Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Tips

Bakal Dilanda El Nino Terpanas Dalam Sejarah- Ini 5 Tips Hadapi Cuaca Panas Di Malaysia

by Nurul A.
March 29, 2026
Foto - LG Malaysia

Foto - LG Malaysia

17
KONGSIAN
Share on Facebook

Ini bukan sekadar cuaca panas. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kita kini berada dalam genggaman Monsun Barat Daya yang membara. Dengan suhu yang mencecah 37°C di beberapa kawasan.

Tubuh anda sedang berbicara; selera yang hilang tanpa sebab, kabus yang menyelubungi fikiran di tengah hari. Dan malam yang terasa panjang walau kipas berpusing sekuat mungkin.

Semua ini bukan sekadar ketidakselesaan kecil; tubuh anda sedang menyalakan sistem amaran dari dalam, memberi isyarat bahawa ada sesuatu yang tidak kena.

Apabila Tubuh Mengibarkan Bendera Putih…

Bagi kanak-kanak, warga emas, dan mereka yang lama terdedah di bawah matahari, risikonya jauh lebih tinggi. Apabila keletihan haba berubah menjadi strok haba, tubuh pun menyerah– berhenti berpeluh, berhenti melawan. Ini merupakan satu kecemasan yang menyamar sebagai sekadar  “cuaca panas”.

Oleh itu, sebelum bahang ini mula menggugat tenaga dan emosi anda, berikut adalah beberapa cara bijak untuk kekal tenang dan segar menghadapi hari yang membara.

1. Kekal di Ruang Dalam (juga dikenali sebagai Seni Bersembunyi Secara Strategik!)

Antara waktu tengah hari hingga jam 4.00 petang, matahari berubah menjadi pembuli paling garang di Malaysia. Jika anda benar-benar perlu keluar, pastikan anda cari teduhan, bawa payung (yang bukan hanya untuk hujan), dan luangkan masa di ruang dengan penyaman udara.

2. Tingkatkan Hidrasi 

Hidrasi bukan sekadar tentang air minuman, ia memerlukan strategi yang menyeluruh. Selain botol air yang perlu sentiasa di sisi– lebih baik lagi jika diisi dengan air sejuk dan bersih daripada Penulen Air LG PuriCare™. 

3. Nilai Sejuk, Harga Ketenangan 

Langkah yang lebih bijak? Laburlah dalam kecekapan. Penyaman Udara AI Air daripada LG membawa pengalaman penyejukan ke tahap baharu dengan penarafan kecekapan tenaga 5 bintang, membantu anda mengurangkan penggunaan tenaga sambil memaksimumkan prestasi.

Foto – LG Malaysia

Teknologi AI terbina dalam berfungsi untuk melaraskan tetapan secara automatik bagi memastikan suasana dalaman kekal selesa, tidak kira betapa teriknya cuaca di luar. 

4. Seni Berpakaian di Musim Membara

Dalam cuaca panas begini, soal gaya bukan lagi keutamaan, yang pentingnya keselesaan dan ketahanan. Fabrik longgar yang diperbuat daripada kapas dan linen menjadi sahabat terbaik; bukan sahaja selesa, ia turut menjadi perisai saat cuaca membara. Pilihan warna juga memainkan peranan: warna-warna cerah memantulkan haba manakala fabrik gelap menarik panas seperti besi di bawah matahari.

5. Tingkatkan Keselesaan Rumah Anda

Tanpa disedari, rumah sendiri pun boleh menjadi jerat haba yang memerangkap bahang siang hari seperti rumah hijau.

Foto – LG Malaysia

Atasi keadaan ini dengan menutup langsir ketika matahari terik, buka tingkap untuk pengudaraan silang pada waktu petang untuk membawa sedikit kelegaan, dan cuba tip penyejukan mudah seperti meletakkan mangkuk ais berhampiran kipas. Dan yang paling penting elakkan memasak pada waktu paling panas!

Gelombang haba yang melanda Malaysia ketika ini bukan sekadar panas yang singgah seketika, tetapi tekanan berpanjangan yang menguji tubuh, minda dan rutin seharian. 

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
el ninoLGtips musim panas
Share7Tweet4SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    6 Destinasi Pantai Timur Yang Berbaloi Diterokai Apabila ECRL Beroperasi

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kebun Rimba Private Estate Di Janda Baik Ini Ada Vila Mewah Tengah Hutan & Rumah Kampung Tradisional

  4. 4

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  5. 5

    Patutlah Jadi Pilihan Ramai! Wyndham Suites KLCC Ada Suite Seluas Rumah Di Tengah Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara