Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Hafidz Roshdi Tampil ‘Balas’ Pesanan Sharnaaz Ahmad-“I’m So Touched Bro!”

by Naddy Joe
March 15, 2023
Share on Facebook

Pelakon, Sharnaaz Ahmad baru-baru ini telah tampil menitipkan pesanan buat pelakon, Hafidz Roshdi agar diberikan kesembuhan serta kembali membetulkan kesilapan yang dilakukan setelah tular berita Hafidz memukul isterinya, Nurul Shuhada sehingga mengalami cacat kekal pada wajah.

“I’m So Touched Bro!”

Terkini, Hafidz dilihat ‘membalas’ nota Sharnaaz dengan menitipkan ucapan terima kasih setelah meluangkan masa memberikan pesanan buatnya untuk melalui proses ini.

“As Salam Bro Sharnaaz, terima kasih banyak sahabatku kerana telah meluangkan masa untuk menulis nota yang sangat bermakna bagi menjalani proses ini. I’m so touched bro!.”-tulis Hafidz

Terharu Buat Pihak Yang Doakan Baik-Baik Untuknya

Tambahnya lagi, pelakon filem Pusaka ini turut rasa terharu terhadap semua pihak termasuklahr rakan selebriti serta peminat yang sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk dirinya.

“Tidak lupa juga kepada rakan selebriti, rakan-rakan, peminat, ahli keluarga dan media yang sentiasa mendoakan baik-baik buat Hafidz. Hanya Allah SWT dapat membalas jasa kalian.”-Tulis Hafidz di Instagram

Dipetik dari laporan Sinar Harian, Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu telah memerintahkan pelakon, Hafidz Roshdi dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri.

Hafidz juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menumbuk isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri menggunakan tangan sebanyak tiga kali sehingga Shuhada mengalami luka, lebam dan bengkak pada pipi kiri dalam kejadian di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, 2 Mac lalu.

Hafidz didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum dua kali ganda bagi sabitan di bawah Seksyen 323.

Elak Berlakunya Amang Seksual, Sharnaaz Beri Syarat Bercinta - "Kalau Nak Bercinta Dengan Aku Tunjuk IC Dulu"
hafidz roshdisharnaaz ahmad
https://lomp.at/8q4k1
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Haqiem Stopa & Aireena Sofia Sah Bercerai

by Naddy Joe
January 13, 2026

Krisis rumah tangga pasangan pempengaruh iaitu Haqiem Stopa dan Aireena Sofia menemui titik noktah selepas mereka sah bercerai talak satu...

Read moreDetails
Lokal

Syifa Melvin Kongsi Reaksi Saif Selepas Lahirkan Anak Kedua, Para Ibu Kongsi Pengalaman!

by Naddy Joe
January 27, 2026

Umum mengetahui pelakon dan model, Syifa Melvin baru-baru ini telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada pagi Isnin. Kongsi Syifa...

Read moreDetails
Lokal

Janna Nick Persoal Sikap ‘Hipokrit’ Netizen?

by Naddy Joe
January 16, 2026

Sebelum ini ramai selebriti mendapat kecaman netizen selepas didakwa mempromosikan produk yang menyokong kekejaman Zionis di bumi Palestin. Terkini, pelakon...

Read moreDetails
Lokal

Ezzanie Jasny Kongsi Keadaan Terkini Selepas Terlibat Kemalangan Dengan Ibu Bapanya-“Saya Alami Pendarahan..”

by Naddy Joe
January 15, 2026

Pelakon, Ezzanie Jasny tampil menceritakan keadaannya yang sebelum ini mengalami kemalangan jalan raya bersama ibu bapanya pada Ahad. Dirawat Di...

Read moreDetails
Lokal

Dua Legasi, Satu Rantaian Kasih HABIB & Datuk Sri Siti Nurhaliza

by Naddy Joe
March 1, 2026

HABIB, jenama barangan kemas yang telah menjadi sebahagian daripada detik bermakna rakyat Malaysia sejak lebih enam dekad, dengan bangganya menampilkan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    [VIDEO] Zain Saidin & Aaisyah Dhia Rana Pergi Bazar Ramadan, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore