Siapa sangka, di sebalik topeng Rafflesia, peserta The Masked Singer Malaysia itu sebenarnya merupakan selebriti popular Datin Paduka Eina Azman.

Ramai Terkejut

Minggu separuh akhir yang penuh dengan debaran itu membuatkan ramai terkejut dengan figura itu yang sememangnya mempunya bakat dalam bidang nyanyian. Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahinya yang mendendangkan lagu mash-up ‘I Will Survive & Survivor’ nyanyian asal Gloria Gaynor dan Destiny’s Child itu apabila diumumkan tersingkir sekaligus gagal mara ke pusingan akhir.

IKLAN

Ingin Cuba Perkara Baharu

Menurut Eina, dia sememangnya telah nekad untuk keluar dari zon selesa pada tahun ini dan ingin mencuba perkara yang baharu.

“Semasa awal-awal terima tawaran, saya tidak tahu tentang program ini kerana tidak pernah menyaksikannya. Tetapi selepas saya membuat research, saya berfikir, ‘Wow, something different!’”

“Saya bukan seorang penyanyi, tidak pandai menari serta tidak pernah membuat persembahan depan ramai orang. Selepas saya bercakap dengan suami, dia kata, kalau rasa berani dan nak cabar diri, ‘go for it’”

“Saya berjaya keluar dari zon selesa dengan menjadi seorang Rafflesia. Saya pun tidak sangka langsung boleh sampai ke separuh akhir, ingatkan minggu kedua dah tersingkir!” kata Eina dalam edaran pada pihak media.

Pada minggu hadapan, lima identiti di sebalik topeng Orang Utan, Rajah Brooke, Wau, Enggang dan Bunga Raya akan didedahkan dan seorang daripada merka akan bergelar juara bagi musim pertama. Antara nama-nama yang disebut di sebalik topeng itu adalah Aina Abdul, Tuju K-Clique, Vince dan Datin Alyah.

Program The Masked Singer Malaysia yang berlangsung dari Royal Theater Shah Alam ini dinilai 100% oleh juri-juri tetap Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Nabila Huda, Ramona Zam Zam, dan Angah.