Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

Hidapi Pelbagai Masalah Kesihatan, “Prince of Darkness” Ozzy Osbourne Meninggal Dunia

by Soph Azz
July 29, 2025
Foto - @ozzyosbourne (IG)

Foto - @ozzyosbourne (IG)

Share on Facebook

Peminat di seluruh dunia telah berdukacita dengan berita pemergiaan ikon heavy metal iaitu Ozzy Osbourne. Penyanyi utama kumpulan lagenda Black Sabbath ini telah menghembuskan nafas terakhirnya pada hari Selasa minggu lepas, ketika usianya 76 tahun. 

Beberapa minggu sebelum kematiannya, Ozzy atau lebih dikenali dengan gelaran “Prince of Darkness” sempat mengadakan konsert terakhirnya, “Back To The Beginning”. Konsert terakhir Ozzy itu diadakan di Villa Park, Birmingham, didakwa menjadi persembahan perpisahan yang penuh dengan emosi.

Walaupun hanya mampu beraksi di atas kerusi kerana masalah kesihatan, suara Ozzy dikatakan sangat bertenaga seperti sebelum ini. Konsert ini juga dikatakan sebagai pertemuan semula peminat dengan kumpulan Black Sabbath selepas bertahun-tahun lamanya. 

Hidapi Pelbagai Masalah Kesihatan? 

Untuk pengetahuan kamu, Ozzy telah menghidapi pelbagai masalah kesihatan, termasuklah didiagnosis penyakit Parkinson pada tahun 2020.

View this post on Instagram

A post shared by Ozzy Osbourne (@ozzyosbourne)

Sebelum itu, keadaan kesihatannya sudah menjadi teruk selepas menjalani beberapa pembedahan seperti pembedahan leher (April 2019), tiga pembedahan tulang belakang (September 2023) dan pembedahan tangan selepas alami jangkitan pada ibu jari. 

View this post on Instagram

A post shared by Ozzy Osbourne (@ozzyosbourne)

Kemudian, dia juga disahkan menghidapi jangkitan saluran pernafasan yang teruk. Semasa pulih daripada penyakit itu, Ozzy terjatuh di rumahnya, dan keadaan itu memburukkan lagi kecederaan yang pernah dialaminya sebelum ini dalam kemalangan ATV (2023). 

View this post on Instagram

A post shared by OzzFest (@theozzfest)

Sekadar info, Ozzy Osbourne telah dipecat daripada kumpulan Black Sabbath pada tahun 1979 kerana masalah dadah dan alkohol. Pada masa yang sama, Ozzy turut mempunyai pelbagai masalah peribadi yang menjejaskan kehidupannya, termasuklah perceraian akibat ketagihan, hubungan tegang dengan bapa mentuanya, Don Arden sehingga konflik pengurusan yang berlanjutan selama dua dekad. 

Sepanjang kerjayanya, Ozzy telah mengeluarkan 13 album studio, dan dia telah menjual lebih 100 juta album, kedua-duanya secara solo dan dengan Black Sabbath.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
black sabbathozzy osbourne
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  2. 2

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  3. 3

    Rumah Landed Pun Ada ‘Rules’? Ini Pengajaran Daripada Kes Jenazah Dihalang Masuk Arahsia Residences

  4. 4

    “Tak Perlu Sampai Tampar”- Video Anggota Polis Kejutkan Warga Emas Tidur Cetus Kemarahan Netizen

  5. 5

    Anak Angkat Brad Pitt, Maddox & Zahara Rasmi Gugurkan Nama Keluarga “Pitt”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara