Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz HotList

8 Tahun Kahwin, Baru Dapat ‘Proper Dinner’. Pengakuan Jujur Hafizh Syahrin Buat Ramai Tersentuh

by Ayu Kamaruddin
December 15, 2025
39
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelumba kebangsaan, Hafizh Syahrin Abdullah mencuri perhatian peminat apabila berkongsi momen ulang tahun perkahwinan kelapan bersama isterinya Noor Suzana Abdul Manaf menerusi Instagram peribadi miliknya @hafizh_syahrin. Bukan sekadar pelumba berprestij, juara Asia Road Racing Championship (ARRC) 2025 bersama JDT Racing Team itu akhirnya meluangkan masa untuk “proper dinner” pertama selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.

Pasangan ini diraikan dalam suasana eksklusif di Asador Eixample Kuala Lumpur, dengan hidangan steak wagyu menjadi simbolik kepada detik penuh makna tersebut.

“Happy anniversary. Terima kasih sebab sentiasa ada, sabar, dan pilih saya setiap hari. Semoga kita terus kuat sampai bila-bila,” tulis Hafizh dalam kapsyen penuh perasaan.

Lebih jujur, Hafizh turut mengakui kesilapannya yang terlalu fokus mengejar kerjaya selepas berkahwin.

“8 tahun berlalu, baru hari ini kami duduk untuk proper dinner. Maaf kerana terlalu mengejar career selepas kahwin. 2025 bukan sekadar janji, tapi komitmen. Untuk celebrate, untuk honeymoon, dan untuk kita Alhamdulillah [#HSSM],” katanya lagi.

Pelumba berusia 31 tahun dari Selangor yang digelar ‘King of Pocket Bikes’ sejak kecil itu pernah mencipta sejarah sebagai pelumba Malaysia pertama beraksi dalam kelas MotoGP pada 2018 bersama Tech3 Yamaha. Terbaharu, kejayaannya menjuarai kategori ASB1000 ARRC 2025 bersama Ducati JDT Racing Team membuktikan komitmen luar biasa di trek dan kini, dalam kehidupan peribadi juga.

View this post on Instagram

Reaksi Netizen, “Juara Trek, Juara Hati!”

Perkongsian romantis itu nyata menyentuh hati warganet. Ruangan komen dibanjiri doa serta ucapan manis, rata-ratanya kagum melihat keseimbangan antara kerjaya lasak dan rumah tangga Hafizh.

“Happy Wedding Anniversary @hafizh_syahrin & @suzanamnf. Semoga rumahtangga sentiasa dilimpahi sakinah, mawaddah & rahmah. Diberkati Allah dan kekal bahagia hingga ke Jannah.” tulis seorang pengguna Instagram.

“Happy Anniversary lovebirds. Semoga sampai syurga” – reaksi netizen.

Malah sebelum ini, ada yang berseloroh memanggil pasangan ini sebagai “power couple dunia permotoran”, dengan pujian bahawa Hafizh bukan sahaja juara di litar, malah juara dalam menghargai pasangan. Sweet, subtle, tapi deep, memang win. Siapa kata pelumba tak reti romantis? apa pun Murai ucapkan semoga terus bahagia buat pasangan ini.

anniversaryHafizh Syahrinpelumba negara
https://lomp.at/3a8xe
Share16Tweet10SendShare

KINI TRENDING

via Babe. com. my
Sosial Buzz

Harga Premium, Portion ‘Kosong’? Pengunjung Persoal Kewajaran Juadah Berbuka Di Acara

by Naja Nix
March 18, 2026

Satu perkongsian di platform Thread baru-baru ini mencetuskan perbincangan hangat apabila seorang pengunjung meluahkan rasa kecewa terhadap hidangan berbuka puasa...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

by Phic ARMAN
February 6, 2026

Baru-baru ini MURAI tengah scroll Instagram, macam biasalah, tengok-tengok gambar artis dan tokoh popular. Tiba-tiba, satu foto keluarga menarik perhatian....

Read moreDetails
Insentif

Cuti Tambahan Aidilfitri Diumum! Ini Tarikh Cuti Jika Raya Jatuh 20 atau 21 Mac

by Ayu Kamaruddin
March 16, 2026

Berita gembira buat rakyat Malaysia, kerajaan mengumumkan satu hari cuti tambahan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Pengumuman tersebut...

Read moreDetails
via Thread
Sosial Buzz

Coklat Ole-Ole Cameron Highlands Didakwa Mengelirukan Pembeli

by Naja Nix
January 26, 2026

Harapan nak bawa pulang ole-ole manis dari Cameron Highlands bertukar menjadi kekecewaan apabila seorang pengguna Thread mendakwa coklat yang dibelinya...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Isu KLSCM Haram, Tapi Ramai Tetap Join. Apa Cerita Sebenarnya?

by Phic ARMAN
March 3, 2026

Kalau scroll laman threads sekarang, isu tentang hukum penyertaan KLSCM atau  Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon memang tengah panas dibincangkan....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara