Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Indonesia

Keluarga Mohon Tetamu Tidak Hadir Majlis Pengebumian Glenn Fredly

by Khai Azfar
April 9, 2020
Share on Facebook

Jenazah penyanyi popular Indonesia, Glenn Fredly akan dimakamkan di Tanah Kusir, Jakarta, pada hari ini, Khamis (9 April 2020). Namun, pihak keluarga telah meminta untuk mana-mana tetamu kecuali keluarga terdekat dan kenalan mendiang untuk tidak menghadiri majlis pengebumian pelantun Januari ini.

Keadaan Tidak Mengizinkan 

Permintaan tersebut dibuat kerana situasi yang tidak mengizinkan berikutan penularan wabak COVID-19 yang turut melanda negara itu. Menurut adik kandung Glenn, Uci jenazah abangnya akan dikebumikan selepas upacara keagaamaan sekitar jam 11.00 pagi.

“Kita jangka upacara keagamaan akan selesai pada jam 11 pagi. Akan ada banyak penghormatan terakhir dari rakan-rakan mendiang apatah lagi dari bandnya” ujar Uci ketika ditemui oleh Detik.com di rumah duka Heaven Dharmais, Jakarta.

“Dengan rasa hormat, kami berharap agar para pelawat tidak hadir dalam proses pengebumian kerana situasi dan keadaan yang tidak mengizinkan ketika ini,” kata wakil dari keluarga Glenn, Mozes Latuihamalo.

Mohon Doa Buat Keluarga 

Dalam pada itu, Mozes turut mengharapkan agar semua kenalan dan peminat mendiang dapat mendoakan agr mereka sekeluarga tabah dengan khabar pemergian Glenn.

“Doa rakan-rakan sekalian di mana pun berada sudah lebih dari cukup untuk menguatkan kami dalam rasa duka ini.”

Glenn Fredly,44 tahun meninggal dunia di RS Setia Mitra, Jakarta Selatan, pada malam Rabu (8 April 2020) setelah berjuang melawan penyakit radang otak(meningitis). Selama hidupnya, Glenn dikenal sebagai selebrit yang verstail disamping mempunyai 10 buah album solo sepanjang hayatnya.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Glenn FredlyGlenn Fredly meninggal duniapunca kematian Glenn Fredly
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Meja Bulat & CCTV Jadi Bukti, Sami Thailand Seleweng Dana Kuil & Jalin Hubungan Sulit 

  2. 2

    Cadangan PU Riz Henti Pelihara Anjing Tuai Kecaman -“Saya Personally Tak Suka Anjing”

  3. 3

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

  4. 4

    Publisiti Jer! 3 Kes Skandal Selebriti Ini Guna Modus Operandi Yang Sama

  5. 5

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara