Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Insiden Will Smith Tampar Chris Rock, Harith Iskander Kongsi Pendapat

Harith memuji sikap Chris yang masih bertahan untuk meneruskan ucapannya di atas pentas

by Naddy Joe
March 29, 2022
Share on Facebook

Insiden pelawak Chris Rock ditampar oleh pelakon terkenal, Will Smith ketika di acara siaran langsung Academy Awards 94 mendapat reaksi dari pelbagai pihak termasuklah pelakon, pelawak, dan pengacara, Harith Iskander yang menyifatkan ia sebagai insiden yang sukar untuk dipercayai.

Puji Sikap Chris Rock 

Menerusi hantaran di Instagram, Harith memuji sikap Chris yang masih bertahan untuk meneruskan ucapannya di atas pentas walaupun telah diserang oleh Will.

“Insiden yang sukar dipercayai di Academy Awards. Sebagai seorang pelawak dan profesional, saya hormati @chrisrock. Sangat menghormatinya kerana tetap meneruskannya.

Diserang oleh seseorang semasa berada di atas pentas membuat persembahan adalah perkara paling gila yang boleh berlaku.”- kongsi Harith

View this post on Instagram

A post shared by Harith Iskander (@harithiskander)

Anggap Tindakan Will Sangat Tidak Profesional

Tambah Harith, dia menyifatkan tindakan Will  itu sebagai satu tindakan yang tidak profesional dan mementingkan diri sendiri.

“Walaupun saya tidak boleh mengatakan perkara yang sama untuk @willsmith. Dan saya peminat besar dia. Saya tidak tahu apa yang berlaku dengan dia dan dalam hidupnya pada masa ini. Tetapi secara ringkasnya, itu tidak bagus.

Perkara paling teruk ialah sekarang Will telah pergi dan menjadikan keseluruhan majlis adalah mengenainya dan apa yang dia lakukan. Dan itu mementingkan diri sendiri dan tidak profesional.”-katanya

Pelbagai Reaksi Netizen & Rakan Selebriti 

Tinjauan Murai.my di ruangan komen mendapati rata-rata netizen dan rakan selebriti turut memberikan pelbagai reaksi terhadap insiden tersebut malah ada yang yang meluahkan rasa tidak setuju dengan pendapat pelawak terkenal itu.

“Boo @WillSmith tetapi pada masa yang sama dia melindungi maruah isterinya! Jadi boo @chrisrock”

“Babe, itu bukan melindungi babe. Itu melukakan diri dia, kariernya, anak-anaknya dan maruahnya. Dia lelaki bijak. Yang mana hilang kawalan. Lain kali dia rasa terluka siapa pula yang akan dia tampar?-

“Maaf saya tidak setuju dengan anda, menjadi pelawak komedi harus ada rasa empati dan simpati pada orang lain jika seseorang menderita kanser dan anda bergurai mengenainya. Anda tidak tahu apa yang orang lain lalui, tetapi Will Smith seharusnya menguruskannya secara profesional. Lagipun, dua-dua salah” komen mereka

Untuk rekod, siaran langsung Academy Awards 94 menjadi perhatian ramai selepas berlaku insiden mengejutkan apabila  Chris telah ditampar oleh Will berikutan pelawak itu telah mempersendakan isterinya, Jada Pinkett-Smith secara terbuka yang kini muncul dengan imej botak.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
chris rockHarith Iskanderwill smith
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  3. 3

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  4. 4

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  5. 5

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara