Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

5 Hadiah Hari Kekasih Yang Ideal Untuk Pasangan Anda!

5 hadiah yang ideal untuk pasangan anda sesuai dengan norma baharu kini!

by Khai Azfar
February 14, 2022
Share on Facebook

14 Februari setiap tahun merupakan tarikh yang cukup bermakna buat mereka yang sedang hangat bercinta untuk meraikan hari kekasih atau lebih dikenali sebagai Hari Valentine.

Lazimnya, pada tarikh ini pasangan akan meraikan kekasih mereka dengan menikmati jamuan makan malam romantis dan saling bertukar hadiah. Dalam norma baharu ini, kami percaya rata-rata memilih untuk berada dan bekerja dari rumah bagi mencegah jangkitan wabak COVID-19.

5 Hadiah Hari Kekasih Yang Ideal

Untuk itu, kami di Murai.my ingin senaraikan 5 hadiah yang ideal untuk pasangan anda sesuai dengan norma baharu kini!

1. Philips Airfryer XXL Smart

Bekerja dan meluangkan banyak masa di rumah semestinya akan membuatkan diri kurang aktif dan mungkin lebih banyak memesan makanan di luar menerusi perkhidmatan penghantaran makanan. Namun, percaya atau tidak anda boleh kekal sihat dan berjimat denggna menggunakan Airfryer yang mempunyai kelebihan tersendiri terutamanya mengurangkan lemak tanpa menggunakan minyak!

Suka untuk kami syorkan Philips Airfryer XXL Smart yang mampu memasak keseluruhan ayam atau 2 beg kentang goreng sekali gus dalam satu masa. Mempunyai kapasiti 1.4 kilogram, Philips Airfryer XXL Smart turut dilengkapi dengan Twin TurboStar yang yang membantu dalam membuang lemak berlebihan dan menjadikan penggorengan udara sekata
lebih sihat dengan 90% kurang lemak.

Malah, reka bentuk ‘Starfish’di bahagian bawah pula membantu mengalirkan udara 360° di dalamnya sekaligus memasak makanan dengan lebih sekata. Lebih menarik, ia dilengkapi aplikasi Nutri-U yang memmbantu anda mengawal peranti ini di hujung jari selain dilengkapi resipi yang lazat

Harga: RM 1499/-

2. Fossil Gen 6 Smartwatch Black Silicone

Jam adalah aksesori wajib dimiliki oleh setiap orang. Kepentingan yang sama seperti sebuah telefon bimbit, jam juga telah memainkan peranannya tersendiri tidak lagi terhad hanya untuk melihat masa atau tarikh. Jam digital pintar jenama Fossil sesuai untuk dihadiahkan buat kekasih anda.

Sengaja kami memilih edisi Black Silicone kerana ia boleh dipakai oleh lelaki atau perempuan. Jam pintar generasi keenam Fossil ini dilengkapi ciri-ciri teknologi canggih seperti mampu mengawal muzik, kalis air, pengesan aktiviti, Google Pay dan baterinya mampu bertahan lebih dari 24 jam.

Harga : RM 1349/-

3. Philips Air Purifier 3000i Series

Satu pelaburan yang bijak untuk menghargai kekasih anda apatah lagi dapat memastikan selamat dan berada dalam keadaan sihat. Philips Air Purifier 3000i series akan
memastikan udara dalaman kediaman mahupun ruang anda sentiasa bersih dengan hanya satu sentuhan butang.

Bukan sahaja dilengkapi dengan penderiaan pintar dan penulenan automatik, produk ini juga mampu mersihkan udara di dalam bilik bersaiz 20m2 dalam masa hanya kurang daripada 8 minit dan mampy meliputi saiz sehingga 135 m2. Sensor kualiti udara pintar pula akan
mengimbas udara dalaman secara berterusan 1000 kali sesaat untuk mengesan dan mengeluarkan
99.97% zarah sekecil 0.003 bahan pencemar udara seperti zarah ultrahalus, habuk, debunga, gas, bakteria dan virus.

Harga : RM 1799/-

4. Folding Bike

Siapa cakap norma baharu ini membataskan aktiviti riadah? Dapatkan sebuah basikal untuk pasangan anda yang pasti akan menggembirakan mereka.Sejak kebelakangan ini, aktiviti berbasikal dilihat sudah menjadi trend namun tahukah anda basikal juga mempunyai jenis tertentu mengikut kesesuaian aktiviti?

Apa kata dapatkan folding bike untuk mereka? Bukan sahaja menarik malah basikat ini boleh dilipat dan mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Cukup ideal buat mereka yang mempunyai rumah yang bersaiz kecil kerana ia boleh disimpan dimana-mana ruang kecil! Harganya pula mengikut jenama tertentu dan sesuai untuk pelbagai lapisan umur dan jantina.

Harga : RM 400/-

5. Philips LatteGo 3200 Series

Akhir sekali, kami percaya dengan menghadiahkan Philips LatteGo 3200 Series buat pasangan anda pasti akan buatkan diri anda lebih dihargai. Philips LatteGo 3200 ini merupakan mesin espreso automatik sepenuhnya. Ingin espresso, kopi atau resipi berasaskan susu, mesin espreso ini akan memberikan hidangan dalam cawan dalam masa yang singkat.

Difahamkan, ia dilengkapi sistem LatteGo berkelajuan tinggi yang mampu menghasilkan
lapisan buih susu yang licin selain mempunyai paparan sentuhan intuitif untuk anda memilih dengan mudah kopi kegemaran yang diinginkan.

Harga: Bermula dari RM 3199/-

Untuk info, kesemua produk ini boleh dapatkan di mana-mana rangkaian platform jualan atas talian seperti Shopee, Lazada, Harvey Norman dan pautan jenama masing-masing.

hadiahhadiah valentine day
https://lomp.at/6042k
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

ShopeePay Money+ Baru Dilancarkan: 5 Perkara Penting Sebelum Anda Mahu Melabur

by Phic ARMAN
January 27, 2026

ShopeePay baru saja melancarkan Money+, ciri pelaburan baharu yang membolehkan pengguna mula melabur dengan serendah RM10 sambil menikmati pulangan harian....

Read moreDetails
LifeXplore

Bahang JAECOO J5 Makin Terasa, Tawar Pakej Early Bird RM8,888

by Phic ARMAN
February 7, 2026

Dengan hanya beberapa minggu sahaja lagi sebelum pelancaran rasmi, kehadiran JAECOO J5 kini semakin menghampiri detik pentingnya. MURAI melihat OMODA...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  2. 2

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  3. 3

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara