• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan Hotel

ibis Perth: Lokasi Strategik, Hotel Bajet Paling Best Di Tengah Bandar Perth, Australia

by Phic ARMAN
September 11, 2025
Share on Facebook

Bila MURAI diberitahu akan menginap di ibis Perth untuk trip 5 hari 4 malam untuk FAM Trip,  AirAsia X ibis Perth, jujurnya kami tak letak harapan tinggi. Dalam hati siap berbisik, “janji ada katil empuk, sudah.” Tapi sebaik saja menjejak kaki, persepsi terus berubah, rupa-rupanya hotel bajet ni boleh buat rasa macam tinggal di butik hotel mewah.

Sebelum berangkat ke Perth lagi, Vichi dari AirAsia, yang juga bertanggungjawab membawa rombongan media dan KOL untuk trip ini, dah siap-siap pesan yang hotel ini memang mengalu-alukan kedatangan kami. Katanya, “Jangan risau, Ibis Perth ini lain daripada yang korang bayangkan.” Betul lah kata Vichi, dari saat kami melangkah masuk, layanan mesra staf sampai vibe lobi yang cosy memang buat rasa dialu-alukan. Terima kasih Vichi, kalau bukan sebab briefing awal itu mungkin kami datang dengan ekspektasi yang terlalu rendah!

Check-In Cepat, Tak Sempat Nak Duduk Pun

Kami sampai sahaja di lobi, terus disambut staf yang senyum manis sampai terasa macam tetamu VIP. Urusan check-in? Sepantas kilat, tak sempat pun nak duduk-duduk. Malas nak beratur? Ada kiosk self check-in, tekan-tekan skrin, kunci bilik terus keluar. Rasa macam main game tapi hadiah dia bilik tidur!

Lokasi Yang ‘Power’, Macam Bukit Bintang Perth

ibis Perth ini betul-betul terletak di Murray Street, Perth CBD, kawasan paling happening. Bayangkan keluar pintu hotel terus nampak butik Rolex, Dior, LV dan sederet kafe hipster. Nak cari kebab? Selang dua pintu sahaja.

Nak beli barang runcit? Jalan tiga langkah pun dah sampai. Paling best, Forest Chase, pusat beli-belah dan spot lepak ikonik Perth hanya 5 minit jalan kaki! Memang sesuai untuk kaki shopping dan kaki jalan yang malas naik teksi.

Misteri Kepala Medusa Mengiring 'Disembunyikan' Di Bawah Hagia Sophia Selama 1,500 Tahun

Bilik Simple Tapi Sedap Mata Pandang

Walau nama “bajet”, bilik dia memang padu. Ada meja kerja untuk yang nak buka laptop, TV yang tak buat hal, dan bilik air compact tapi cukup selesa untuk dua orang. Kalau datang satu rombongan keluarga besar, mungkin kena book lebih dari satu bilik, tapi untuk couple atau solo traveller…perfect. Paling best, bau hotel ini wangi fresh, rasa macam baru buka dari kotak setiap kali balik bilik.

Chelsea Social: Tempat ‘Healing’ Dalam Hotel

Lapar tengah malam atau nak lepak ala-ala London? Terus turun ke Chelsea Social, kafe yang penuh warna ceria dan buka dari 6:30 pagi sampai lewat malam. Menu dia mix klasik UK dengan twist moden, daripada hearty breakfast sampai signature cocktails. Hari Jumaat ada breakfast rave dengan DJ live. Bayangkan makan croissant sambil kaki tergerak ikut beat lagu, Perth vibes betul!

Kenalan Baru Yang Buat Stay Lagi Seronok

Kalau kalian bertuah, mungkin dapat jumpa Mr Zach Leach, Director of Sales & Marketing ibis Styles East Perth. Dia ni jenis ramah tak kira siapa, siap boleh ingat nama tetamu. Jangan terkejut kalau tiba-tiba dia jerit nama kalian dari jauh ajak minum kopi.

Vibes ibis Yang Konsisten Di Seluruh Dunia

Satu benda menarik tentang jenama ibis, kalau kalian pernah menginap di mana-mana ibis hotel di mana-mana negara, Paris, Tokyo, Jakarta atau Kuala Lumpur, kalian akan rasa vibes yang lebih kurang sama. Dari cara sambutan mesra, kebersihan bilik, hinggalah bau wangi lobi, semua ada “signature” ibis. Jadi bila sampai di Perth, rasa macam balik ke rumah kedua yang familiar walaupun berada ribuan kilometer dari Malaysia.

Plot Twist Lebih 11 Jam Dalam AirAsiaX Menuju Istanbul: Tiket Murah Tapi Apa Yang Tak Kena?

Nak rasa sendiri pengalaman Ibis Perth? Senang je…

Laman Web Rasmi Accor/Ibis – Pergi ke all.accor.com dan cari Ibis Perth Murray Street. Pilih tarikh, bilik, dan terus bayar online.  Boleh juga guna Agoda, Booking.com, atau Expedia untuk banding harga dan dapat promo. Book awal, especially musim cuti sekolah atau bila ada event besar kat Perth, cepat penuh!

Bajet Tapi Layanan Sangat Istimewa

Selepas 5 hari 4 malam, kami boleh kata ibis Perth memang pakej lengkap, lokasi tip top, 5 minit je ke Forest Chase, servis mesra, bilik selesa, dan kafe yang rasa nak datang hari-hari. Kalau ke Perth dan nak hotel bajet yang rasa macam high-end, Ibis Perth wajib masuk list.

Jangan pelik kalau korang balik Malaysia nanti rindu nak tekan kiosk check-in tu lagi.

airasiaforest chaseibis perthperth
https://lomp.at/pxwje
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Suami Arwah Nadia Kesuma Buka Cerita Sebenar Isu Video “Rebah di Airport”- “Kami Sekeluarga Kecewa”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak kehilangan mengejutkan arwah Nadia Kesuma pada 15 Januari lalu, banyak spekulasi dan maklumat tidak tepat mula tersebar di media...

Read moreDetails
Foto - @schaalyahya (IG)
Lokal

Scha Alyahya Pentingkan Batas Pergaulan, Tegas Mahu Elak Anak Terlalu Bebas

by Nurul A.
January 20, 2026

Pelakon dan usahawan jelita, Scha Alyahya menjadi perhatian ramai selepas tampil berkongsi secara terbukanya mengenai kepentingan menjaga batas pergaulan dan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Azmin Ali Titip Ucapan Manis Buat Anak Lelaki, Kini Suami Kepada Cucu Bekas PM

by Phic ARMAN
January 27, 2026

Malam penuh berseri dan sarat emosi. Itulah suasana yang mengiringi Majlis Resepsi pasangan mempelai, Sara Sabrina dan Mohamed Yusuf Al...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

  2. 2

    Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

  3. 3

    Suami Arwah Nadia Kesuma Buka Cerita Sebenar Isu Video “Rebah di Airport”- “Kami Sekeluarga Kecewa”

  4. 4

    Scha Alyahya Pentingkan Batas Pergaulan, Tegas Mahu Elak Anak Terlalu Bebas

  5. 5

    Azmin Ali Titip Ucapan Manis Buat Anak Lelaki, Kini Suami Kepada Cucu Bekas PM

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore