Friday, September 12, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Bollywood

“Harap Kahwin Sebelum 60 Tahun & Sempat Ada Anak”- Salman Khan

by Nurul A.
September 12, 2025
Foto - Siasat

Foto - Siasat

Share on Facebook

Bagi peminat Bollywood, MURAI yakin kamu kenal dengan aktor Salman Khan. Sepanjang tiga dekad menjadi pelakon, Salman sering dihantui peminat dengan soalan bilakah dia akan menamatkan zaman bujangnya memandangkan kini dia sudah pun berusia 59 tahun.

Kerap diasak dengan soalan yang sama, Salman akhirnya membuka mulut dan memberikan jawapan ketika hadir dalam rancangan temu bual ‘Aap Ki Adalat’.

Menurut Salman, soal kahwin bukanlah satu perkara yang mudah dan semuanya bergantung kepada kehendak Tuhan,

“Kadang-kadang saya kata “Ya” tetapi Dia kata “Tidak”. Ada masa Dia kata “Ya” tetapi saya pula terpaksa menolak. Perkahwinan memerlukan kedua-dua pihak untuk bersama-sama kata “Ya” dan barulah ia boleh terjadi.”

View this post on Instagram

A post shared by Salman Khan (@beingsalmankhan)

Walaupun begitu, Salman yang kini berusia 59 tahun mendedahkan dia masih lagi menyimpan harapan untuk berkahwin sebelum usianya mencecah 60 tahun.

“Masih ada masa. Saya mahu perkahwinan pertama dan terakhir saya berlaku sebelum itu (sebelum mencecah usia 60 tahun).

View this post on Instagram

A post shared by Salman Khan (@beingsalmankhan)

Pada masa yang sama, Salman jujur mengaku bahawa dia pernah menjalinkan hubungan dengan beberapa wanita hebat dalam hidupnya, termasuklah aktres popular Bollywood. Tetapi dia merasakan ada sesuatu pada dirinya yang membuatkan hubungan-hubungan lepas tidak kekal lama.

“Akhirnya saya tertanya-tanya, apa salah saya? Adakah terdapat ketakutan dalam fikiran mereka bahawa saya tidak dapat menggembirakan mereka? Tetapi saya harap mereka gembira dengan pilihan masing-masing.”

Sekadar rekod, Salman Khan pernah menjalinkan hubungan dengan beberapa aktres Bollywood popular seperti Sangeeta Bijlani, Somy Ali, Aishwarya Rai, Katrina Kaif,  Iulia Vantur, Zarina Khan dan Claudia Ciesla.

View this post on Instagram

A post shared by Salman Khan (@beingsalmankhan)

Walaupun Salman belum pernah berkahwin, pelakon ini mengakui dia sangat sukakan kanak-kanak. Malah dia berharap dapat mempunyai ramai anak suatu hari nanti dan dapat menemani mereka dalam tempoh 20-25 tahun akan datang.

“Saya memang mahukan anak tetapi undang-undang India tidak membenarkan anak angkat.”

Sehingga ke hari, Salman Khan sepertinya masih tenang dengan status bujangnya itu dan mempercayai bahawa cinta sejati akan hadir tepat pada waktunya. Apa kata kamu?

Gelar Diri Sebagai "Old School", Salman Khan Akui Hanya Ada 3-4 Teman Wanita
salman khan
https://lomp.at/klafk
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Datin Shahida Tulis Nama Buku Latihan Anak, Lain Pula Yang Netizen Perasan?..-“Orang Kaya Pun Sempoi…”

  2. 2

    [VIDEO] Gelagat Tok Ram Mengusik Anak Nabil Ahmad Jadi Bualan Netizen

  3. 3

    Daniesh Suffian Pilih ‘Menjauh’ Demi Hormati Hubungan Bella Astillah dan Syed Saddiq

  4. 4

    Datin Shahida Beli Baju Anak Online, Lain Pula Netizen Perasan?..-“Campur Voucher Jadi Murah”

  5. 5

    5 Langkah Mudah Untuk Semak Baki SARA Dalam MyKad

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem