Sunday, August 3, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home FAKTA

Harga 2 Telefon Lipat Baru Samsung Di Malaysia Diumumkan; Bermula RM 3,999

by Phic ARMAN
August 16, 2021
393
KONGSIAN
Share on Facebook

Samsung Galaxy Z Fold 3 dan Z Flip 3 dilancarkan di acara Galaxy Unpacked anjuran gergasi teknologi itu baru-baru ini pada Rabu (11 Ogos). Terbaru, Samsung telah mengumumkan harga kedua-duanya boleh didapati secara pra-temahan di Malaysia  masing-masing dengan harga bermula daripada RM6,699 dan RM3,999.

Turut dilancarkan semasa acara yang disiarkan secara langsung itu ialah siri Galaxy Watch 4 baru dengan harga bermula RM899. Manakala dan ‘earbud’ tanpa wayar Galaxy Buds 2 pada harga RM499.

Namun yang pasti, telefon-telefon terbarunya yang mencuri tumpuan – lengkap dengan pelbagai ciri baru yang melambangkan usaha berterusan Samsung dalam pasaran telefon lipat.

Galaxy Z Fold3 5G, Galaxy Z Flip3 5G, Galaxy Watch4 Versi Bluetooth Classic dan Galaxy Watch4 akan disediakan untuk pra-pesanan mulai 19 Ogos hingga 21 September 2021.

Pengguna yang membuat pra-pesanan awal Galaxy Z Fold3 5G atau Galaxy Z Flip3 5G bakal menerima perlindungan Samsung Care + selama setahun secara percuma sehingga anda dilindungi daripada kerosakan yang tidak disengajakan, termasuk penggantian skrin, kerosakan air dan penggantian penutup belakang.

Selain itu, pra-pesanan Galaxy Z Fold3 5G dan Galaxy Z Flip3 5G ini juga melayakkan anda menerima e-baucar Kedai Dalam Talian Samsung Malaysia
bernilai sehingga RM850!

Bukan itu sahaja, semasa anda membuat pra-pesanan Galaxy Watch4 Classic dan Galaxy Watch4 Versi Bluetooth 4, anda boleh menerima e-baucar bernilai sehingga RM250 untuk dibelanjakan untuk Samsung Malaysia
Kedai atas talian!

Pra-tempah akan tersedia di Samsung Experience Stores, Samsung Authorized Partners dan Kedai Dalam Talian Samsung Malaysia.

Samsung & Maybank: Solusi Bijak Untuk Rumah Lebih Canggih & Lestari
samsungSamsung Galaxy Z Fold 3Z Flip 3
Share157Tweet98SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

  3. 3

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    Ini Cara Guna RM100 SARA Sebelum 31 Disember. Jangan Terlepas!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem