Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Aktor Didakwa Hina Intan Ladyana, Harris Aliff Bakal ‘Balas Dendam’

by Soph Azz
July 22, 2025
Foto - @harrisalif (IG)

Foto - @harrisalif (IG)

Share on Facebook

Fasal keluarga jangan dibuat main ye.

Aktor Harris Alif menjadi tumpuan ramai apabila dia menyahut cabaran untuk bertanding dalam kejohanan tinju Asia Championship 2025 tidak lama lagi. Penglibatannya dalam acara ini adalah disebabkan mahu menuntut bela selepas seorang aktor hina ahli keluarganya.

Akui terkilan dengan penghinaan terhadap isteri dan ibunya, Harris menganggap kejohanan tinju tersebut sebagai medan pertempuran yang sesuai untuk ‘membalas dendam’.

View this post on Instagram

A post shared by Harris Alif (@harrisalif)

“Tiba-tiba dia buat sesi langsung dan mula menyentuh tentang isteri dan ibu saya. Cakap saya kahwin dengan isteri tua. Ibu saya tak ajar saya. Mana saya nak letak maruah sebagai lelaki?”

View this post on Instagram

A post shared by Harris Alif (@harrisalif)

Tidak mahu mendedahkan identiti aktor tersebut, Harris mendedahkan penyertaannya itu disebabkan oleh dia melihat aktor berkenaan turut serta.

“Jadi bila saya nampak ada pertandingan All Stars Championship ini dan nama dia tersenarai, sudah tentu saya mahu sertai perlawanan ini. Menang atau kalah itu belakang cerita.”

View this post on Instagram

A post shared by Harris Alif (@harrisalif)

Harris juga mendedahkan bagaimana kata-kata hinaan aktor itu telah melukakan hati isterinya, Intan Ladyana.

“Intan tahu sebab saya tunjuk video siaran langsung individu itu. Bila tengok sebagai seorang wanita dia mesti terasa. Dia pun terkejut apabila pelakon itu sebut nama dia sedangkan tak ada isu antara mereka. Saya memang kata kat dia (Intan Ladyana) saya memang nak masuk, kalau bikan dekat Asian Championship pun bayarlah mana-mana tempat tinju saya dan dia berlawan.”

View this post on Instagram

A post shared by Harris Alif (@harrisalif)

Dalam pada masa yang sama, Harris juga mendedahkan punca sebenar salah faham dengan aktor itu berlaku dan akuinya ia telah diselesaikan dengan baik sebelum ini.

“Sebenarnya kamu kenal sejak dari kecil lagi. Namun ada satu kejadian yang berlaku di Sarawak pada tahun lalu dan kami sudah selesaikan. Saya dah lama tak jumpa dia. Apabila berjumpa semula, saya lihat perangainya sudah berubah. Bukan saya sahaja yang perasan, pelakon senior lain pun turut perasan perkara yang sama.”

Sekadar info, Asia Championship 2025 akan berlangsung pada 18 Oktober 2025 dan bakal menampilkan gabungan selebriti, pempengaruh dan atlet.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Harris Alifintan ladyana
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    6 Destinasi Pantai Timur Yang Berbaloi Diterokai Apabila ECRL Beroperasi

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kebun Rimba Private Estate Di Janda Baik Ini Ada Vila Mewah Tengah Hutan & Rumah Kampung Tradisional

  4. 4

    Patutlah Jadi Pilihan Ramai! Wyndham Suites KLCC Ada Suite Seluas Rumah Di Tengah Kuala Lumpur

  5. 5

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara