Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Galaxy A57 5G dan A37 5G Kini di Malaysia! Selain Harga, Teknologi Nightography Jadi Fokus

by Phic ARMAN
April 7, 2026
10
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru-baru ini, MURAI berpeluang hadir ke event eksklusif Samsung di The Campus untuk menyaksikan sendiri pelancaran dua model terbaru Galaxy A: Galaxy A57 5G dan Galaxy A37 5G.

Dari jauh lagi, event ini dah bagi vibe premium dengan zon-zon interaktif yang membolehkan pengunjung cuba setiap ciri utama peranti baharu ni. Memang lain macam feel dia berbanding launch biasa macam masuk dunia mini Galaxy A sendiri.

Kalau nak tahu, Galaxy A57 5G ini bukan sekadar cantik dan nipis. Ia hadir dengan teknologi Nightography yang dipertingkatkan. Maksudnya, ambil gambar waktu malam tak lagi risau blur atau gelap. Dengan kamera utama 50MP dan AI yang lebih pintar, gambar jadi cerah, tajam, dan warna lebih seimbang. MURAI sempat cuba snap beberapa shot dalam cahaya rendah, dan memang boleh nampak perbezaan jelas berbanding model lama. Concert, outing malam, atau random OOTD? Semua boleh cover tanpa pening kepala.

Sementara itu, Galaxy A37 5G lebih fokus kepada prestasi harian dan gaming. MURAI cuba multitask, buka TikTok, IG, WhatsApp dan layan game ringan serentak, memang smooth, tak ada lag langsung. Ditambah paparan Super AMOLED dan bateri 5,000mAh, memang cukup power untuk sepanjang hari. Sesuai sangat untuk mereka yang aktif dan suka main game atau layan streaming tanpa nak risau bateri cepat habis.

Topik Berkaitan Cetak Wajah Pada Kotak TV Tanpa Kebenaran, Dua Lipa Saman Samsung

Kedua-dua model ni juga diperkasa dengan One UI 8.5 dan Awesome Intelligence, yang memudahkan urusan harian. Nak edit gambar, boleh guna Object Eraser; nak pilih ekspresi terbaik dalam group photo, ada Best Face; atau convert suara ke teks, Voice Transcription sedia membantu. Ciri-ciri ni memang buat hidup lebih mudah dan semua dalam satu peranti.

Bagi yang dah tak sabar nak dapatkan, Galaxy A57 5G akan dijual pada harga bermula RM2,699 (12GB + 512GB) dengan rebat pelancaran RM300, manakala Galaxy A37 5G pula bermula RM1,999 (12GB + 256GB). Ada juga promosi tambahan untuk pembayaran menggunakan Maybank, CIMB, atau Shopee PayLater. Promosi ni sah dari 25 Mac hingga hujung tahun, jadi memang sesuai kalau nak rebut harga terbaik.

MURAI rasa Samsung kali ini memang berjaya gabungkan design premium, kamera canggih dan prestasi mantap dalam siri mid-range. Galaxy A57 5G lebih kepada mereka yang gemar photography dan style, manakala Galaxy A37 5G untuk yang suka multitasking dan gaming. Kalau tengah survey phone baru bawah RM2.5K, dua-dua model ni memang berbaloi masuk dalam radar.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Galaxy A37 5GGalaxy A57 5GNightographysamsungThe Campus
Share4Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Tracie Sinidol, Carlo Rino
Fesyen

Tracie Sinidol & Carlo Rino Rai Hari Merdeka Dengan Kempen ‘Lambaian Bayu, Sinar Kebangsaan’

by Nurul A.
August 21, 2026

Carlo Rino dengan bangganya memperkenalkan kempen Hari Merdeka, ‘Lambaian Bayu, Sinar Kebangsaan.’ Diterajui oleh pelakon Tracie Sinidol, kempen ini meraikan...

Read moreDetails
LifeXplore

HABIB Tawar Diskaun RM63 Setiap Gram Sempena Hari Malaysia, Ini Promosinya!

by Phic ARMAN
September 17, 2026

Sempena Hari Malaysia ke-63, HABIB mengajak rakyat Malaysia meraikan semangat perpaduan dengan sesuatu yang lebih bermakna menerusi kempen Istimewa Hari...

Read moreDetails
LifeXplore

LuxuriAsia Bawa Gelombang Baharu Fesyen India Ke KL September Ini

by Phic ARMAN
September 7, 2026

Pernah tak bila pakai sesuatu yang cantik, tiba-tiba kawan terus tanya, “Eh, beli dekat mana?” Situasi itulah yang menjadi antara...

Read moreDetails
Jadi Batek x Bokitta
LifeXplore

Jadi Batek & Bokitta Lancar “The Art Series”, Hijab Batik Lukisan Tangan Sempena Merdeka 2026

by Nurul A.
August 30, 2026

Sempena sambutan Merdeka 2026, Jadi Batek bekerjasama dengan Bokitta untuk melancarkan "The Art Series", iaitu koleksi istimewa yang menampilkan enam...

Read moreDetails
Pembaziran Makanan
LifeXplore

Makanan Selalu Terbuang? Ini 3 Tips Untuk Rakyat Malaysia Elak Pembaziran

by Nurul A.
October 12, 2026

Kita semua pernah mengalaminya. Sebungkus sayur yang terlupa di bahagian belakang peti sejuk, lebihan makanan yang tidak sempat dimakan pada...

Read moreDetails
Foto- Vietjet
LifeXplore

Vietjet Bakal Tawar Wi-Fi Starlink, Percuma Untuk Setiap Penumpang

by Nurul A.
September 26, 2026

Vietjet bersama Galaxy Holdings dan Galaxy Telecom, telah menandatangani perjanjian perkongsian strategik dengan Starlink bagi menyediakan Wi-Fi berkelajuan tinggi secara...

Read moreDetails
LifeXplore

LahLahLand 2026 Kembali, Kali Ini Lagi Banyak Benda Nak ‘LAH’

by Phic ARMAN
October 6, 2026

Kalau anda rasa festival gaya hidup sekarang semuanya lebih kurang sama, ada muzik, makanan dan jualan, mungkin LahLahLand 2026 boleh...

Read moreDetails
LifeXplore

Kulit Makin Sensitif Bila Makin Berusia? Ini Yang Perlu Anda Tahu Tentang Retinal

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Kulit yang sihat bukan sekadar nampak glowing. Ia juga perlu mempunyai benteng pertahanan yang baik supaya kekal lembap, kurang sensitif...

Read moreDetails
Foto - @esteelaudermy (IG)
LifeXplore

Jangan Sampai Terlambat! Estée Lauder Malaysia Seru Wanita Prihatin Kanser Payudara

by Nurul A.
October 9, 2026

Estée Lauder Companies (ELC) Malaysia meneruskan Kempen Kanser Payudara tahunannya bagi tahun 2026 dengan mesej "Penjagaan Payudara ialah Penjagaan Diri"...

Read moreDetails
LifeXplore

“12,000 Peminat Memenuhi Arena”- Penganjur Kongsi Makna Kepulangan Avenged Sevenfold

by Phic ARMAN
September 30, 2026

Membawa masuk kumpulan rock antarabangsa bukan perkara kecil, lebih-lebih lagi apabila nama tersebut sudah 11 tahun tidak membuat persembahan di...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  2. 2

    Jep Sepahtu Luah Dua Anak Mungkin Hidap Autisme, Anggap Sebagai Hadiah Ulang Tahun ke-40

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara