Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Insentif

STR Fasa 2 Dah Masuk! 200,000 Penerima Baharu Mula Terima Bayaran Hari Ini, Confirm Raya Lagi Meriah

by Ayu Kamaruddin
March 30, 2026
15
KONGSIAN
Share on Facebook

Berita baik buat rakyat Malaysia! Dalam suasana Aidilfitri yang masih hangat dengan bau lemang dan rendang, kerajaan tampil meneruskan bantuan kewangan menerusi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 yang kini sudah mula disalurkan kepada penerima.

Lebih menggembirakan, seramai 200,000 penerima baharu telah diluluskan dan mula menerima bayaran bermula hari ini, 30 Mac 2026. Memang timing cun untuk tampung perbelanjaan raya.

Via laman web rasmi STR

STR Fasa 2, Rezeki Raya Yang Dinanti

Sebelum ini, bayaran STR Fasa 2 telah pun mula diagihkan kepada penerima sedia ada sejak 10 Mac 2026. Namun, bagi pemohon baharu dan yang membuat rayuan, pembayaran hanya mula dikreditkan hari ini secara berperingkat.

Bantuan ini boleh diterima melalui dua kaedah:

  • Ada akaun bank – Duit terus masuk akaun
  • Tiada akaun bank – Ambil tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)

Bagi yang tinggal di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak, kaedah bayaran turut disesuaikan mengikut akses setempat.

Berapa Jumlah Bayaran Yang Diterima?

Jumlah bantuan STR Fasa 2 bergantung kepada kategori pendapatan dan bilangan anak. Antara kadar bayaran adalah:

Isi Rumah (Pendapatan ≤ RM2,500)

  • Tiada anak: RM150
  • 1 – 2 anak: RM300
  • 3 – 4 anak: RM450
  • 5 anak ke atas: RM600

Isi Rumah (Pendapatan RM2,501 – RM5,000)

  • Tiada anak: RM100
  • 1 – 2 anak: RM100
  • 3 – 4 anak: RM200
  • 5 anak ke atas: RM250
Topik Berkaitan STR Fasa 2 Dah Masuk? Ini Cara Semak Status Bayaran Anda

Warga Emas (Tiada Pasangan)

  • RM150

Walaupun jumlahnya berbeza, bantuan ini jelas membantu meringankan beban terutama ketika musim perayaan.

Cara Semakan Status STR Fasa 2

Nak tahu duit dah masuk atau belum? Mudah je. Ikut langkah berikut:

  1. Layari portal rasmi STR
  2. Log masuk akaun MySTR
  3. Klik bahagian Semakan Status
  4. Lihat status bayaran sama ada dalam proses pengkreditan atau telah dikreditkan

Kalau status masih dalam proses, bertenang dulu, bayaran dibuat secara berperingkat.

Jangan Terpedaya Dengan Scam

Dalam keterujaan menerima bantuan, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dengan pautan tidak sahih yang tular di media sosial.

Pastikan hanya semak dan buat urusan melalui portal rasmi sahaja. Elakkan klik link mencurigakan.

Menariknya, pembayaran STR Fasa 2 tahun ini diawalkan berbanding jangkaan asal (April 2026), khusus bagi membantu rakyat membuat persiapan Hari Raya dengan lebih selesa.

Jadi sementara masih sibuk beraya dari rumah ke rumah, jangan lupa semak akaun masing-masing. Mana tahu rezeki raya dah pun ‘landing’!

Apa pun, Murai nasihatkan agar manfaatkan bantuan ini sebaiknya sama ada untuk keperluan harian, duit minyak balik kampung atau tambah juadah raya.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Penerima BaharuSTR Fasa 2
Share6Tweet4SendShare

KINI TRENDING

Insentif

Cari Kerja Sambil Berhibur? Khai Bahar Bakal Gegarkan Kuantan & Lebih 500 Peluang Kerja Menanti

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Kalau anda ingat Karnival Kerjaya cuma tempat berjalan dari satu booth ke satu booth sambil pegang resume, kali ini lain...

Read moreDetails
Insentif

Ramai Tak Tahu, Waris Boleh Tuntut Khairat Kematian RM1,000 Jika Penerima STR Meninggal Dunia

by Phic ARMAN
August 27, 2026

Bila bercakap tentang bantuan kerajaan, ramai mungkin lebih familiar dengan STR atau SARA. Tapi tahukah anda, ada satu lagi bantuan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  2. 2

    Jep Sepahtu Luah Dua Anak Mungkin Hidap Autisme, Anggap Sebagai Hadiah Ulang Tahun ke-40

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara