Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Selain ‘Privacy Display’, Ini 5 Perkara Baru Pada Samsung Galaxy S26 Ultra Yang Buat Ia Berbeza

by Phic ARMAN
February 26, 2026
21
KONGSIAN
Share on Facebook

MURAI mengikuti pelancaran global secara online yang bersiaran langsung dari San Francisco malam tadi, dan jujurnya… memang terasa vibe dia lain macam. Bila tirai dibuka dan Samsung Electronics perkenalkan siri baharu mereka, paling mencuri tumpuan sudah tentu si abang besar, Galaxy S26 Ultra.

Kali ini bukan sekadar naik taraf biasa-biasa. MURAI nampak sendiri bagaimana S26 Ultra cuba jadi telefon yang lebih baik untuk kita. Tak banyak drama, tapi impaknya besar. Ini 5 perubahan besar yang betul-betul buat MURAI angkat kening.

Galaxy S26 Ultra
Galaxy S26 Ultra

1. Privacy Display- Skrin Canggih Yang Jaga Privasi Tahap Pixel

Ini paling wow.

Buat pertama kali, S26 Ultra hadir dengan Privacy Display terbina dalam. Bukan lagi pelekat screen protector yang buat paparan jadi gelap dan tak cantik. Bila mod ini diaktifkan, orang sebelah memang susah nak intai skrin kita, walaupun duduk rapat dalam LRT atau kafe.

Yang bestnya, bila fungsi ini dimatikan, paparan kembali normal tanpa ganggu kualiti warna dan kecerahan. Kita pun boleh tetapkan bila ia aktif, contohnya masa masukkan PIN atau buka aplikasi tertentu.

MURAI rasa ini ciri yang ramai tak sangka mereka perlukan… sampai dah guna nanti.

Galaxy S26 Ultra
Galaxy S26 Ultra
Galaxy S26 Ultra
Galaxy S26 Ultra

2. Cip Terbaharu Snapdragon 8 Elite Gen 5 – Lagi Laju, Lagi Sejuk

S26 Ultra dikuasakan cip khas Snapdragon® 8 Elite Gen 5 untuk Galaxy. Prestasi CPU naik sehingga 19%, GPU 24% dan NPU (untuk AI) melonjak 39%.

Apa maksudnya dalam bahasa mudah?

Telefon lebih laju, lebih smooth, multitasking tak semput dan gaming lebih stabil.

Samsung juga ubah sistem penyejukan dengan Vapor Chamber baharu yang lebih besar. Jadi walaupun rakam video lama-lama atau main game berat, telefon tak cepat panas.

Bagaimana APV Dalam Galaxy S26 Ultra Ubah Cara Rakam Video Jadi Lebih ‘Pro’

Dan ya, pengecasan pun lagi laju , 75% dalam masa 30 minit sahaja.

3. Kamera Lagi Power, Video Malam & Standard Profesional

Bab kamera memang Samsung tak pernah main-main.

Untuk S26 Ultra, aperture kamera lebih besar, jadi gambar waktu malam lebih terang dan jelas, walaupun zoom. Fungsi Nightography Video pula buat rakaman konsert atau suasana malap nampak lebih hidup.

Lebih menarik, ini Galaxy pertama yang sokong format video APV, standard video profesional dengan kualiti hampir tanpa hilang detail walaupun dah edit banyak kali.

Galaxy S26 Ultra
Galaxy S26 Ultra

Selfie pun ditambah baik dengan AI ISP baharu. Tone kulit nampak lebih natural walaupun dalam pencahayaan bercampur.

Ringkasnya? Content creator memang akan suka.

4. AI Yang Betul-Betul “Faham” Kita

Kali ini AI bukan sekadar gimik.

Dengan Now Nudge dan Now Brief, telefon boleh cadangkan gambar bila kawan minta foto trip lama, atau semak jadual bila mesej masuk tentang meeting.

Fungsi Circle to Search dengan Google pun dipertingkat, boleh kenal pasti banyak objek dalam satu gambar serentak. Nampak jaket cantik? Kasut pun terus boleh cari sekali.

Bixby juga jadi lebih “berbual”. Tak perlu guna ayat teknikal, cakap biasa pun dia faham.

Selain itu, integrasi dengan Gemini dan Perplexity buat urusan macam tempah teksi jadi semudah bercakap dan tekan sahkan.

AI kali ini rasa lebih matang. Ia tolong tanpa kita rasa dikawal.

5. Ultra Paling Nipis Setakat Ini

Walaupun penuh dengan teknologi berat, cip baharu, sistem penyejukan besar, paparan privasi terbina dalam S26 Ultra tampil sebagai Ultra paling nipis setakat ini.

Gabungan prestasi, kamera dan AI semua dibungkus dalam rekaan lebih slim dan premium.

Samsung & Maybank: Solusi Bijak Untuk Rumah Lebih Canggih & Lestari

MURAI nampak jelas Samsung cuba seimbangkan kuasa dan gaya. Tak berat sebelah.

Harga Boleh Tahan

Kalau nak buat perbandingan harga antara siri Galaxy S26 dan siri Galaxy S25 di Malaysia, MURAI boleh ringkaskan macam ni:

Ini perbandingan harga antara siri S26 dan siri S25 dalam bentuk lebih mudah nampak beza:

Galaxy S26 Ultra 1TB – RM7,999
Galaxy S25 Ultra 1TB – sekitar RM7,799
➝ Naik sekitar RM200

Galaxy S26 Ultra 512GB – RM6,799
Galaxy S25 Ultra 512GB – sekitar RM6,599
➝ Naik sekitar RM200

Galaxy S26+ 512GB – RM6,199
Galaxy S25+ 512GB – sekitar RM5,599
➝ Naik sekitar RM600

Galaxy S26 512GB – RM5,199
Galaxy S25 512GB – sekitar RM4,599
➝ Naik sekitar RM600

Secara keseluruhan, model Ultra naik sedikit sekitar RM200, manakala model biasa dan Plus menunjukkan kenaikan lebih ketara sekitar RM600 berbanding generasi sebelumnya.

Dari 26 Februari hingga 10 Mac 2026, pelanggan boleh nikmati ganjaran eksklusif bernilai sehingga RM1,200 untuk model terpilih. Selain itu, pembeli juga layak mendapat rebat segera RM700 apabila membuat pembayaran menggunakan kad bank terpilih.

Dari apa yang MURAI tonton secara langsung, Galaxy S26 Ultra bukan sekadar upgrade nombor. Ia lebih kepada evolusi bagaimana telefon bekerja untuk kita, lebih laju, lebih bijak, dan lebih menjaga privasi.

Persoalannya sekarang… adakah ini telefon AI paling matang setakat ini?

Kalau ikut apa yang MURAI nampak dari San Francisco malam tadi, jawapannya memang nampak meyakinkan.

Tapi biasalah… akhirnya pilihan tetap di tangan anda.

Galaxy S26 Ultrasamsung
https://lomp.at/00ao6
Share8Tweet5SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

3 Masjid Pilihan Gen Z Untuk Berbuka & Moreh Di Lembah Klang, Seni Bina Cantik, Juadah Pun Menarik

by Farah Fatihah
March 15, 2026

Bulan Ramadan sememangnya waktu yang paling meriah di masjid. Selain menjadi tempat menunaikan solat berjemaah, masjid juga menjadi lokasi pilihan...

Read moreDetails
Foto - LG Malaysia
Tips

Bakal Dilanda El Nino Terpanas Dalam Sejarah- Ini 5 Tips Hadapi Cuaca Panas Di Malaysia

by Nurul A.
March 29, 2026

Ini bukan sekadar cuaca panas. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kita kini berada dalam genggaman Monsun Barat Daya yang membara....

Read moreDetails
Berita

PMX Titip Ucapan Istimewa Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ke-46, Curi Perhatian Netizen

by Naddy Joe
February 26, 2026

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian netizen selepas menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan beliau bersama...

Read moreDetails
Gambar: Facebook @ Marakau Cabin Lodge
LifeXplore

Viral! Marakau Cabin Lodge Ranau View Gunung Kinabalu Yang Buat Ramai Tak Nak Balik

by Farah Fatihah
April 3, 2026

Marakau Cabin Lodge yang terletak di Ranau merupakan antara destinasi penginapan berkonsepkan alam semula jadi yang semakin mendapat perhatian ramai....

Read moreDetails
Personaliti

YDPA Sultan Ibrahim Gering Akibat Kesakitan ‘Muscoluskeletal’

by Naddy Joe
February 27, 2026

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dilaporkan kini sedang gering akibat kesakitan muscoluskeletal yang melibatkan bahagian otot dan tulang belakang serta...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  4. 4

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  5. 5

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara