Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Hospital Sahkan Eina Azman Terima Suntikan Awal Vaksin Kerana Berisiko Tinggi

Nama mereka disenaraikan atas saranan doktor pakar

by Khai Azfar
May 27, 2021
Share on Facebook

Hampir setiap minggu, ada sahaja golongan selebriti yang terpalit dengan isu rentas negeri. Terbaharu, pelakon dan pengacara Datin Paduka Eina Azman dan suaminya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah didakwa telah merentas negeri untuk menerima suntikan vaksin di sebuah hospital di Ipoh.

Rentas Negeri & Potong ‘Q’?

Isu tersebut menjadi tular selepas Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman berkongsi hantaran memberitahu dia sudah divaksin sekaligus mencetus persoalan dikalangan netizen yang mendakwa seleriti ini memotong giliran pengambilan vaksin.

“Alhamdulillah, hari ini (semalam) saya dan suami sudah cucuk dos pertama vaksin. Tak sakit pun. Dua jam sebelum dicucuk Eina makan panadol dulu.

“Untuk Eina, pening kepala sikit selepas suntikan. Tapi sekejap sahaja lepas tidur sebentar, rasa okey.

“Tak tahu kenapa rasa lapar berganda nak makan sahaja. Tapi nak tanya, normal ke kalau muka jadi ‘bloated?’ Sebab muka Eina jadi bulat sangat lepas suntikan vaksin. Saya rasa lain orang, lain kesan sampingannya tapi Alhamdulillah segalanya berjalan lancar,” tulis Eina.

Hospital Sahkan Eina Terima Vaksin

Susulan daripada itu, Eina memadam hantaran tersebut namun berjaya ditangkap layar (screenshot) oleh netizen.Rata-rata daripada mereka meluahkan rasa kecewa apabila terjadinya isu tersebut. Malah mereka turut meminta pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dengan lebih lanjut.

Terbaharu, menerusi carian Murai.my, hospital yang dimaksudkan telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai dakwaan kononnya pasangan ini telah memotong barisan menerima vaksin.

Memetik kenyataan pengarah hospital itu, mereka menafikan bahawa Eina dan suami telah memotong barisan. Sebaliknya, nama mereka disenaraikan atas saranan doktor pakar kerana mereka tergolong dalam golongan yang berisiko tinggi.

Netizen Kutuk Wajah Suami, Ini Respons Eina Azman- "Saya Geram!"

Bagaimanapun, kenyataan tersebut turut menjadi pertikaian netizen memandangkan Eina masih muda selain mahukan penjelasan lebih tepat mengenai penyakit yang dialaminya.

datin paduka eina azmaneina azman pfizerEina Azman rentas negeri
https://lomp.at/b966w
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    “Naik Kereta Ni Tak Terasa Seperti Bruce Wayne, Tapi Rasa Macam Putera Mateen”-Ujar Alif Satar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara