Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

“Ia Seperti Dakwah Kecil Saya”- Ella Dilantik Sebagai Duta Sabella

by Phic ARMAN
March 16, 2020
Share on Facebook

Hebat betul penangan ratu rock Malaysia, Ella yang kini nampaknya jadi rebutan pula untuk menjadi duta produk. Terbaru, Ella dilantik sebagai duta pertama jenama pakaian Muslimah nombor satu tanpa gosok, Sabella.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Sabella, Mohd Sufian Sulaiman, dia berkata pemilihan Ella seiring dengan penyanyi itu yang masih relevan hingga kini biarpun sudah lebih tiga dekad mewarnai pentas seni.

“Jenama Sabella juga mahu menjadi pilihan yang relevan sampai bila bila seperti Ella. Kelompok peminat Ella sendiri bukan hanya daripada golongan dewasa, malah generasi muda turut mengaguminya,”- katanya

Sulaiman menambah, mereka berpendapat pemilihan Ella sebagai duta boleh menjadi pembakar semangat serta membantu rakyat Malaysia khususnya wanita untuk memakai pakaian Muslimah yang berkualiti dan berpatutan serta mampu melahirkan jutawan menjana pendapatan sekurang-kurangnya 60 orang jutawan pada masa akan datang.

Ella Menghiasi Billboard

Sebagai Duta Sabella, wajah Ella akan muncul dalam beberapa kempen promosi termasuk pada Hari Raya akan datang. Sulaiman berkata, mereka dalam perancangan untuk meletakkan Ella menghiasi billboard Sabella dengan lokasi yang strategik pada masa akan datang.

Anggap Seperti Dakwah Kecil

Ella atau nama sebenar Nor Zila Aminuddin, 53, sendiri yang ditemui pada sidang media Sabella x Ella di The Love @ Matic, KL berkata pemilihannya sebagai duta seperti dakwah kecil buat dirinya di mana dia dapat menggalakkan para wanita untuk berpakaian menutup aurat.

“Pemilihan sebagai duta umpama dakwah kecil saya dan jenama ini dalam menggalakkan wanita berpakaian menutup aurat”- katanya.

Ella menambah, dia akui kebanyakkan rekaan baju yang dikeluarkan oleh Sabella sangat cantik dan kemas, selain mampu dibeli buat semua golongan termasuk pelajar universiti. Pendek kata sesuai untuk semua peringkat usia.

Ella Sabella
https://lomp.at/mhqpb
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Fesyen

Koleksi Raya Malabar Gold & Diamonds: Inspirasi 14 Negara Yang Buatkan Anda Jatuh Hati

by Phic ARMAN
January 26, 2026

Raya tahun ni, MURAI telahpun tengok sendiri koleksi Hari Raya 2026 Malabar Gold & Diamonds, memang tak boleh pandang sebelah...

Read moreDetails
Fesyen

“Boleh Kreatif Tapi Jangan Rosakkan Identiti Baju Melayu”- Zac Daniel, Model

by Phic ARMAN
January 29, 2026

Zac Daniel bukanlah nama asing dalam dunia fesyen dan peragaan. Dengan lebih 5 tahun pengalaman menapak di pentas fesyen tempatan,...

Read moreDetails
Fesyen

[VIDEO] Syed Saddiq Bercakap Pasal Isu Kad Jemputan Kahwin & Persiapan Raya

by Phic ARMAN
January 29, 2026

Baru-baru ini, tular satu video yang menunjukkan Syed Saddiq dipercayai menyerahkan kad jemputan, dan terus mencetuskan pelbagai spekulasi netizen tentang...

Read moreDetails
Foto - UNIQLO
Fesyen

Raya Bersama UNIQLO dengan Rekaan Sulaman Eksklusif Azreen Chan

by Nurul A.
March 8, 2026

Peruncit pakaian global UNIQLO memperkenalkan koleksi sulaman Raya edisi terhad dengan kerjasama ilustrator tempatan yang sedang meningkat naik, Azreen Chan....

Read moreDetails
Fesyen

Baju Kebaya To’ Puan Syamim Farid Curi Perhatian, Pereka Fesyen Bukan Biasa-biasa

by Phic ARMAN
February 2, 2026

Kalau anda  ikut perkembangan fesyen tempatan, pasti perasan To’ Puan Syamim Farid muncul dengan aura tersendiri dalam koleksi Baju Kebaya...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  2. 2

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  3. 3

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara