Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

HONOR Buktikan Kehebatan Kamera Magic8 Pro & Ini Hasilnya

by Phic ARMAN
November 6, 2025
Share on Facebook

HONOR baru-baru ini berkongsi hasil tangkapan foto dari kamera telefoto malam ultra 200MP milik Magic8 Pro, dan ternyata ramai yang terpegun dengan kejelasan serta butiran yang dihasilkan  terutama dalam suasana malam.

Telefon pintar ini dilengkapi sensor telefoto 200MP terbesar dalam industri, bersama saiz sensor 1/1.4-inci dan bukaan f/2.6 yang luas. Gabungan ini membolehkan lensa menangkap lebih banyak cahaya walaupun dari jarak jauh, menjadikan hasilnya tetap tajam dan jelas walau dalam keadaan gelap.

Menariknya, kamera ini turut disokong dengan penstabil imej optik (OIS) CIPA Tahap-5.5, antara yang paling stabil dalam kelasnya. Jadi, walaupun tangan sedikit bergegar atau cuba zum hingga 10x malah 100x, gambar tetap kelihatan kukuh tanpa kabur. Dari panorama bandar malam sampai ke langit bermandikan cahaya bulan, setiap tangkapan nampak seperti diambil dengan kamera profesional.

Bukan setakat telefoto saja, HONOR Magic8 Pro juga cukup menyerlah dalam menghasilkan potret malam. Dengan kamera utama 50MP (f/1.6) dan sokongan OIS, sistem AI di dalamnya mampu kawal pencahayaan secara pintar untuk hasilkan tona kulit yang semula jadi dan lembut. Efek bokeh pun nampak kemas, bukan kabur semata.

Apa yang buat ramai kagum, walaupun gambar diambil dari jarak jauh dalam suasana bercahaya malap, hasilnya tetap terang, berwarna hidup dan realistik macam diambil guna kamera DSLR.

Secara keseluruhan, siri gambar yang dikongsi HONOR ini tunjukkan betapa seriusnya jenama itu dalam memperkukuh kemampuan kamera telefon pintar. Magic8 Pro nampak bukan sekadar telefon, tapi satu alat rakaman yang mampu tangkap keindahan malam dengan cara yang lebih segar dan jujur.

Debaran semakin memuncak dan HONOR akan mendedahkan lebih banyak lagi maklumat tentang Magic8 Pro pada 10 November ini. Nantikan kehebatan pengimejan dan reka bentuk premium peranti tersebut.

Boleh Lawan iPhone? Harga HONOR Magic8 Pro Diumumkan, Ini Antara Reaksi Netizen

Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Magic8 Pro, sila kunjungi laman sesawang rasmi HONOR Malaysia di www.honor.com/my/.

HONOR
https://lomp.at/dje8v
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Bahang JAECOO J5 Makin Terasa, Tawar Pakej Early Bird RM8,888

by Phic ARMAN
February 7, 2026

Dengan hanya beberapa minggu sahaja lagi sebelum pelancaran rasmi, kehadiran JAECOO J5 kini semakin menghampiri detik pentingnya. MURAI melihat OMODA...

Read moreDetails
Korporat

Ramai Terkejut! ShopeePay Kini Miliki Limit Tertinggi RM30,000

by Phic ARMAN
January 25, 2026

MURAI baru sahaja menerima satu berita yang cukup menggembirakan buat geng pengguna tegar ShopeePay. Platform dompet digital itu kini meningkatkan...

Read moreDetails
LifeXplore

ShopeePay Money+ Baru Dilancarkan: 5 Perkara Penting Sebelum Anda Mahu Melabur

by Phic ARMAN
January 27, 2026

ShopeePay baru saja melancarkan Money+, ciri pelaburan baharu yang membolehkan pengguna mula melabur dengan serendah RM10 sambil menikmati pulangan harian....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara