Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

5 Selebriti Yang Berpoligami Dan Kekal Bahagia Hingga Kini

by Jash Lee
March 6, 2021
19
KONGSIAN
Share on Facebook

Kalau bercakap pasal bermadu, kaum hawalah yang pastinya akan merasa resah gelisah bukan? Tak ramai sebenarnya kaum hawa yang sanggup untuk berkongsi kasih dengan wanita lain. Tapi ada juga sebilangan wanita yang bukan sahaja sanggup bermadu bahkan merelakan dengan hati yang terbuka malahan ramai juga yang kekal bahagia bersama dengan konsep hidup bermadu.

Anda mesti nak tahu, siapakah mereka yang merelakan payung emas buat kekasih hati sehidup semati yang mereka sayangi untuk berpoligami. Jom kita tengok!

Salih Yaacob

via hmetro.com.my

Sepanjang hidupnya, pengacara veteran ini mempunyai 4 orang isteri. Isteri pertamanya, Norlizah Mamat, isteri kedua, Noraha Hamat, isteri ketiga, Nor Farawahida Sulaiman dan isteri keempatnya Samihah Syeikh Ali. Daripada semua perkahwinan tersebut, Salih Yaccob telah dikurniakan 13 orang cahaya mata dan 6 orang cucu. Namun pada pertengahan 2015, dia telah bercerai dengan isteri keduanya selepas 23 tahun hidup bersama sebagai suami isteri. Kehidupan kesemua isterinya macam adik beradik dan mereka nampak bahagia bersama.

Asyraf Muslim

via bharian.com.my

Asyraf Muslim berkahwin dengan isteri pertamanya, Nor Dayana Lokman, di tanah suci Mekah pada 2011. Kemudian, pada 2013 pula industri hiburan telah dikejutkan dengan berita Asyraf Muslim yang mendirikan masjid buat kali kedua dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi. Walaupun dikritik hebat pada ketika itu, kini kisah mereka sudah diterima ramai dan hasil kedua-dua perkahwinan tersebut, Asyraf Muslim dikurniakan 4 orang cahaya mata.

Rahim Sepahtu

via IG

Rahim sudah pun beristeri dua sejak tahun 2015 lagi. Pada mulanya, isteri pertama Rahim iaitu Norazlin Abdullah, tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia telah dimadukan sehingga dia telah mengurungkan dirinya di bilik selama 2 minggu. Tetapi, setelah Rahim telah berjaya memulihkan emosinya dan dia melihat kesungguhan Rahim yang berjaya untuk memberikannya semangat baru, secara tidak langsung, perasaan sayang pada suaminya itu kembali pulih dan akhirnya dia redha dengan ketentuan takdir.

Pada tahun 2016, Rahim telah berkahwin dengan isteri keduanya , Lily dan pada mulanya perkahwinan tersebut telah dirahsiakan selama setahun sehingga penghujung tahun tersebut, segalanya telah terbongkar. Hasil perkahwinan dari kedua-dua perkahwinannya, Rahim telah dikurniakan 5 orang cahaya mata.

Amar Asyraf

via mstar.com.my

Amar Asyraf adalah salah seorang pelakon dalam drama ‘Setia Hujung Nyawa‘. Amar telah mempunyai 2 isteri iaitu Arna Salleh dan Vivy Jeffry. Pada tahun 2019, identiti isteri kedua Amar telah menjadi bualan hangat para netizen. Kata isterinya, dia hanya menyimpan rahsia rumahtangga mereka bagi menjaga nama baik suaminya. Tetapi segalanya telah terbongkar apabila ada pula wanita ketiga yang telah membuat pengakuan tentang status peribadinya bersama Amar. Disebabkan kejadian itu, Vivy telah tampil untuk menceritakan segala-galanya dan hubungna mereka berdua juga dipersetujui oleh isteri pertama Amar. Dalam perkahwinan ini, Amar telah dikurniakan dengan tiga orang zuriat.

Zarina Zainuddin

vai Rotikaya.Com

Zarina Zainuddin telah bergelar isteri kepada suaminya Datuk Seri Dr. Abdul Raihan Wan Jaafar ketika usianya 22 tahun. Ibu kepada 4 orang cahaya mata ini mendedahkan bahawa pada mulanya, dia sendiri yang datang kepada madunya bagi meminta restu untuk bermadu. Walaupun usia perkahwinan mereka sudah lebih 25 tahun, namun hubungan Zarina Zainuddin dan madunya tetap dalam keadaan baik. Mereka juga berjiran kerana tinggal sebelah menyebelah, selalu masak dan berniaga bersama.

Hidup bermadu tidak semestinya sentiasa pahit, jika mengikut jalan yang betul, hempedu yang pahit pun boleh jadi manis seperti madu. Yang penting, si suami haruslah bersikap adil dalam melayari bahtera kehidupan dan hidup dengan konsep berpoligami. Semoga mereka kekal bahagia selamanya.

artisberpoligami artismalaysia kekalbahagiawalaupunbermadu
https://lomp.at/b7h0r
Share8Tweet5SendShare

KINI TRENDING

Foto - The Fhase
Musik

“Andai” Dari The Fhase Bawa Kisah Tentang Rindu, Penyesala & Peluang Kedua

by Nurul A.
April 28, 2026

The Fhase kini kembali dengan single kedua mereka berjudul “Andai”. Ianya sebuah karya yang membawa pendengar menyelami emosi rindu, kehilangan...

Read moreDetails
Lokal

Aishah Bakal Ubati Rindu Peminat Dengan Konsert Solo ‘Aishah 40 Chapters Of Love’ Julai Ini

by Naddy Joe
April 18, 2026

Legenda seni suara tanah air, Dato’ Aishah bakal mencipta satu lagi detik bersejarah menerusi konsert solo berskala besar yang dinanti-nantikan,...

Read moreDetails
Spotlight

“Sebenarnya Anda Bekerja Dengan Syaitan”- Sakinah Dulu ‘Adore’ Dengan Tareq Fit

by Phic ARMAN
May 6, 2026

Pelakon sensasi Sharifah Sakinah sekali lagi mencuri perhatian apabila tampil bersuara mengenai pempengaruh kecergasan Tareq Fit yang kebelakangan ini sering...

Read moreDetails
Foto - @tareqfit91 (IG) / @w4w4_zainal (IG)
Lokal

Tareq Fit Tegur Aeril Zafrel- “Jangan Jadi Dayus, Tak Rasa Cemburu Ke?”

by Nurul A.
March 31, 2026

Kali ini pempengaruh kecergasan, Tareq Fit kembali mencuri perhatian apabila membuat hantaran berbentuk teguran kepada pelakon dan usahawan Aeril Zafrel....

Read moreDetails
Spotlight

Fauziah Nawi Cabar Diri Jadi Penagih Dadah, Sampai Pengarah Tegur Sebab ‘Lalok’

by Phic ARMAN
March 18, 2026

Kalau sebut nama Fauziah Nawi, memang tak perlu diperkenalkan lagi. Aktres senior ini sudah lama membina nama dengan lakonan penuh...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKad Baharu Bakal Lancar Jun Ini Lebih Canggih & Selamat Tapi Tak Semua Perlu Tukar, Ini Fakta Sebenar

  2. 2

    Rahsia Lantai Bersih Orang India ‘Level Cermin’ Trending Di Threads, Rupanya Ini Rahsia Sebenar!

  3. 3

    Dah Pesan Baik-Baik, Tapi Sampai Hancur, Luahan Peniaga Kecil Tentang Tanggungjawab Rider

  4. 4

    BKJ 2026 Fasa 4 Umum Minggu Ini. Ini Senarai Penuh 24 Inisiatif Bantuan Johor

  5. 5

    Badrul Hisham Dari JPN Jelaskan Kenapa Kongsi MyKad Untuk Isi Minyak Boleh Bawa Padah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara