• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

Hati-hati! Ini 5 Tips Beli Barang Basah ‘Online’ Yang Suri Rumah Perlu Amalkan

by Phic ARMAN
December 1, 2020
Share on Facebook

Membeli-belah sayur-sayuran atau barang basah dalam talian bukan lagi hal yang asing dalam kehidupan harian kita. Lagi-lagi sekarang kes Covid-19 semakin meningkat dan tak tahu sampai bila akan selesai.

Membeli-belah dalam talian boleh menjadi pilihan utama dan sekaligus dapat mengelakkan kesesakan di pasar. Di samping itu, dengan membeli-belah dalam talian memberi banyak manfaat kepada para suri rumah ataupun wanita yang sibuk bekerja. Ini kerana ia menjimatkan lebih banyak masa kerana anda tidak perlu lagi bersusah payah bangun pagi dan bergegas ke pasar untuk mendapatkan sayur-sayuran segar.

Dengan hanya satu klik, anda dapat memilih barang basah mana yang ingin anda beli. Malah, anda juga dapat menentukan bila pesanan anda tiba di rumah dan pilihan pembayaran.

Namun, anda haruslah berhati-hati dan sentiasa berwaspada ketika membeli barang basah secara dalam talian.

Jadi, apa kata anda pertimbangkan 5 tips ini untuk menjadikan pembelian barang basah anda dalam talian lebih selamat dan dijamin berkualiti.

Pilih aplikasi yang dipercayai

Foto: Tilenni Stiles & Associates

Pada masa ini terdapat banyak aplikasi dalam talian yang menyediakan perkhidmatan pembelian barangan keperluan harian. Mudah saja, hanya perlu memuat turun aplikasi dan pilih barang yang ingin anda beli.

Walaupun begitu, anda harus bijak memilih. Gunakan aplikasi yang dipercayai, bagaimana caranya? Anda boleh melihat reputasi kedai dalam talian dari testimoni pelanggan. Anda boleh melihat komen pengguna di media sosial rasmi mereka.

Perhatikan juga tahap keselamatan penghantaran, respons penjual, dan kesegaran sayur-sayuran yang dibeli.

Buat senarai membeli-belah

Foto: Freepik

Setiap kali anda ingin membeli-belah dalam talian, anda pasti akan rambang mata untuk memilih barang basah atau bahan makanan lain di katalog kedai-kedai yang tersedia. Walaubagaimanapun, anda masih perlu membeli mengikut keperluan.

Untuk mengelakkan daripada anda melakukan pembaziran, anda boleh membuat senarai barang runcit yang mahu dibeli terlebih dahulu. Selain membuatkan pembelian lebih mudah, senarai ini juga dapat membuat pencarian item lebih cepat.

Ketahui tahap ketahanan barang basah

Foto: Between Carpools

Perkara lain yang paling penting untuk diketahui sebelum membeli barang basah dalam talian adalah mengenai tahap ketahanan sayur-sayuran, buah-buahan yang hendak dibeli. Sebabnya, setiap jenis sayur mempunyai tahap ketahanan yang berbeza.

Mengetahui tahap ketahanan barang basah ini juga ada kaitannya dengan jangka masa mereka dihantar ke alamat rumah. Sekiranya barang basah mempunyai daya tahan yang rendah pada suhu bilik, anda harus pilih penghantaran yang pantas.

Pastikan Barang Basah Terus Disimpan Dengan Baik

Foto: Pinterest

Ketika barang basah yang dipesan dalam talian tiba di rumah, perkara yang perlu dilakukan adalah dengan segera menyimpannya dengan betul. Menyimpan barang basah di tempat yang betul pastinya menjadikannya tahan lama. Di samping itu, anda harus bijak mengasingkan barang basah untuk di simpan.

Ini kerana setiap jenis barang basah mempunyai kaedah penyimpanan yang berbeza. Terdapat barang basah yang akan bertahan lama ketika disimpan di dalam peti sejuk, ada juga yang hanya boleh disimpan pada suhu bilik.

Pilih Promo

Foto: Sensei Marketing

Setiap kedai dalam talian biasanya menyediakan pelbagai promosi untuk menarik pembeli. Oleh itu, ada baiknya anda memantau terlebih dahulu sama ada terdapat promosi khas di kedai dalam talian tertentu atau tidak. Caranya anda boleh meninjau media sosial rasmi mereka. Biasanya, mereka akan warwarkan maklumat promo di sana. Kadang-kadang mereka juga memberikan kod promo penghantaran secara percuma, jadi ia akan menjimatkan.

HappyFresh

Daripada kesemua tips yang kami kongsikan, ternyata aplikasi HappyFresh’ sangat sesuai untuk anda lagi-lagi golongan suri rumah. Dengan hanya satu klik aplikasi, pengguna dapat dengan cepat dan mudah membeli barang runcit seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang diperlukan. Pilih saja gedung atau kedai berhampiran anda seperti Village Grocer, Tesco, Aeon, De Market, Giant, Cold Storage dan banyak lagi.

Pengguna tidak perlu risau tentang penghantaran. HappyFresh menjanjikan penghantaran dalam masa lebih kurang sejam. Ataupun, anda juga boleh memilih masa dan tarikh yang sesuai untuk penghantaran. Pesanan anda akan dihantar oleh pemandu mereka menggunakan motosikal dilengkapi dengan satu kotak penghantaran direka bentuk dan ditempah khas.

Pembeli peribadi terlatih

Bimbang dapat barang yang rosak? Kalau anda nak tahu, HappyFresh ini mempunyai Personal Shopper atau Pembeli peribadi yang dilatih secara profesional. Mereka akan memilih produk yang anda pilih dengan cara yang anda suka.

Kaedah pembayaran lengkap dan pelbagai promosi khas ditawarkan

HappyFresh menyediakan beberapa kaedah pembayaran iaitu E-wallet dan Credit / Debit card. Buat masa ini untuk pembayaran tunai semasa penghantaran atau COD sah di kedai terpilih dan di bawah perbelanjaan RM140.

Untuk memberi ganjaran kepada pengguna, pelbagai promosi terbaru disediakan dari semasa ke semasa. Kalau anda mahukan potongan RM10, boleh cuba masukkan promo kod istimewa dari Murai iaitu “HFMURAI10″ ke atas pembelian melebihi RM90. Terma dan Syarat dikenakan.

  • Pembelian minimum RM90 dalam satu resit.
  • Terhad untuk satu penggunaan bagi setiap pelanggan dan sah untuk satu pembelian keseluruhan sahaja.
  • Tawaran hanya tersedia untuk pembelian di AEON, AEON Maxvalu, Tesco, Mercato, Village Grocer, Cold Storage dan Giant di HappyFresh sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Melaka.
  • Sah sehingga 31 Disember 2020
  • Kod baucar HARUS dimasukkan semasa daftar keluar.
  • Permintaan untuk menggunakan kod baucar selepas pengesahan pesanan tidak akan dilayan.
  • Penggunaan baucar berulang kali aplikasi dengan beberapa transaksi dan / atau elemen penipuan akan menyebabkan pesanan dibatalkan.
  • Promosi ini tidak termasuk semua pelanggan HappyCorporate.
  • Hanya untuk penghantaran sahaja. Baucar tidak sah kepada pilihan untuk ambil sendiri
  • Jumlah diskaun mengikut pada harga keseluruhan barang yang dihantar (iaitu tidaktermasuk harga barang yang habis dan / atau barang yang ditolak).
  • Perubahan detail pesanan termasuk tetapi tidak terhad pada cara pembayaran, pembatalan pesanan dan perubahan slot waktu penghantaran akan menganggap kod promo tidak sah.
  • HappyFresh berhak untuk mengubah, menambah, atau membuang bahagian Terma dan Syarat penggunaan ini pada bila-bila masa tanpa diberitahu.

Banyak lagi promosi yang mereka sediakan, yang penting anda kena ikuti mereka di media sosial.

Nah! muat turun aplikasi HappyFresh sekarang. Ia merupakan salah satu aplikasi mudah-alih yang ditawarkan untuk Android dan juga iPhone. Lepas ini tak perlu risau barang keperluan di rumah habis ketika musim korona ni. Malah HappyFresh memberikan tawaran menarik untuk menyokong masyarakat dalam menjalani kehidupan normal yang baru.

https://lomp.at/fsh1o
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Budaya

Raikan Warisan Orang Asli & Orang Asal di Irama Asli & Asal 2025 – Festival Percuma Menanti Anda!

by Aphit J.
November 23, 2025

Irama Asli dan Asal 2025 kembali memeriahkan ibu kota dengan mempersembahkan warisan dan budaya kaum Orang Asli dan Orang Asal...

Read more
Destinasi

Pengalaman Umrah Super Ekonomi Dengan Ikhlas, “Harga Macam Tak Masuk Akal Tapi Yang Pergi Jer Tahu…”

Kalau sebut Umrah bajet, ramai terus terbayang hotel jauh, makanan roti keras, dan jadual serba ringkas. Tapi bila kami di...

Read more
by Phic ARMAN
October 28, 2025
Budaya

CIMB Artober 2025 Kembali Lebih Gempak! Ini Sebab Anda WAJIB Hadir

CIMB Artober Art & Soul 2025 kembali untuk edisi kelima sebagai antara acara seni terbesar di Malaysia, dengan misi untuk...

Read more
by Aphit J.
September 28, 2025
Budaya

“Berita Baik Tok Untuk Kitak Orang Sarawak”- 5 Pengumuman Menarik Dari AirAsia Sempena Lan Berambeh Anak Sarawak 2025

Mun kitak orang Sarawak yang lamak sik pulai, berita tok confirm buat kitak senyum sampai telinga. AirAsia sekali lagi tampil...

Read more
by Phic ARMAN
October 17, 2025
via Unsplash/Pexels/Wikipedia
Islamik

5 Masjid Paling Menyentuh Hati Dengan Seni Bina Hebat Di Malaysia

Malaysia sememangnya terkenal dengan landskap seni bina Islamik yang memukau, menggabungkan warisan tradisi dan sentuhan moden. Rumah-rumah ibadat ini bukan...

Read more
by Iffah Iffah
December 13, 2025
LifeXplore

Shopee Sambut Hari Jadi Ke-10, Party Paling Epik! dengan pelbagai TAWARAN DAHSYAT!

MURAI nak cerita ni, tengah scroll phone petang tu, tetiba keluar notifikasi: Shopee 12.12 Birthday Sale dah start! Tapi yang...

Read more
by Phic ARMAN
December 8, 2025
Budaya

RTM Serikan Deepavali Anda Dengan 12 Tayangan Hebat dan Bermakna

Sambutan Deepavali tahun ini bakal lebih meriah dengan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang menghadiahkan rakyat Malaysia rangkaian program menarik sepanjang...

Read more
by Aphit J.
October 12, 2025
LifeXplore

Travel Tempat Sejuk? Outfit Bundle Pun Boleh Nampak Macam Mahal

Musim cuti makin dekat, ramai sudah mula merancang percutian ke destinasi sejuk memandangkan negara yang mempunya empat musim bakal dilanda...

Read more
by Aisy
December 13, 2025
LifeXplore

Memang Rare! Gelanggang Luncur Terbuka Pertama di Malaysia Kini Di Suria KLCC

Hujung tahun memang waktu paling syok untuk buat benda lain daripada biasa, dan tahun ni Suria KLCC bagi alasan paling...

Read more
by Phic ARMAN
December 1, 2025
AI Generated Image/Freepik
LifeXplore

Cuti Sekolah Tak Lama Lagi! Ini 5 Muzium Unik di Malaysia yang Wajib Dikunjungi

Malaysia, sebagai negara yang kaya dengan warisan budaya dan alam semula jadi, juga menawarkan pelbagai muzium yang unik dan luar...

Read more
by Iffah Iffah
December 14, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

  2. 2

    Video Almarhum Tunku Abdul Jalil Buatkan Agong, Permaisuri & Tunku Aminah Menitiskan Airmata

  3. 3

    5 Perkara Yang Kita Semua Boleh Belajar Dari Restoran Baharu Khairul Aming, Rembayung

  4. 4

    KA Perkenal Sistem Tempahan Rembayung, Pemuda Beri Cadangan Supaya Tidak Ditipu Reseller

  5. 5

    “Aku Syak Bapak Dia Letak Nama Ex-Ex Dia Sekali”- Nama Panjang Sampai Penuh Borang Cetus Spekulasi

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore