Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

Hanya Berdiri Kaku! ‘Orang Pokok’ Bad Bunny Di Super Bowl Ini Rupanya Terima Gaji Tinggi

by Phic ARMAN
February 13, 2026
55
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa tengok persembahan halftime Super Bowl LX dekat Levi’s Stadium memang tahu. Bad Bunny bukan sekadar buat konsert, tapi dia bawa terus roh Puerto Rico ke tengah padang. Dalam masa 13 minit sahaja, penyanyi sensasi itu berjaya ‘hidupkan’ suasana lengkap dengan casita ikonik, meja domino malah siap ada salon rambut lagi.

Tapi MURAI nampak satu benda yang paling buat ramai terpinga-pinga… rumput dekat atas padang tu!

Yes, nampak macam dekorasi biasa, tapi sebenarnya ratusan manusia yang berdiri kaku, berpakaian seperti tumbuhan. Bukan patung, bukan prop tiup angin. Real people, tak bergerak, siap selaras.

Menurut pengarah kreatif Harriet Cuddeford, idea jadikan manusia sebagai sebahagian daripada pemandangan adalah keputusan paling berani. Malah penerbit terkenal Hamish Hamilton yang sudah banyak kali terlibat dengan Super Bowl dan Oscars pun mengaku ini antara usaha berkumpulan paling besar pernah dia lihat.

@missgraphicat

Directamente del espacio 💫🏈 @Bad Bunny @ladygaga #badbunny #badbunnypr #superbowl #superbowl2026 #halftimeshow

♬ sonido original – Jou☻

70 Jam Kerja, Gaji Cecah USD1,300… Demi Jadi ‘Semak’

Nampak macam mudah? Oh tidak.

Penganalisis sukan Darren Rovell dedahkan, setiap peserta dibayar USD18.70 sejam dan mereka bekerja hampir 70 jam termasuk latihan selama lapan hari sebelum hari perlawanan.

Total? Sekitar USD1,309 (RM5108) seorang.

Ramai netizen siap gelar ini “pekerjaan paling pelik di California tahun ini”, tapi kalau dapat lebih seribu dolar hanya untuk jadi pokok… not bad kan?

Jumlah sebenar peserta pun bukan kecil. Ada laporan kata 330 orang, ada yang sebut 380 malah sampai 500 ekstra. Apa pun angka tepat, memang gempak.

Ketika ramai masih berdebat sama ada penyanyi halftime dibayar atau tidak (kebiasaannya kos produksi sahaja ditanggung), kumpulan ‘semak bergerak tak bergerak’ ini memang bawa pulang gaji.

Nak Jadi Pokok Pun Ada Syarat Ketat!

Jangan ingat semua orang boleh apply.

Antara syaratnya: tinggi sekitar 5’7” hingga 6’0”, badan kena fit, dan paling penting kena sanggup pakai kostum seberat kira-kira 22 kilogram lebih lima jam. Seorang peserta, Andrew Athias, kongsi di media sosial arahan paling penting yang mereka terima: jangan bergerak langsung. Katanya, mereka diberitahu, “di Puerto Rico tak ada angin.”

Bayangkan lampu terang, kamera keliling, penari lalu-lalang, Bad Bunny perform depan mata… tapi anda kena jadi statue. Mental kena kuat!

Kenapa Guna Manusia, Bukan Set Biasa?

Rupa-rupanya ini bukan sekadar nak nampak unik. NFL hadkan hanya 25 kenderaan saja untuk bawa masuk peralatan ke padang. Jadi pasukan kreatif kena fikir cara paling cepat untuk pasang dan buka set dalam masa singkat.

Bila guna manusia, semuanya jadi lebih pantas. Tambah pula stadium terbuka dengan kemungkinan hujan, jadi pelan alternatif memang kena tip top.

Akhirnya, terhasil satu persembahan yang bukan saja meraikan budaya Latin, tapi bukti kreativiti boleh kalahkan segala kekangan logistik. MURAI rasa, lepas ni kalau nampak ‘rumput’ dalam mana-mana show besar… kita kena fikir dua kali. Mungkin dia tengah bernafas!

Nak jadi pokok berbayar macam ni? Berani tak?

Bad Bunny
https://lomp.at/9ci04
Share22Tweet14SendShare

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Ramai Puas Hati Lihat Nizam Jentik-jentik Berdebat Dengan Tareq Fit,- “Nizam Pemenang”

by Phic ARMAN
March 17, 2026

Perdebatan di media sosial memang selalu cepat “panas”, tapi kali ini ramai netizen nampaknya lebih terhibur daripada marah apabila melihat...

Read moreDetails
Insentif

RM17 Juta ‘Ang Pow’ Kerajaan Johor Untuk Komuniti Cina Sempena Tahun Baharu Cina 2026

by Ayu Kamaruddin
February 16, 2026

Kerajaan Negeri Johor umum peruntukan kira-kira RM17 juta sebagai ‘hadiah’ sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026, yang akan dimanfaatkan oleh...

Read moreDetails
Insentif

34 Smart Lane Diaktifkan Sepanjang Lebuh Raya PLUS Sempena Aidilfitri, Ini Senarai Lokasi Terlibat

by Ayu Kamaruddin
March 18, 2026

Menjelang musim balik kampung sempena Aidilfitri, PLUS Malaysia Berhad mengumumkan pengaktifan 34 lokasi Smart Lane di sepanjang rangkaian lebuh rayanya...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Kongsi Isu Minyak, Aazief Khalid Dikecam Guna Bahasa Inggeris

by Phic ARMAN
March 26, 2026

Nama anak tiri Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Aazief Khalid kembali jadi perhatian netizen apabila kenyataannya mengenai isu...

Read moreDetails
Insentif

Raya Sakan Jangan Sampai Terlepas! Bantuan Mahasiswa Anak Perak 2026 Masih Dibuka Hingga 30 April

by Ayu Kamaruddin
March 23, 2026

Dalam kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri, ramai yang sedang sibuk dengan persiapan, ziarah keluarga dan menikmati momen bersama insan tersayang....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  4. 4

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  5. 5

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara