Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Bisnes Korporat

HABIB Sumbang RM100,000 Kepada Zoo Negara, Angkat Kisah Oyen & Capybara Dalam Edisi Terhad

by Aphit J.
July 13, 2025
Share on Facebook

Jenama barangan kemas terkenal, HABIB, meneruskan komitmennya terhadap pemuliharaan alam sekitar dengan menyumbang RM100,000 kepada Zoo Negara.

Bantu Kesejahteraan Zoo Negara

via The Sun

Sumbangan ini bertujuan membantu kesejahteraan haiwan dan penyelenggaraan kemudahan zoo secara berterusan.

Sebagai pencinta alam dan haiwan, HABIB tampil aktif dalam usaha memelihara hidupan liar.

Tahun ini, HABIB memperkenalkan koleksi wafer emas 999.9 edisi terhad HABIB x Zoo Negara, yang diilhamkan daripada kisah menyentuh hati antara seekor kucing terbiar bernama Oyen dan Capybara di Zoo Negara.

Kasih Sayang Antara Spesis

via HABIB

Kisah luar biasa ini bermula semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020, apabila Oyen mula “tinggal” di sekitar kandang Capybara.

Persahabatan yang terjalin antara kedua-dua haiwan ini menarik perhatian ramai, sehingga nama Oyen turut dimasukkan pada papan tanda kandang sebagai penghormatan kepada ikatan unik itu.

Sebagai simbol kepada kisah persahabatan ini, HABIB menghasilkan Wafer Emas 999.9 Edisi Terhad Capybara dan Oyen, satu koleksi istimewa yang mengangkat tema kasih sayang antara spesies.

Menaja Badak Sumbu Putih

via The Sun

Selain itu, HABIB turut menaja Badak Sumbu Putih sebagai sebahagian daripada inisiatif pemuliharaan tahun ini, menyusuli tajaan Harimau Malaya pada tahun sebelumnya.

Langkah ini menggambarkan komitmen jangka panjang HABIB dalam melindungi khazanah alam semula jadi negara.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai usaha pemuliharaan HABIB dan koleksi wafer emas terkini, layari www.habibjewels.com atau ikuti mereka di media sosial.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Badak Sumbu PutihCapybaraOyenZoo Negara
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara