Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan Destinasi

Hong Kong Meriahkan Musim Panas Dengan Festival, Demam Bola Sepak & Ganjaran Percutian Eksklusif

by Nurul A.
June 29, 2026
Foto - Hong Kong Tourism Board

Foto - Hong Kong Tourism Board

18
KONGSIAN
Share on Facebook

Pada musim panas kali ini, Hong Kong mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk merasai kemeriahan bandar ini menerusi kempen Hong Kong Summer Fun.

Daripada perlumbaan bot naga dan sambutan hari jadi panda gergasi, kepada tarikan interaktif, festival bola sepak bertaraf dunia serta pelbagai ganjaran pelancongan eksklusif, pengunjung boleh menikmati pelbagai tawaran istimewa musim panas yang tersedia di seluruh bandar.

Berlangsung sehingga 31 Ogos 2026, kempen ini menghimpunkan pelbagai acara bermusim terbesar Hong Kong bersama tawaran eksklusif untuk tarikan pelancongan, pengangkutan, beli-belah dan makanan.

Sorotan Musim Panas Di Hong Kong

Sama ada anda merancang percutian keluarga, percutian hujung minggu di bandar atau percutian khas berikut antara acara dan tarikan wajib dikunjungi musim ini:

Foto – Hong Kong Tourism Board
  • Sun Life Hong Kong International Dragon Boat Festival (19 Jun – 1 Julai): Raikan edisi ulang tahun ke-50 perlumbaan bot naga ikonik Hong Kong yang menyaksikan lebih 220 pasukan dari seluruh dunia berentap di Victoria Harbour.

Buat pertama kalinya, acara ini menjadi festival selama 13 hari yang menampilkan pengalaman tepi laut yang meriah, termasuk Dragon Boat Food Lane, bengkel budaya, instalasi bertema serta pelbagai lokasi menarik untuk bergambar di sepanjang Avenue of Stars.

  • Pixar Summer Fest (12 Jun – 31 Ogos): Nikmati sambutan bertemakan Pixar yang pertama seumpamanya di Hong Kong Disneyland Resort.
  • Pandastic Summer Birthday Celebration – Let the Fun Begin! (26 Jun – 31 Ogos): Sertai sambutan ulang tahun anak panda gergasi kembar, Jia Jia dan De De, di Ocean Park Hong Kong bersama panda popular lain iaitu Ying Ying, Le Le, An An dan Ke Ke.
Topik Berkaitan WinterFest Hong Kong: Terokai Keajaiban Musim Sejuk Untuk Percutian Akhir Tahun Anda!
Foto – Hong Kong Tourism Board
  • Design Ah! Experience the Wonder of Everyday Design (27 Jun 2026 – 10 Januari 2027): Pameran mesra keluarga yang berlangsung di M+ ini mengubah aktiviti harian seperti makan, berjalan dan duduk menjadi pengalaman interaktif yang menyeronokkan melalui permainan secara langsung, instalasi imersif dan persembahan audiovisual yang menarik. 
  • Bubble Planet Hong Kong (Mulai 29 Jun): Membuat kemunculan sulung di Hong Kong di Kai Tak Cruise Terminal, tarikan imersif yang terkenal di peringkat antarabangsa ini menggabungkan seni digital, ilusi optik, realiti maya dan instalasi multisensori untuk mencipta pengembaraan bertemakan gelembung yang menyeronokkan.
Foto – Hong Kong Tourism Board
  • Hong Kong Football Festival 2026 (31 Julai – 5 Ogos): Peminat bola sepak berpeluang menyaksikan empat gergasi Eropah iaitu Manchester City, FC Internazionale Milano, Chelsea FC dan Juventus yang akan beraksi di Kai Tak Stadium.

Festival ini menampilkan dua perlawanan utama selain sesi latihan terbuka eksklusif oleh Manchester City dan Chelsea, memberikan peluang kepada peminat untuk melihat pasukan kegemaran dengan lebih dekat. 

Berbelanja Lebih Bijak dengan Tawaran Musim Panas

Bagi melengkapkan kemeriahan musim panas, program Summer Deals oleh Hong Kong Tourism Board (HKTB) menawarkan pelbagai penjimatan eksklusif di seluruh Hong Kong.

Dari sekarang hingga 31 Ogos, pelawat yang menempah penginapan hotel terpilih di Hong Kong untuk tempoh perjalanan antara 1 Julai hingga 14 September dengan perbelanjaan minimum HK$1,500 dalam satu transaksi layak menerima “Summer Getaway Pack”, yang menawarkan satu baucar diskaun tarikan pelancongan dan satu baucar diskaun pengangkutan sehingga 50%.

Ganjaran tambahan akan ditawarkan dalam dua fasa pada 15 Jun dan 14 Julai mengikut konsep siapa cepat dia dapat, membolehkan pelancong menikmati lebih banyak pengalaman di Hong Kong dengan kos yang lebih berpatutan.

Foto – Hong Kong Tourism Board

Dari 1 Julai hingga 31 Ogos, pelawat juga boleh menikmati program “Summer Instant Rewards” hasil kerjasama antara HKTB, AlipayHK, Alipay dan Alipay+.

Pelancong boleh menebus ganjaran perbelanjaan segera bernilai sehingga HK$500 dengan mengimbas kod QR khas di premis yang memaparkan tanda penerimaan pembayaran di hampir 100 pusat beli-belah terpilih di seluruh Hong Kong.

Foto – Hong Kong Tourism Board

HKTB turut bekerjasama dengan Quality Tourism Services Association (QTSA) dan Hong Kong Retail Management Association (HKRMA) untuk memperkenalkan pelbagai ganjaran beli-belah dan makanan untuk tempoh terhad di seluruh Hong Kong.

Nikmati promosi beli satu percuma satu untuk sajian makanan serta pelbagai tawaran istimewa bermula serendah HK$1 atau HK$10 di peniaga terpilih.

Untuk maklumat terkini mengenai Hong Kong Summer Fun dan Summer Deals, layari https://www.discoverhongkong.com/eng/events/summer-fun.html.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
4
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
5
Star
Star
3
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
hong konghong kong summer funhong kong tourism board
Share7Tweet5SendShare

KINI TRENDING

Le Méridien Putrajaya
Hotel

Ulang Tahun Ke-10, Le Méridien Putrajaya Tawar Penginapan Terpilih & Pengalaman Kulinari

by Nurul A.
August 20, 2026

Le Méridien Putrajaya menandakan ulang tahun ke-10nya dengan koleksi tawaran penginapan dan santapan terhad dari Ogos hingga September ini. Diinspirasikan...

Read moreDetails
Foto - Tourism Malaysia
Destinasi

6 Destinasi Pantai Timur Yang Berbaloi Diterokai Apabila ECRL Beroperasi

by Nurul A.
June 27, 2026

Ramai rakyat Malaysia sudah lama ingin meneroka Pantai Timur, namun hasrat itu sering tertangguh. Hakikatnya, wilayah ini menyimpan pelbagai tarikan...

Read moreDetails
Foto - Le Méridien Putrajaya
Destinasi

Bukan Sekadar Pusat Pentadbiran Negara, Putrajaya Kini Destinasi Pelancongan Serba Lengkap

by Nurul A.
July 1, 2026

Selain berperanan sebagai pusat pentadbiran, Putrajaya kini memperluaskan daya tarikannya sebagai destinasi pelancongan. Le Méridien Putrajaya, Palm Garden Hotel Putrajaya...

Read moreDetails
Bintan
Destinasi

Satu Pulau, Dua Resort Marriott- Ini Cara Terbaik Untuk Teroka Pulau Bintan

by Nurul A.
July 31, 2026

Bintan telah lama diiktiraf sebagai salah satu destinasi pulau yang paling mudah diakses di Asia Tenggara, semuanya hanya dengan menaiki...

Read moreDetails
Foto - Star Voyager
Destinasi

StarCruises Kembali ke Hong Kong bersama Star Voyager untuk Percutian Pelayaran Musim Luruh

by Nurul A.
July 19, 2026

StarCruises bawa kembali musim percutian pelayaran ke Hong Kong apabila Star Voyager kembali dari 30 September hingga 13 November 2026....

Read moreDetails
Foto - AirAsia MOVE
Destinasi

Penerbangan Ke Tokyo, Seoul & Shanghai Serendah RM77 Menerusi Jualan Mega 7.7 AirAsia MOVE

by Nurul A.
July 6, 2026

Jualan Mega 7.7 AirAsia MOVE kembali dari 6 hingga 10 Julai 2026 dengan pelbagai tawaran hebat bagi tempahan penerbangan, hotel,...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kisah Cinta Lama Izzana Salleh & Adam Radlan Jadi Perhatian- “Mereka Sangat Low Profile”

  2. 2

    Ulang Tahun Ke-10, Le Méridien Putrajaya Tawar Penginapan Terpilih & Pengalaman Kulinari

  3. 3

    Roller Coaster Tersangkut, Pengunjung Kongsi Detik Cemas Di Taman Tema Popular Subang Jaya

  4. 4

    Bukan Tipu! 7 Filem Hollywood Ini Lakukan Adegan Seks Yang Nyata

  5. 5

    Isu Permohonan Cerai: Mengapa Netizen Anggap ‘Karma” Buat Hanez?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara