Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Dianggap Mempersendakan Agama! Mila Jirin, Iesya Toh & Fizz Fairuz Antara Selebriti Kecam Aksi Iqram Dinzly

Peminat dan rakan selebriti meluahkan rasa berang terhadap video pelakon sensasi itu malah ada yang mendoakan agar dia diberi hidayah.

by Naddy Joe
April 4, 2022
Share on Facebook

Pengacara terkenal, Iesya Toh tampil meluahkan rasa bimbang terhadap video yang tular di media sosial yang memaparkan individu yang mirip dengan pelakon sensasi, Iqram Dinzly yang memakai pakaian tidur wanita dengan berlatar muzik alunan selawat.

“Tak Faham Motif Dia”

Menerusi hantaran di Instagram, Iesya menyatakan bahawa dia tidak faham dengan motif pelakon tersebut yang sengaja mengadakan live dengan aksi sebegitu serta turut menyifatkan ia sebagai menakutkan.

“Viral sana sini. Sangat menakutkan. Tak faham motif dia. Dia buat LIVE tunjuk aksi macam ni! Kenapa?”-Iesya Toh

Ramai Yang Akan Mempersenda Selagi Tiada Tindakan Tegas

Tambahnya lagi, Iesya mengeaskan bahawa selagi tiada tindakan yang diambil oleh pihak terlibat terhadap pelakon itu, selagi itulah ramai yang akan mempersendakan agama.

“Selagi tiada tindakan tegas, selagi tu ramai yang akan mempersendakan!! Ilmu apa yang nak kita tinggalkan untuk anak cucu cicit akan datang?”-Tegas Iesya

https://www.instagram.com/p/Cb37-E0pODg/

Peminat & Rakan Selebriti Luah Rasa Berang

Dri ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti turut meluahkan rasa berang terhadap video pelakon sensasi itu malah ada yang turut mendoakan agar dia diberi hidayah untuk menjadi lebih baik.

“Bila CONTENT lagi penting dari ADAB! orang macam ni tak perli di repost/ di viral kan content mereka sebab utama mereka buat VIDEO tak berfaedah ini adalah untuk VIRAL dan POPULARITI. Ayuh kita berdoa bersama-sama agar Allah beri hidayah buat kita semua dan moga Ramadan tahun ini lebih banyak dapat kita BERAMAL MENGEJAR KEBAIKAN.”-Mila Jirin

“Kena ambik tindakan sesekali..Apa motif dia sekalipun, dia tetap mempersendakan agama.”Dato Fizz Fairuz

Walau nak cari perhatian sekalipun bukan macam ni. Astaghfirullahalazim. Semoga Allah kurnia hidayah untuk @iqram.dinzly.”-Sharifah Zarina

Walaubagaimanapun, dipetik dari laporan Harian Metro, Iqram menyatakan bahawa karakter itu dikenali sebagai Princess Iqy Dinzly dan bertujuan untuk menyentuh hati netizen agar membuat pilihan sama ada mahu berselawat atau menyaksikan perkara maksiat.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
iesya tohiqram dinzly
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  2. 2

    [REVIEW] Kudrat 1968: High Council, Ada Beberapa Perkara Yang Kurang Kena

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara