Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Insentif

Boleh Beli Ayam & Ikan. SARA Kini Diperluas, Makanan Sejuk Beku Masuk Dalam Senarai

by Ayu Kamaruddin
February 10, 2026
89
KONGSIAN
Share on Facebook

Kerajaan bersetuju untuk meluaskan kategori barangan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan memasukkan makanan sejuk beku, satu langkah yang dilihat lebih praktikal dan dekat dengan keperluan harian rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira maklum balas rakyat yang mahukan pilihan barangan SARA diperluaskan agar lebih fleksibel dan relevan.

“Namun,ramai membangkitkan supaya diperluaskan kategori barangan jadi, sukacita diumumkan, kerajaan bersetuju meluaskan kategori barangan SARA merangkumi makanan sejuk beku,” katanya.

Lebih Praktikal Untuk Isi Rumah

Menurut beliau, peluasan kategori itu membolehkan penerima membeli barangan seperti ayam, ikan dan makanan sejuk beku lain, sekali gus membantu perancangan perbelanjaan isi rumah terutama menjelang musim perayaan seperti Tahun Baharu Cina dan Ramadan.

Pada masa sama, pembabitan kedai runcit kecil sebagai Rakan Niaga SARA turut dipertingkatkan kepada 10,000 buah menjelang hujung tahun ini, bagi memudahkan akses rakyat di kawasan bandar dan luar bandar.

RM100 Untuk Semua Dewasa

Beliau turut memaklumkan bahawa bermula hari ini, 9 Februari 2026 hingga 31 Disember 2026, semua 22 juta warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan menerima RM100 melalui MyKad di bawah fasa kedua SARA Untuk Semua.

Walaupun nilai bantuan itu kecil secara individu, beliau menegaskan kesannya besar apabila melibatkan jumlah penerima yang ramai.

“Bayangkan 22 juta rakyat dapat, ini peringkat kedua SARA untuk semua. Jumlahnya kecil, tapi kita nak santuni semua,” katanya ketika penyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Perpaduan Negara.

Bantuan Besar, Fiskal Kekal Berdisiplin

Menurut Perdana Menteri, jika digabungkan dengan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), keseluruhan bantuan kerajaan kepada rakyat mencecah RM15 bilion, namun kerajaan tetap komited memastikan pengurusan fiskal kekal berhemah.

“Kita cuba sedaya upaya. Nak bayar banyak sekali gus, tak boleh. Kita tak mahu defisit, kita urus. STR pun. Semua kementerian tahu, kita cermat dalam belanja,” katanya.

Langkah peluasan kategori SARA termasuk makanan sejuk beku ini dilihat sebagai usaha kerajaan menyesuaikan bantuan dengan realiti kos sara hidup semasa, selain memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
1
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
makanan sejuk bekuSARA
Share36Tweet22SendShare

KINI TRENDING

Insentif

Cari Kerja Sambil Berhibur? Khai Bahar Bakal Gegarkan Kuantan & Lebih 500 Peluang Kerja Menanti

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Kalau anda ingat Karnival Kerjaya cuma tempat berjalan dari satu booth ke satu booth sambil pegang resume, kali ini lain...

Read moreDetails
Insentif

Ramai Tak Tahu, Waris Boleh Tuntut Khairat Kematian RM1,000 Jika Penerima STR Meninggal Dunia

by Phic ARMAN
August 27, 2026

Bila bercakap tentang bantuan kerajaan, ramai mungkin lebih familiar dengan STR atau SARA. Tapi tahukah anda, ada satu lagi bantuan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  2. 2

    Jep Sepahtu Luah Dua Anak Mungkin Hidap Autisme, Anggap Sebagai Hadiah Ulang Tahun ke-40

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara