Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Harris Alif & Intan Ladyana Selamat Benikah Dalam Norma Baharu

by Khai Azfar
February 5, 2021
Share on Facebook

Sebentar tadi, pengacara, pelakon, dan penyanyi, Harris Alif, 22 telah selamat bernikah dengan pelakon, Intan Ladyana, 38, bertempat di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan sekali lafaz.

Selamat Bergelar Suami Isteri 

Acara akad nikah berkenaan disempurnakan Penolong Pengarah Jawi, Ustaz Muhammad Azlan Marukum selaku jurunikah dan juga wakil wali sekitar jam 10 pagi. Turut hadir dan menyaksikan penyatuan Harris dan Intan adalah Pendaftar Nikah, Cerai, Ruju’ Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ustaz Nasir Abdullah serta 14 orang ahli keluarga daripada kedua-dua belah pihak.

Bernikah Dalam Norma Baharu

Dalam majlis itu, Harris menyerahkan mas kahwin berupa set perhiasan barang kemas dan sebentuk cincin berlian. Manakala barangan hantaran iaitu sembilan dulang daripada pihak pengantin perempuan berbalas tujuh dulang daripada pihak lelaki tidak dibawa bersama sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Menurut Harris, pada mulanya dia tidak berasa terlalu gementar kerana beranggapan hanya sekadar melafazkan akad, namun apabila tiba masa untuk dia melafazkannya, perasaan itu secara tiba-tiba muncul. Bagaimanapun, Harris bersyukur kerana segalanya berjalan lancar.

“Sebelum akad nikad, saya berasa macam tak ada apa-apa sebab sekadar nak cakap ayat yang mudah.Tetapi bila dah duduk dekat kerusi itu dan nak lafaz akad sebenarnya agak gementar juga”

“Tapi bila dah selesai, Alhamdulillah lega rasanya” kata Harris pada Murai.my

Dalam sidang media itu, pasangan ini turut mendedahkan sebab mengapa tarikh pernikahan diawalkan sehari daripada perancangan awal. Menurut mereka, ia tidak lain disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berlangsung pada ketika ini. Namun begitu, agenda pernikahan mereka tetap berjalan lancar seperti dirancang memandangkan perubahan tarikh itu sudah dimaklumkan kepada semua pihak terbabit.

Aktor Didakwa Hina Intan Ladyana, Harris Aliff Bakal 'Balas Dendam'

Difahamkan, kedua pasangan mempelai ini menyarung busana daripada Hatta Dolmat dan Epul Senitravision serta tutu mendapat sentuhan tatarias daripada Ian Sham dan Aqmal Adly. Untuk hari bahagia pasangan ini, Harris dan Intan turut ditaja Four Points by Sheraton sebagai lokasi persiapan nikah, Bella Hudd (Penata Gaya Hijab), Cempaka Inai (Artis Inai), Fillea Studio (Fotografi dan Videografi), Haeja Budiman (Bunga Tangan), manakala Hantaran by Ally menyediakan dulang hantaran.

Mengikut perancangan awal, pasangan ini turut mendapat tajaan lebih RM13.5 juta untuk beberapa majlis yang sepatutnya dilangsungkan termasuk malam berinai, majlis pernikahan, resepi dan majlis bertandang.

Harris Alifintan ladyanaIntan Ladyana Harris AlifIntan Ladyana kahwin
https://lomp.at/barwq
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @neelofa (IG)
Lokal

Netizen ‘Tegur’ Penampilan Raya Noor Neelofa- “Berpurdah Tapi Tudung Makin Senteng?”

by Nurul A.
March 25, 2026

Nampaknya perkongsian mengenai sambutan hari Raya selebriti-usahawan, Noor Neelofa baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai. Berdasarkan hantaran video pendek di...

Read moreDetails
Lokal

Betty Rahmad Dituduh Biadap & Pekik Ke Arah Pekerja Booth?-“Kau Siapa? Artis?..”

by Naddy Joe
March 2, 2026

Nama pelakon dan usahawan, Betty Rahmad mengejutkan netizen selepas dituduh bersikap biadab di sebuah festival jualan di Singapura, baru-baru ini....

Read moreDetails
Foto - @jennierubyjane (IG)
Lokal

Gara-Gara Foto Ini, BLACKPINK Jennie Jadi Mangsa Ped*filia

by Nurul A.
February 21, 2026

Imej baharu BLACKPINK Jennie telah menimbulkan reaksi negatif dalam pengguna media sosial. Untuk makluman, isu tersebut muncul selepas Jennie mengadakan...

Read moreDetails
Spotlight

‘Malam Tiga Syukur’, Dalami Pengertian Qana’ah Raya Ini

by Naddy Joe
March 8, 2026

Bayangkan seorang lelaki yang ada segala-segalanya. Rumah besar, kereta mewah, keluarga yang setia. Orang memandangnya dengan penuh rasa kagum, dan...

Read moreDetails
Lokal

Ayie Floor 88 Dedah Nama Serta Wajah Anak Kedua, Curi Perhatian Peminat!

by Naddy Joe
February 13, 2026

Isteri kepada vokalis Floor 88, Ayie iaitu Natasha Ahmad Zawawi sebelum ini telah selamat melahirkan cahaya mata kedua pada 12...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara