Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Insentif

Harga Minyak Naik? Ini 10 Industri Paling ‘Terpukul’ & Pekerjaan Yang Bakal Terjejas

by Ayu Kamaruddin
March 31, 2026
Share on Facebook

Kenaikan harga minyak global sekali lagi menjadi topik hangat yang mencuri perhatian ramai, terutama selepas konflik geopolitik di Timur Tengah mencetuskan lonjakan harga bahan api dunia. Dalam situasi ini, ramai mungkin menyangka hanya pengguna kenderaan yang terasa “perit”, namun realitinya, kesan tersebut jauh lebih meluas  hinggakan hampir semua sektor ekonomi turut menerima tempias.

Di Malaysia, kebergantungan terhadap petrol dan diesel menjadikan banyak industri terdedah kepada perubahan harga minyak. Bila kos bahan api meningkat, secara automatik kos operasi turut naik dan akhirnya, pengguna juga yang akan merasainya.

Lebih membimbangkan, keadaan ini boleh mencetuskan tekanan inflasi apabila kos logistik dan rantaian bekalan mula meningkat. Dalam erti kata lain, bukan sekadar isi minyak mahal, tapi harga barang pun boleh ikut “terbang”.

Kesan Kenaikan Harga Minyak Yang Perlu Anda Tahu

Antara impak paling ketara adalah peningkatan kos pengangkutan dan logistik. Syarikat lori, bas dan perkhidmatan penghantaran terpaksa menanggung kos lebih tinggi, sekali gus memberi kesan kepada harga perkhidmatan mereka. Tidak hairanlah jika tambang e-hailing atau caj penghantaran selepas ini makin ‘pedih’.

Dalam masa sama, harga barang keperluan harian juga berpotensi meningkat. Dari sayur di pasar hingga barangan elektronik, semuanya melalui proses penghantaran. Bila kos naik di peringkat ini, pengguna akhir pasti terkesan.

Situasi ini juga menyebabkan pendapatan boleh guna rakyat semakin mengecil. Bila lebih banyak wang digunakan untuk keperluan asas, perbelanjaan untuk hiburan, pelancongan atau gaya hidup secara automatik akan dikurangkan.

Namun, di sebalik cabaran ini, ada juga perubahan positif apabila semakin ramai mula beralih kepada pengangkutan awam dan kenderaan elektrik sebagai alternatif lebih jimat.

10 Industri Paling Terkesan

Berdasarkan analisis semasa, berikut antara industri yang paling ‘terpukul’ akibat kenaikan harga minyak:

  • Logistik & pengangkutan
  • Penerbangan
  • Pertanian
  • Perikanan
  • Pembinaan
  • Pembuatan (manufacturing)
  • Ekonomi gig
  • elancongan
  • Petrokimia & plastik
  • Peruncitan (retail)

Setiap sektor ini mempunyai kebergantungan tinggi terhadap bahan api sama ada untuk operasi, pengeluaran atau penghantaran.

Pekerjaan Yang Berisiko Terjejas

Bila industri terkesan, sudah tentu tenaga kerja turut menerima impaknya. Antara pekerjaan yang mungkin berdepan cabaran termasuk:

  • Pemandu lori, pemandu bas dan rider penghantar makanan
  • Juruterbang dan kru kabin
  • Buruh tani dan nelayan
  • Operator kilang dan juruteknik
  • Pekerja pembinaan dan kontraktor
  • Pemandu e-hailing serta kurier

Golongan ekonomi gig antara yang paling terasa kesannya kerana margin pendapatan mereka sangat bergantung kepada kos bahan api harian.

Kenapa Harga Minyak Sangat Berpengaruh?

Hakikatnya, minyak bukan sekadar bahan api ia adalah “nadi” kepada banyak industri. Dari menggerakkan mesin hingga menjadi bahan mentah produk seperti plastik dan baja, hampir semua sektor bergantung kepadanya.

Apabila harga minyak naik, mencetuskan kesan berantai dalam rantaian bekalan. Kos meningkat, harga barang naik, kuasa beli menurun dan akhirnya ekonomi menjadi lebih mencabar.

Malah, kenaikan ini juga boleh mempengaruhi polisi kewangan negara apabila pihak bank pusat terpaksa mempertimbangkan kenaikan kadar faedah bagi mengawal inflasi.

Apa Yang Boleh Dijangkakan?

Dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu, kenaikan harga minyak dijangka terus memberi tekanan kepada pelbagai sektor. Namun, ia juga membuka ruang kepada inovasi seperti penggunaan tenaga boleh diperbaharui dan peningkatan permintaan terhadap kenderaan elektrik.

Bagi Murai apa yang pasti, rakyat dan industri perlu lebih bersedia serta bijak menyesuaikan diri dengan perubahan ini.

industri terjejaskenaikkan harga minyak
https://lomp.at/4axez
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Insentif

Ramadan Jadi Lebih Bermakna, MAIWP Agih RM17.44 Juta Untuk Asnaf di KL, Putrajaya Dan Labuan

by Ayu Kamaruddin
February 12, 2026

Menjelang ketibaan Ramadan yang dinanti-nantikan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sekali lagi tampil dengan inisiatif bermakna apabila menyalurkan Insentif...

Read moreDetails
Insentif

Rezeki Raya Penjawat Awam Pahang, Bantuan Khas RM1,000 Bakal Dikreditkan

by Ayu Kamaruddin
March 5, 2026

Kerajaan Pahang mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri 2026 sebanyak RM1,000 kepada penjawat awam negeri sebagai tanda penghargaan terhadap khidmat...

Read moreDetails
Insentif

RM17 Juta ‘Ang Pow’ Kerajaan Johor Untuk Komuniti Cina Sempena Tahun Baharu Cina 2026

by Ayu Kamaruddin
February 16, 2026

Kerajaan Negeri Johor umum peruntukan kira-kira RM17 juta sebagai ‘hadiah’ sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026, yang akan dimanfaatkan oleh...

Read moreDetails
Insentif

RM150 Juta Bantuan Sara Tak Dituntut, Ini Jawapan Ke Mana Duit Ini Pergi

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Bukan disimpan, bukan juga dibiarkan sepi. Sebanyak RM150 juta daripada bantuan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) yang tidak dituntut sehingga 31...

Read moreDetails
Insentif

STR Fasa 2 Dah Masuk! 200,000 Penerima Baharu Mula Terima Bayaran Hari Ini, Confirm Raya Lagi Meriah

by Ayu Kamaruddin
March 30, 2026

Berita baik buat rakyat Malaysia! Dalam suasana Aidilfitri yang masih hangat dengan bau lemang dan rendang, kerajaan tampil meneruskan bantuan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara