Aktres dan penyampai radio Rakita FM, Neera Azizi menjadi perhatian orang ramai selepas membuat acara pendedahan jantina (gender reveal) di hadapan Kaabah ketika mengerjakan umrah bersama suami dan keluarga baru-baru ini.
Walaupun ramai yang mengucapkan tahniah dan tumpang gembira atas berita tersebut, namun ada yang meluahkan rasa kecewa mereka melihat tempat ibadah umat Islam dijadikan sebagai lokasi untuk mencipta kandungan.
Walaupun video yang dikongsi oleh Neera telah dipadamkan daripada Instagram, seorang pengguna platform Threads berkongsi semula hantaran tersebut yang memaparkan Neera dan suaminya, Muhammad Hafizi membuka kad yang menulis jantina bayi mereka.
“Untuk ke sekian kalinya. Sumpah nak carut nak tengok Kaabah pun ada doa ada adab yang perlu dijaga apatah lagi buat content macam ni.”
Kongsi pengguna Threads itu, terdapat beberapa adab untuk umat Islam melawat tanah suci Mekah. Tetapi apa yang dilakukan oleh Neera itu, disifatkan sebagai tidak menghormati kesucian tempat ibadah.
“Sorry bukan nak jadi joykiller ke apa tapi hm disappointed la.”

Pada masa yang sama, apabila MURAI menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial yang lain turut bersetuju dengan apa yang diluahkan oleh individu tersebut.
“Tunjuk je ok kot. Tak perlu nak lompat-lompat dan jerit. Adab tu.”
“Itu tempat yang suci dan bukan tempat untuk mencari perhatian.”
“Pemikiran yang sama ketika saya pertama kali melihat ini. Semoga ia tidak dinormalisasikan.”

Bukan itu sahaja, ada juga segelintir pengguna media sosial turut mempersoalkan peranan suami Neera, dipercayai seorang mutawwif yang turut melakukan umrah bersama ketika itu.
“Padahal suami dia mutawwif tau.”
“Laki dia mutawwif mana ni? Adab mana?”
“Ni la ujian dorang kat sana.”
Apa pendapat kamu?











