• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Pemimpin Melayu, Tapi Tak Cerminkan Islam”- Idris Khan

by Soph Azz
July 8, 2021
Foto - @theidriskhan (Instagram)

Foto - @theidriskhan (Instagram)

Share on Facebook

Sekali lagi pelakon, Idris Khan berkongsi pandangan mengenai pentadbiran kerajaan Malaysia setelah ditanya oleh peminat menerusi Q&A story di Instagram. Menjawab soalan mengenai pihak kerajaan kini, ini respon pelakon tersebut;

Sentuh Tentang Identiti Kerajaan 

Foto – @theidriskhan (Instagram)

Menyentuh isu identiti kerajaan, Idris berkata pentadbiran kerajaan tidak mencerminkan ajaran agama Islam. Ujarnya sejak dahulu lagi beberapa isu seperti sentimen perkauman, rasuah, perebutan kuasa dan sebagainya menjadi semakin berleluasa.

“Apa yang saya nak sentuh tentang kerajaan kita adalah identiti mereka, bukan kerajaan sekarang je, tapi dah berzaman selepas zaman Tun Razak dan Tun Hussein. Kerajaan Malaysia diterajui pemimpin-pemimpin Melayu Islam, tetapi tidak mencerminkan Islam itu sendiri. Kuat sentimen perkauman, rasuah mencuri berleluasa, kronisme, nepotisme, kehancuran alam sekitar yang kronik, gila kuasa dan macam-macam lagi”- tulisnya di IG Story.

Idris juga akui pentadbiran sebegini dapat memberi kesan yang buruk pada agama Islam.

“Yang paling teruk kesannya dia sebenarnya adalah pada Islam itu sendiri, sebab orang bukan Islam melihat kepada pemimpin-pemimpin ini, dan mereka berkata inilah Islam. Sedangkan mereka jauh sekali menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar.”- ujarnya

Tambahnya, agama ini tidak perlu dilindungi dengan parti politik. Malah pihak kerajaan dan rakyat perlu berpaksikan pada ajaran agama Islam yang sebenar untuk maju di dunia dan akhirat.

“Islam tak perlukan parti politik untuk lindungi dia. Kita yang perlukan Islam, dan perlu balik kepada ajaran Islam yang sebenar, baru maju jaya dunia dan akhirat”-katanya.

Rakyat Perlu Undi Yang Terbaik Untuk Negara 

Foto – @theidriskhan (Instagram)

Dedah pelakon ini untuk setanding dengan negara lain, rakyat perlu peka dan mengundi calon yang terbaik untuk negara tanpa perlu mengambil kira agama, bangsa dan parti politik. Idris juga berkata dengan undian sebegini, negara dapat diurus dan ditadbir oleh mereka yang layak dan berhak sahaja.

Agama Islamidris khankerajaan malaysia
https://lomp.at/x5v3t
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

via AI Generated
LifeXplore

Tak Jauh Pun Dari KL? Ini 5 Pantai Di Selangor Yang Wajib Anda Singgah Untuk Healing

by Farah Fatihah
January 18, 2026

Bila dengar nama negeri Selangor, ramai terus teringat "shopping mall" yang besar, jalan sesak dan suasana bandar yang sibuk. Tapi...

Read moreDetails
Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
Lokal

Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

by Naddy Joe
January 14, 2026

Pelakon, Adam Corrie membuat perkongsian di media sosial mengenai dirinya yang tidak menghantar anak lelakinya itu untuk belajar di sekolah...

Read moreDetails
via AI Generated
LifeXplore

Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

by Farah Fatihah
January 17, 2026

Kalau kalian nak tahu, untuk rasa suasana macam melihat "sakura Jepun", sebenarnya tak perlu pun pergi jauh sampai ke Jepun....

Read moreDetails
VIA X @PerlisPermai
LifeXplore

Masuk RM2 Jer! View Bukit Chabang Mari, Perlis Dah Macam Switzerland,

by Farah Fatihah
January 17, 2026

Bukit Chabang Mari merupakan salah satu tarikan pelancongan yang semakin mendapat perhatian di Perlis, terutamanya bagi mereka yang sukakan suasana...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tak Jauh Pun Dari KL? Ini 5 Pantai Di Selangor Yang Wajib Anda Singgah Untuk Healing

  2. 2

    Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

  3. 3

    Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

  4. 4

    Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

  5. 5

    Masuk RM2 Jer! View Bukit Chabang Mari, Perlis Dah Macam Switzerland,

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore