatakan telah menyimpan dendam terhadap Puteri Diana. Jelas Judy dalam bukunya, Nicole sering menolak untuk bekerja dengan Puteri Diana dan dia juga tidak gembira apabila mengetahui rakan baiknya, Naomi Watts berkawan dengan Puteri Diana.

“Nicole terus menyimpan dendam walaupun dia kemudiannya berpisah dengan Tom dan wanita yang mengancamnya telah meninggal dunia.”

Foto – Pinterest

Sebelum ini, apabila Puteri Diana meninggal dunia dalam kemalangan terowong Paris pada 31 Ogos 1997, Tom mengecam keras tindakan paparazi ketika itu. Dia menuduh paparazi adalah penyebab sebenar kematian Puteri Diana.

“Saya mengutuk sekeras-kerasnya peranan paparazi. Mereka juga mengikuti saya ke seluruh dunia. Mereka tak perlu cari berita, sebalik menyalahgunakannya. Orang kadang-kadang perlu mempunyai masa peribadi, tetapi mereka tidak akan biarkannya berlaku.”

Apa pendapat kamu?

Sofyank Tak Sangka Impian Seumur Hidup Jadi Kenyataan Apabila Bertemu Tom Cruise
naomi wattsNicole Kidmanputeri dianaTom Cruise
Share7Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

  3. 3

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    Ini Cara Guna RM100 SARA Sebelum 31 Disember. Jangan Terlepas!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem