Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

Ibu Baru Bersalin Sensitif Orang Tanya Normal Ke Czer,- “Nanti Kata Meninggal Tak Syahid”

by Phic ARMAN
April 15, 2026
Share on Facebook

Seorang ibu baru-baru ini meluahkan rasa tidak puas hati di Threads apabila mendakwa pelawat yang datang melawat selepas bersalin terlalu kerap bertanya soalan sensitif berkaitan kaedah kelahiran. Antara yang menjadi isu ialah soalan “Normal ke Czer?”, yang menurutnya tidak wajar diajukan kerana bukan semua orang selesa berkongsi perkara tersebut.

“Kalau melawat orang bersalin boleh tak stop tanya NORMAL ke CEASER ?? kau bukan doktor pakar,” luahnya tegas, seakan-akan menggambarkan rasa penat dengan soalan berulang yang dianggap terlalu peribadi.

Luahan itu pada awalnya dilihat mendapat sokongan ramai, dengan ramai menyangka ia akan menerima ratusan tanda suka di media sosial kerana menyentuh isu privasi ibu selepas melahirkan. Namun, reaksi di ruangan komen ternyata lebih pelbagai dan mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen.

Sebahagian pengguna media sosial bersetuju bahawa pelawat perlu lebih sensitif dan memahami keadaan ibu yang baru bersalin. Ada yang menasihati supaya tidak terlalu “sensitif” dengan soalan biasa atau small talk.

“Small talks sis. U kalau rasa sensitif, masih belum stabil jangan terima guest dulu. Dah kuat, dah habis pantang nanti baru terima guest. For now tutup rumah,” komen seorang pengguna, yang turut mendapat perhatian ramai.

Namun begitu, ada juga yang mempersoalkan kenapa soalan tersebut perlu dianggap keterlaluan.

“Kenapa eh rasa sensitif? Saya tau ada orang sensitif, cuma nak tau kenapa? Saya czer 4, tapi tak kisah orang tanya. Dan tak overthink apa tujuan dorang tanya.. relaks je la,” balas seorang netizen, menunjukkan bahawa persepsi setiap orang terhadap soalan itu berbeza.

Dalam masa sama, ibu tersebut turut berkongsi pengalaman lain yang lebih mengecewakan apabila ada individu mengaitkan isu kelahiran dengan konsep syahid. Katanya, ada yang menyatakan bahawa pembedahan caesar tidak dianggap syahid kerana “ambil jalan mudah”.

“Dah jawab ceaser di katanya kalau ceaser ni meninggal tak syahid sbb ambik jalan mudah… belajar mana laa makcik oiii, dengar je ceaser terus kondem macam terpaling sempurna,” luahnya lagi.

Perkara itu turut dibalas oleh netizen lain yang menegaskan bahawa pandangan tersebut tidak tepat dan tidak wajar dijadikan bahan perbandingan. Malah ada yang menasihati supaya tidak mudah terpengaruh dengan komen negatif, selain mengingatkan bahawa setiap proses kelahiran adalah satu pengorbanan besar.

“You dah dpt byk pahala sis, perut u kena belah tau! Apa yg tak syahidnya dgn dah bawa baby 9 bulan dlm perut. Acik tu free2 kasi pahala dia kat you. Jgn dengar ckp acik toksik tu. datang dalil mana kata czer tak syahid,” tulis seorang pengguna lain memberi sokongan.

Isu ini akhirnya membuka perbincangan lebih luas dalam kalangan netizen tentang adab melawat ibu bersalin, sensitiviti soal kesihatan peribadi, serta cara masyarakat memberi komen di media sosial.

Walaupun sekadar “small talk” bagi sesetengah orang, bagi yang sedang berpantang, kata-kata tertentu boleh memberi kesan emosi yang tidak dijangka.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Caesar
Share4Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Kemalangan
Sosial Buzz

[VIDEO] Sempat Rakam Celoteh Anak Sebelum Kemalangan, Ibu Tak Sangka Jadi Kenyataan

by Nurul A.
October 8, 2026

Di platform TikTok, tular sebuah video mengenai seorang kanak-kanak perempuan yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Salatiga, Jawa...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Jahatnya Kau…”- Netizen Pertahan Rider Dipersoal Guna Beg Syarikat Lain

by Phic ARMAN
October 1, 2026

Pernah tak anda order makanan melalui satu aplikasi, tetapi yang sampai depan rumah ialah rider dengan beg daripada syarikat penghantaran...

Read moreDetails
Sosial Buzz

VIDEO Gelagat Anak Kecil Dikir Barat Curi Perhatian PMX, Ramai Teruja Lihat Komen Anwar Ibrahim

by Phic ARMAN
November 4, 2026

Kadang-kadang, perkara kecil yang muncul di media sosial boleh mencuri perhatian ramai. Lebih menarik apabila aksi spontan seorang kanak-kanak bukan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Ramai Kagum Lihat Nadia Nasimuddin Urus Keluarga & Perniagaan, Rupanya Ini Amalannya…

by Phic ARMAN
November 13, 2026

Sebagai seorang ibu, usahawan dan pengarah syarikat konglomerat, kehidupan Nur Nadia SM Nasimuddin pastinya menuntut komitmen yang bukan sedikit. Namun,...

Read moreDetails
Sosial Buzz

[VIDEO] Rakyat Malaysia Puji Founder Oriental Kopi Tangani Isu Menu Dalam Bahasa Melayu

by Phic ARMAN
October 15, 2026

Isu penggunaan Bahasa Melayu dalam menu restoran bukan perkara baharu. Namun, cara sesebuah jenama menangani teguran pelanggan boleh menentukan bagaimana...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Saya India, Ini Permintaan Yang Adil”- Netizen Puji Lelaki Tegur Bunyi Bising Kuil Di Sentul

by Phic ARMAN
September 21, 2026

Bila tinggal di kawasan perumahan, isu bunyi bising memang boleh jadi perkara sensitif. Lagi-lagi kalau bunyi tersebut berlarutan sehingga lewat...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Uyaina Arshad Baru Sedar Kenapa Threads Dilabel Toksik, Ini Buktinya…

by Phic ARMAN
October 28, 2026

Uyaina Arshad yang tampil mempersoalkan satu budaya di platform berkenaan yang menurutnya semakin dinormalisasikan. Media sosial sepatutnya menjadi ruang untuk...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Lepas Tanam Baru Maklum”- Ahmad Fedri Yahya Tegur Kenyataan Netizen Tentang Kematian Suami

by Phic ARMAN
October 14, 2026

Kehilangan insan tersayang bukan sesuatu yang mudah untuk dihadapi. Namun, dalam keadaan berduka, kehadiran keluarga dan sahabat handai juga boleh...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Saya Pun Tak Buka Aib Awak”- Pekerja Bekas Suami Syida Melvin Nekad Buat Laporan Polis

by Phic ARMAN
November 11, 2026

Isu pergaduhan rumah tangga Syida Melvin dan bekas suaminya, Syafiq Saheen, nampaknya semakin panas apabila individu yang tidak mempunyai kaitan...

Read moreDetails
Insentif

9 Bantuan & Insentif Kerajaan Minggu Ini, Ada Laptop Percuma & Baucar RM1,200!

by Phic ARMAN
November 17, 2026

Bukan semua insentif kerajaan datang dalam bentuk wang tunai. Ada yang menawarkan subsidi pengangkutan, komputer riba percuma, geran perniagaan malah...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Pun Tak Buka Aib Awak”- Pekerja Bekas Suami Syida Melvin Nekad Buat Laporan Polis

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    3 Masjid Pilihan Gen Z Untuk Berbuka & Moreh Di Lembah Klang, Seni Bina Cantik, Juadah Pun Menarik

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara