Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

Google Menyenaraikan Content Forum dalam Memperkukuhkan Keselamatan Dalam Talian di Malaysia

by Aphit J.
July 26, 2025
Share on Facebook

Google baru-baru ini mengumumkan penyertaan Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Content Forum) dalam Program Priority Flagger Google dan YouTube.

Mewujudkan Persekitaran Yang Lebih Selamat

Langkah ini merupakan satu usaha penting dalam mewujudkan persekitaran digital yang lebih selamat dan bertanggungjawab, khususnya di Malaysia.

Program Priority Flagger merupakan inisiatif Google yang memberi akses khas kepada agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk melaporkan kandungan yang berpotensi melanggar dasar Google atau menimbulkan isu di platform seperti YouTube.

Melalui program ini, laporan daripada organisasi yang terlibat akan diberi keutamaan untuk semakan kerana mereka diiktiraf mempunyai tahap kepakaran yang tinggi dalam menilai kandungan mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Dibawah MCMC

via Content Forum

Content Forum, yang beroperasi di bawah seliaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), ialah sebuah badan industri kawal selia kendiri yang berperanan penting dalam mempromosikan amalan kandungan bertanggungjawab merentasi pelbagai platform digital.

Melalui penyertaan dalam program ini, Content Forum akan membantu mengenal pasti kandungan yang melanggar dasar dengan mempertimbangkan konteks budaya tempatan yang sering menjadi faktor penting dalam menilai kesesuaian kandungan dalam sesebuah negara.

Sebagai organisasi yang mengambil bahagian, Content Forum diberikan akses kepada saluran laporan khas yang mempercepatkan proses pemantauan dan tindakan terhadap kandungan yang dilaporkan.

Selain itu, mereka juga berpeluang menyumbang maklum balas kepada Google dan YouTube dalam usaha menambah baik dasar kandungan yang sedia ada.

Memastikan Ekosistem Yang Lebih Selamat

via Content Forum

Farhan S. Qureshi, Pengarah Negara Google Malaysia, menyatakan bahawa kerjasama ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan Google untuk memastikan ekosistem digital kekal selamat.

Dengan melibatkan organisasi seperti Content Forum, kami menambah satu lapisan kepakaran tempatan yang amat penting, sekaligus membolehkan kami bertindak dengan lebih tepat dan relevan terhadap kandungan bermasalah.

Ketua Pegawai Eksekutif Content Forum, Mediha Mahmood pula melihat penyertaan ini sebagai satu kemajuan besar dalam usaha memastikan keselamatan digital di Malaysia.

Ia membolehkan kami bergerak daripada sekadar berdialog kepada tindakan nyata, dengan tujuan untuk melindungi pengguna dan menyumbang kepada ekosistem digital yang lebih sihat.

Kerjasama antara Google dan Content Forum ini menunjukkan betapa pentingnya kolaborasi antara industri dan penyedia platform dalam menjaga keselamatan ruang digital, terutama dalam era di mana kandungan dalam talian boleh memberi impak besar kepada masyarakat.

Content Forumgoogle
https://lomp.at/qz8cl
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - Dyson
Teknologi

Kipas Mudah Alih Pertama Dyson, HushJet™ Jamin Kesejukan Sehingga 6 Jam!

by Nurul A.
April 11, 2026

Dyson hari ini melancarkan kipas mudah alih pertamanya iaitu Kipas Mini Sejuk HushJet™. Direka bentuk untuk kegunaan harian, kipas pelbagai...

Read moreDetails
LifeXplore

[VIDEO] Galaxy S26 Hadir Dengan Nada Dering Terbaharu, Dirakam Orkestra Terkenal Dunia

by Phic ARMAN
March 27, 2026

Nampaknya Samsung sekali lagi tampil dengan sesuatu yang lain daripada biasa. Kali ini, menerusi siri Samsung Galaxy S26, mereka memperkenalkan...

Read moreDetails
LifeXplore

Galaxy A57 5G dan A37 5G Kini di Malaysia! Selain Harga, Teknologi Nightography Jadi Fokus

by Phic ARMAN
April 7, 2026

Baru-baru ini, MURAI berpeluang hadir ke event eksklusif Samsung di The Campus untuk menyaksikan sendiri pelancaran dua model terbaru Galaxy...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  4. 4

    Hanyz Amanda Mohon Bantuan Kewangan Buat Ibu, Norish Karman- “Kami Tak Sanggup Lagi Melihat Keperitan Dilaluinya”

  5. 5

    RON95 Banyak Habis Di Stesen Minyak, Pengguna ‘Cuak’ Di Threads- “Betul-Betul Habis Atau…?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara