Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

Ibu Zara Nafi Cerita Anak Dimasukkan Dalam Mesin Basuh-“Jadi, Angkara Siapa Sebenarnya?”

by Puteri Alia
August 6, 2025
Share on Facebook

Peguam yang mewakili keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir tampil menafikan dakwaan tular di media sosial yang mendakwa pelajar berusia 13 tahun itu dimasukkan ke dalam mesin basuh sebelum menemui ajal. Menurut kenyataan bersama oleh dua peguam terlibat, Hamid Ismail dan Shahlan Jufri, video seorang wanita yang membuat dakwaan tersebut disifatkan sebagai satu spekulasi tidak berasas.

Kedua-dua peguam turut menegaskan bahawa ibu kepada Zara, Noraidah Lamat, tidak pernah memberikan sebarang maklumat berkaitan dakwaan tersebut kepada sesiapa pun. Mereka menyeru wanita dalam video tular itu agar tampil menyalurkan maklumat tersebut kepada pihak polis sekiranya ia benar, bagi membantu siasatan secara sah dan telus.

Penularan video tersebut bukan sahaja mengejutkan masyarakat, malah memburukkan lagi keadaan apabila disusuli dengan penyebaran gambar dan kronologi kononnya melibatkan waktu sebenar Zara dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 1. Menurut peguam, maklumat tersebut tidak datang daripada keluarga mangsa dan sekali lagi ditegaskan sebagai rekaan spekulatif.

Kenyataan itu juga menyorot kepada beberapa kesalahan jenayah yang kini berlegar dalam media sosial melibatkan penyebaran gambar pelajar sekolah beserta tuduhan negatif terhadap mereka. Perkara tersebut jelas melanggar Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 serta Seksyen 211 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Tambahan pula, tindakan menyebarkan senarai nama pelajar sekolah yang dikaitkan dengan kes ini beserta maklumat peribadi mereka juga merupakan satu jenayah di bawah Seksyen 130 Akta Perlindungan Peribadi 2010 dan Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Topik Berkaitan Bedah Siasat Zara Qairina Sahkan Kecederaan Otak Teruk Akibat Jatuh

Keluarga Allahyarhamah melalui peguam mereka turut memohon agar semua penyebaran video, gambar dan spekulasi yang tidak sahih itu dihentikan segera. Mereka menzahirkan harapan agar individu yang telah berkongsi kandungan tersebut segera memadamkannya demi menjaga emosi dan perasaan keluarga mangsa yang masih berduka.

Peguam juga menegaskan bahawa tekanan yang berpunca daripada spekulasi liar hanya akan menambah kesedihan kepada keluarga Zara yang masih dalam keadaan trauma. Mereka menyeru kepada sesiapa yang benar-benar mempunyai maklumat berkaitan kes ini untuk tampil ke hadapan dan menyalurkan maklumat tersebut secara rasmi kepada pihak berkuasa.

Dakwaan mengenai penggunaan mesin basuh untuk menghapuskan bukti seperti cap jari dan DNA terus menjadi bualan hangat di media sosial sejak beberapa hari lalu, meskipun sehingga kini tiada sebarang pengesahan daripada pihak polis atau mana-mana agensi berkaitan mengenai unsur tersebut dalam siasatan.

Ketika orang ramai menuntut keadilan dan pendedahan kebenaran mengenai nasib tragis yang menimpa Zara Qairina, peguam keluarga berharap masyarakat lebih bertanggungjawab dalam menyampaikan maklumat dan tidak menambahkan kekeliruan serta tekanan kepada keluarga mangsa melalui penyebaran cerita yang tidak sahih.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Zara Qairina
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Update

Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

by Phic ARMAN
July 13, 2026

MURAI rasa ini antara kisah yang memang buat ramai naik darah. Apa yang sepatutnya menjadi rutin membeli barangan dapur bertukar...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Cipta Sejarah Di Moto3, Hakim Danish Terima Lamaran Genting SkyWorlds

  2. 2

    ‘Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Infinity Castle’ Kini Tayang Di Netflix

  3. 3

    Berwajah Cantik & Gemar Sukan Berkuda, Anak Saudara Raja Abdullah II Curi Tumpuan

  4. 4

    Tak Perlu Lagi Keluarkan Kad! Merchantrade Money Kini Boleh Tap Guna Telefon

  5. 5

    Skrin Gergasi Sampai 300 Inci, Hisense Tarik Perhatian Peminat Hiburan Rumah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara