• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

[GIVEAWAY] Filem Love And Run Bakal Buat Penonton ‘Pecah Perut’!

by Khai Azfar
October 3, 2019
Share on Facebook

Bukan filem seram, tetapi kali ini kami nak belanja pembaca setia kami untuk menonton filem romantik komedi dari Thailand yang berjudul Love And Run.Filem ini membariskan pelakon-pelakon popular dari negara jiran seperti Chanon Santinatornkul yang popular menerusi filem Bad Genius, Kao Supassara Thanachat, Gornpop Janjaroen dan Pongtiwat Tangwancharoen.

Sinopsis Love And Run

Love And Run mengisahkan mengenai Due (Chanon Santinatornkul) yang merupakan seorang budak kampung membesar bersama bapanya Keing (Palapol Polkongseng), seorang pemilik kedai mee dan ibu saudara nya,Lin (Kao Supassara Thanachat). Begitu menyayangi ibu saudaranya, Due akan melindungi Lin daripada sesiapa sahaja yang cuba menyakitinya.

YouTube video

Pada suatu hari, Due telah lari dari rumah dan bekerja di Bangkok bagi membuktikan bahawa dia mampu berjaya lebih daripada bapanya. Akibatnya,Keing berasa bersalah dan nekad mencari anaknya itu. Perjalanan kisah mereka semakin rumit apabila Due terserempak dengan ibu saudaranya yang turut pindah ke Bangkok kerana bekerja sebagai jururawat. Dalam masa yang sama, Lin telah digoda oleh beberapa orang lelaki yang cuba memikatnya membuatkan Due sekali lagi ingin melindunginya.

25 Pasang Tiket Untuk Dimenangi 

Kami sudah menonton trailer filem ini dan sememangnya cukup kelakar! Ingin gelak ketawa bersama kami kelak? Khas untuk 25 orang pembaca bertuah murai.my, kami akan bawa anda menonton filem ini  menjadi yang terawal pada hari Selasa,22 Oktober 2019, jam 9.00 malam bertempat di GSC 3 Damansara (dahulu dikenali sebagai Tropicana City Mall).

Setiap pembaca yang dipilih oleh kami akan memenangi sepasang tiket ke tayangan awal filem ini. Caranya cukup mudah! anda hanya perlu ikuti langkah dan jawab soalan berikut untuk melayakkan diri anda dipilih sebagai pemenang.

  1. ‘Like’ Facebook murai.my, ikuti kami di Instagram @hangatmalaysia dan Twitter @HangatMalaysia.
  2. Kongsi artikel ini di Facebook dan Twitter anda, dan jawab soalan ini:

    Apakah nama tajuk filem yang pernah dibintangi oleh Chanon Santinatornkul?

  3. Sertakan hashtags #HangatMalaysia #TiketWayangHangat #GSCMovies bersama jawapan dan pastikan post anda tidak ‘private’ dan ditetapkan kepada ‘public’.
  4. Kemudian hantar pesanan atau mesej (DM) kepada kami dengan menghantar ‘link’  atau ‘screenshot’ posting tersebut. Jika tiada Facebook, anda boleh hantar menggunakan Twitter dan Instagram untuk pengesahan.
  5. Pemenang akan dihubungi pihak murai.my .
  6. Pemenang dikehendaki datang menuntut tiket filem tayangan pratonton filem di  GSC 3 Damansara pada 22 Oktober bermula jam 8.20 malam hingga 8.50 malam.
  7. Sebarang kelewatan tuntutan tiket selepas jam 9 malam TIDAK AKAN DILAYAN
  8. Sebarang ketidakhadiran perlu dimaklumkan secepat mungkin.
filem love and runlove and runtiket wayang hangat
https://lomp.at/21zc3
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Dalam masyarakat kita, isu gelaran atau panggilan kepada individu berdasarkan rupa bentuk badan atau penampilan sering menjadi topik sensitif. Apa...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  2. 2

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  3. 3

    Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore