• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

“Goodbye Hello” Dari Syamel & Ernie Zakri Rupanya Judul Lagu Baharu!

by Khai Azfar
April 2, 2021
Share on Facebook

Siapa sangka ungkapan ‘Goodbye Hello’ daripada pasangan selebriti popular negara yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan, Syamel dan Ernie Zakri merupakan simbolik kepada lagu duet terbaharu mereka.

Bersyukur Dipermudahkan

Seminggu bergelar pasangan suami isteri, Syamel memanjatkan rasa syukur setelah urusan pernikahan mereka dipermudahkan sebelum diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang akan diadakan pada minggu ini.

“Alhamdulillah dan syukur, saya dan Ernie, telah selamat diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri akhirnya, terima kasih buat semua yang tidak putus-putus mendoakan kebahagiaan kami dari mula sehingga hari pernikahan.”

“Goodbye Hello adalah hadiah terbaru daripada kami berdua buat peminat setelah mendirikan rumah tangga, ia mengenai pasangan kekasih yang tidak akan berpisah selama-lamanya, perkataan Goodbye yang sering kita ucapkan ketika hendak berlalu, kemudiannya dibalas dengan Hello, menggambarkan kemanisan sebuah perhubungan yang tidak akan terlerai kerana ikatan janji yang telah termeterai” kata Syamel kepada edaran Murai.my

Dedah Ernie pula, lagu ini terhasil selepas penyanyi dan komposer terkenal, Faizal Tahir serta Mike Chan menyuarakan hasrat untuk berkolaborasi bersama mereka.

“Idea merakamkan single Goodbye Hello datangnya daripada Faizal Tahir dan Mike Chan, kedua-dua nama besar ini menyatakan hasrat mereka untuk berkolaborasi dengan kami, dan menurut mereka ia hanya boleh direalisasikan oleh kami berdua.”

“Setelah mendengar demo yang diberikan, kami terus terpaut dengan melodi pop moden yang santai dan romantis yang dicipta, selain itu kami juga diberi ruang untuk menulis lirik bersama bagi melengkapkan lagu tersebut”

“Ia amat berlainan dengan lagu-lagu duet kami terdahulu seperti Aku Cinta dan Takkan Terlerai dari segi genre, lirik dan mood yang memerlukan penghayatan lebih berat, manakala dengan Goodbye Hello pula ia membangkitkan perasaan indah dan ceria buat pasangan kekasih atau suami isteri” tambah Ernie

Tiga Hari Sebelum Bernikah

Lagu ini juga difahamkan mempunyai kenangan manis tersendiri. Bukan sahaja disiapkan dalam masa dua hari malah ia juga dihasilkan tiga hari sebelum majlis pernikahan mereka.

“Pada hari pertama, kami berempat berbincang dalam sesi brainstorming mengenai pembahagian rangkap, kemudian hari kedua pula proses rakaman dilakukan, di mana ia memakan masa selama beberapa jam saja, dan banyak yang kami pelajari daripada kedua-dua komposer ternama sepanjang tempoh tersebut.”

“Fakta menarik yang ingin saya kongsikan di sini adalah proses penghasilan single tersebut berlangsung 3 hari sebelum kami bernikah, jadi bayangkanlah betapa bergegasnya kami mengejar masa, akan tetapi semuanya berjalan dengan lancar, Alhamdulillah.”

“Selain itu, rezeki turut menyebelahi kami apabila Syamel dan saya dipelawa untuk membintangi drama komedi bersiri 13 episod bertajuk ‘Kalau Dah Berbini’ yang akan ditayangkan pada bulan Ramadan ini di saluran Astro Warna” kata Ernie dan Syamel

Lagu ‘Goodbye Hello’ boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati melalui penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer. Manakala lirik video single ini pula boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network.

syamel dan ernie zakri
https://lomp.at/4920g
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
Musik

Lebih Dari 10 Selebriti Popular di MITEC Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Bayangkan anda tiba di MITEC, Kuala Lumpur hujung minggu ini. Suasana terus hidup dengan bunyi muzik, lampu warna-warni dan orang...

Read moreDetails
Musik

Hip Hop Tamizha Gegarkan Stadium Merdeka Dengan Pertunjukan Drone Mega

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Selepas kejayaan besar konsert U1 sebelum ini, Don’t Run Away Asia (DRA) sekali lagi membuktikan kemampuan mereka sebagai penganjur konsert...

Read moreDetails
Musik

Berhantu! 10 Lagu Ini Wajib Nyanyi Di Pusat Karaoke

by Khai Azfar
December 1, 2017

Ada peminat karaoke di sini? Jika ya, apakah judul lagu yang sering anda nyanyikan di pusat karaoke tersebut? Tahukah anda...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  3. 3

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  4. 4

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  5. 5

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore