• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Hidangan Berwarna-Warni”- Kenangan Masakkan Arwah Isteri Masih Menyentuh Hati Ridzokumura

by Puteri Alia
March 20, 2025
Share on Facebook

Hampir sebulan setelah pemergian isteri tercinta, Allahyarham Akiko Okumura, usahawan dan pempengaruh media sosial Ridzuan Ridzokumura masih merindui kenangan bersama arwah, terutamanya hidangan yang selalu disediakan oleh wanita tersebut. Dalam perkongsiannya di TikTok, Ridzuan meluahkan rasa kehilangan yang mendalam, menceritakan bagaimana Akiko tidak pernah meminta bantuannya dalam urusan rumah tangga.

“Tiada lagi hidangan berwarna-warni seperti ini untuk saya dan Sky. Arwah tak bagi saya tolong apa yang dia nak buat, dia suka buat sendiri. Sampaikan pinggang, mangkuk pun dia tak bagi saya cuci. Kalau saya buat juga, dia akan cuci balik,” ungkapnya.

Kenangan tersebut menunjukkan betapa arwah Akiko adalah seorang wanita yang sangat berdedikasi terhadap tugasnya sebagai seorang isteri dan ibu, tidak pernah mahu membebankan suaminya dengan kerja rumah. Ridzuan juga menyatakan bahawa walaupun mereka mengupah pembantu rumah, Akiko tetap menjalankan kebanyakan kerja rumah dengan tangannya sendiri.

“Pembantu rumah pun dia tidak mahu kecuali pada setiap hari Jumaat, itu pun hanya empat jam sahaja. Sebelum pembantu rumah datang pun dia akan pastikan rumah bersih. Pembantu cuma mop, sapu dan lap-lap cermin serta seterika baju. Selebihnya semua arwah yang buat,” katanya dengan penuh penghargaan.

Bukan sahaja menjaga kebersihan rumah, tetapi Akiko juga sangat prihatin terhadap pembantu rumah yang mereka upah, selalu memastikan mereka diberi makan dan minum sebelum memulakan kerja mereka. “Mulia sungguh hati arwah. Sebelum pembantu datang, dia akan sediakan makan dan minum untuk pembantu,” jelas Ridzuan.

Kebaikan hati Akiko jelas terlihat dalam setiap tindakan yang dilakukan sepanjang kehidupannya. Tidak hanya Ridzuan, malah netizen yang menonton perkongsian tersebut turut terkesan dengan pemergian Akiko. Ramai yang memuji sifat murni wanita Jepun itu, mendoakan agar Allah menempatkan Akiko di tempat yang tinggi di syurga. “Hebat dan sempurna arwah isteri awak, jannah tertinggilah tempat dia.

Saya suri rumah, masak saja dah penat apatah lagi nak susun makanan cantik-cantik,” komen seorang pengikut, manakala seorang lagi berkata, “Sedih tengok video ini, kami pun rindu Akiko lagi-lagi bulan Ramadan awak selalu siaran langsung kejut Sky dan tunjuk makanan arwah isteri.”

Akiko, yang berusia 51 tahun, meninggal dunia pada 28 Februari lalu di kediaman mereka di Subang Jaya, Selangor. Kejadian tragis itu berlaku tanpa sebarang petunjuk awal dan pada awalnya, pihak polis mengesahkan bahawa arwah terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium. Namun, siasatan selanjutnya mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian tersebut.

Ridzuan dan Akiko berkahwin pada tahun 2009 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Sky Taizo Okumura, yang kini berusia sekitar 12 tahun. Pemergian Akiko meninggalkan kenangan manis yang tidak akan dilupakan oleh Ridzuan dan anaknya, serta ramai yang mengenali wanita itu melalui media sosial.

ridzokumuraRidzuan Ridzokumura
https://lomp.at/kz4q9
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Indah Ruhaila Tayang ‘Babybump’, Umum Hamil Cahaya Mata Sulung!

by Naddy Joe
December 2, 2025

Penyanyi, Indah Ruhaila tampil memberikan kejutan buat rakan selebriti dan peminatnya di media sosial, mengumumkan bahawa dia dan suami bakal...

Read more
Foto - @maiaestiantyreal (IG)
Indonesia

Elak Jadi Isu Pergaduhan Di Majlis Kahwin El Rumi, Maia Estianty Minta Sediakan…

Penyanyi Maia Estianty tidak mahu sebarang drama pada majlis perkahwinan anak keduanya, El Rumi dan pasangannya, Syifa Hadju. Maia mengakui...

Read more
by Nurul A.
October 30, 2025
Lokal

Farahdhiya Dedah Kejadian Pelik Ketika GV2 Di MBSA-“Sampai 5 Doktor Pergi Jumpa..”

Penyanyi dan pelakon, Farahdhiya berkongsi pengalaman pelik yang dialami ketika menyertai program realiti Gegar Vaganza 2 (GV2) di Majlis Bandaraya...

Read more
by Naddy Joe
October 15, 2025
Musik

Irama Dua Dunia: “Hanya Doa” Satukan Mohderzam & Awang BPR Dalam Satu Nada

Nama Awang BPR bukan asing dalam industri muzik tanah air. Komposer “otai” ini terkenal dengan karya abadi seperti Segalanya Ku...

Read more
by Aphit J.
November 2, 2025
Foto - @jammypants4 / @outroygeous (X)
Bollywood

‘King’ Shah Rukh Khan Tiru Penampilan Brad Pitt Dalam ‘F1: The Movie’?

Peminat Bollywood telah menemui obsesi terbaru mereka iaitu penampilannya berambut perak Shah Rukh Khan daripada filem 'King' yang akan datang. ...

Read more
by Nurul A.
November 13, 2025
Lokal

Erma Fatima Nafi ‘Porn Collector’, Pertahan Pilih Pelakon Transgender Dalam Drama Pondan Itu

Penerbit dan pengarah terkenal, Erma Fatima sekali lagi menjadi perhatian selepas timbul dakwaan kononnya beliau mengambil pelakon lelaki transgender untuk...

Read more
by Puteri Alia
September 19, 2025
Lokal

[VIDEO] Fattah Amin Bersilat Di Majlis Perkahwinannya Raih Perhatian Ramai!

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Fattah Amin yang bersilat semasa di majlis perkahwinannya bagi meraikan peminat peminatnya bersama...

Read more
by Noah Ab
November 3, 2025
Berita

Zizie Izette Mula Terima Hakikat Pemergian Suami-“Saya Pendam Kesedihan Dalam Diam..”

Pelakon, Zizie Izette membuat perkongsian luahan hatinya setelah genap seminggu pemergian suami, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin yang menghembuskan...

Read more
by Naddy Joe
December 12, 2025
Lokal

[VIDEO] Aliff Syukri & Shahida Bersyukur Jadi Pembayar Zakat Perniagaan Tertinggi Di Selangor

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Shahida menitipkan rasa syukur apabila menjadi pembayar zakat perniagaan...

Read more
by Naddy Joe
December 16, 2025
Lokal

[VIDEO] Gelagat Afwa Shopping Mainan Buatkan Netizen Terhibur-“20 Kali Round Dah…”

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Afwa yang mencari mainan yang ingin dibelinya itu, namun yang meraih perhatian netizen...

Read more
by Noah Ab
September 26, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

  2. 2

    Lisa Surihani Kongsi Rasa Kagum Dengan Sarimah Ibrahim-“Terima Kasih Menjadi Inspirasiku..”

  3. 3

    Perodua Traz VS Toyota Yaris Cross: SUV Kembar, Harga Jauh Beza, Mana Sebenarnya Lebih Berbaloi?

  4. 4

    KA Perkenal Sistem Tempahan Rembayung, Pemuda Beri Cadangan Supaya Tidak Ditipu Reseller

  5. 5

    Putera Mateen Kongsi Momen Sukan SEA, ‘Baby Bump’ Puteri Anisha Curi Perhatian!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore